Sabtu, Oktober 31, 2009
Peminat Cerpen Cinta
di reka oleh Fakhri Norman at 10/31/2009 09:27:00 PG 0 comments
Rabu, Oktober 28, 2009
Bala Tapi Lawak
di reka oleh Fakhri Norman at 10/28/2009 11:42:00 PG 6 comments
Labels: Masa Praktikal
Isnin, Oktober 26, 2009
di reka oleh Fakhri Norman at 10/26/2009 09:18:00 PTG 0 comments
Gabra Bawak Kete
di reka oleh Fakhri Norman at 10/26/2009 08:54:00 PTG 7 comments
Labels: Masa Praktikal
Ahad, Oktober 25, 2009
Sebelum & Selepas
SEBELUM
di reka oleh Fakhri Norman at 10/25/2009 08:35:00 PTG 2 comments
Labels: Sebelum Dan Selepas
Sabtu, Oktober 24, 2009
Peminat Cerpen
di reka oleh Fakhri Norman at 10/24/2009 08:19:00 PTG 0 comments
Jiwa Tenang
fa3gnola88(12:44,24/10/2009)
di reka oleh Fakhri Norman at 10/24/2009 01:44:00 PTG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Lemah Aku Bukan Sebarangan
fa3gnola88(13:40,24/10/2009)
di reka oleh Fakhri Norman at 10/24/2009 01:39:00 PTG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Khamis, Oktober 22, 2009
Please ALERT (Pukau Internet)
di reka oleh Fakhri Norman at 10/22/2009 08:04:00 PTG 0 comments
Labels: Peringatan
Rabu, Oktober 21, 2009
Terima Kasih
di reka oleh Fakhri Norman at 10/21/2009 01:55:00 PTG 1 comments
Isnin, Oktober 19, 2009
Malu Betul aku Ngan awek tuh!!!
pastu dia bgitau aku resit tu betul sbnarnye.. dia terang la kan..
di reka oleh Fakhri Norman at 10/19/2009 08:01:00 PTG 0 comments
Labels: Masa Praktikal
Jumaat, Oktober 16, 2009
Jamuan Hari Raya kat Bank
di reka oleh Fakhri Norman at 10/16/2009 10:23:00 PTG 0 comments
Labels: Masa Praktikal
Khamis, Oktober 15, 2009
CeRiTa GeMpAk 14 0kToBeR
Ala, asyik2 cerita pasal kisah lama kan... apa kata cerita pasal kisah cerita sekarang.. fresh beb...
Memang gempak giler, nak tahu?
14 haribulan 10, semalam lah kalau nak di kirakan..
Free2 je aku tawar motor free kat orang awam.
kalau lah Pak Guard kat pasaraya takde, aku rase dah melayang free je motor aku.
Pagi tu, aku tak tahu lah macam mana kan, aku boleh tertinggal kunci motor kat tempat pembuka sit motor aku.
Aku leka giler.. sehari suntuk aku tak sedar kunci motor takde kat aku,
Masa nak balik dari kerja, aku baru sedar kunci takde dalam pokek, aku cari dalam beg, takde gak.
Memang cuak giler kan waktu tu.. kepala dah naik merah risau pasal motor..
macam2 fikir dalam kepala. takut hilang la, kalu betul kunci kat motor masih ade lagi ke..?
persoalan demi persoala muncul.
Aku bergegas terus ke parking motor, dari jauh aku nampak motor..
Fuh!!! syukur Alhamdulillah. motor masih ada, tapi kunci???
aku datang semakin dekat, kunci takde beb, lagi sekali aku cuak,
tiba2 aku terpandang kat hander ade kertas tertulis..
'sila ambil kunci anda di tandas awam'
Ya Allah.. Syukur pada Mu, aku terus ke tandas awam.
Sampai di tandas awam, aku tanye kat makcik tu,
"Makcik, ade sesiape tinggal kunci motor kat cini tak?"
makcik tu jawab..
"ade, tapi makcik nak taye, tag kat kunci warna ape dan tertulis pe?"
"warna kuning , ade tulis kantin,"
aku jawab, makcik tu pun bagi aku kunci sekali gus mintak aku nama n ic untuk lepas tangan.(aku pun x fhm)
maybe takut orang lain yang datang ambik.. bagus makcik ni.
lepas tu Pak guard datang, taye aku macam, aku just borak cam bese la kan.
aku ucap terima kasih and balik.
memang bersyukur betul aku., kalau tak memang malang lah hidup aku hari tu.
Syukur Alhamdulillah., harap tak jadi dah lepas ni..
fa3gnola88(22:01, 15/10/2009)
di reka oleh Fakhri Norman at 10/15/2009 10:04:00 PTG 0 comments
Labels: Masa Praktikal
Selasa, Oktober 13, 2009
Aku Mengamuk di Rumah Sewa
Memang perkara paling dahsyat yang pernah berlaku dalam hidup aku. Perkara yang tiap orang takkan pernah terfikir sedikit pun. Tetapi ianya berlaku, aku pun tak tahu nak cakap ianya berlaku dalam keadaan aku sedar atau tak. Bayangkanlah cermin rumah sewa pecah akibat amukan aku.
Kes asalnya, aku pun tak berapa pasti sebab ianya dah lama. Tapi waktu tu aku memang benggang akan satu perkara. Perkara yang jarang berlaku dalam hidup aku tiba-tiba terjadi tanpa aku ingini. Tapi biasalah hidup, hidup dalam masyarakat mesti ada yang tidak puas hati. Kan?
Aku tak mahu salahkan sesiapa sebab sekarang bila aku fikirkan kembali memang salah aku. Aku terfikir betapa bodoh aku ketika itu. Tak mampu kawal diri sendiri dan dipengaruhi syaitan.
Aku kunci pintu dari dalam, barang2 dalam bilik habis aku selerakkan, aku dah tak ingat aku baling apa sampai terkena pada tingkap. Pecah sekeping cermin tingkap belah atas. Lepas tu, aku duduk dipenjuru dalam bilik beralaskan tilam. Kemudian aku dengar teriakkan dari luar, teman serumahku menjerit ‘bodoh! Ada otak x fikir’. Memang waktu tu aku seram sejuk. Sampai ke pagi aku duduk dan tertidur kat situ. Dan aku ponteng kelas pada pagi tu.
Hahaha... bila difikirkan kembali memang bodoh perbuatan aku waktu tu.. macam berfikiran seperti keanak-anakkan. Serba salah pulak kat tuan rumah tu, hehehe... Syukur sangat teman serumah dapat terima aku walaupun aku macam orang gila mengamuk. Aku harap menda macam tu tak berulang lagi dalam hidup aku.
fa3gnola88(23:40, 13/10/2009)
di reka oleh Fakhri Norman at 10/13/2009 11:49:00 PG 0 comments
Labels: Kisah Ku
Khamis, Oktober 08, 2009
KISAH AKAN DATANG
Nantikan kisah aku yang lebih mengemparkan antara tajuknya 'Aku Mengamuk Di Rumah Sewa' dan 'Kisah Aku dan Seseorang'
di reka oleh Fakhri Norman at 10/08/2009 08:36:00 PTG 0 comments
Kisah Di Sem 3 (sambungan 2)
Sambungan (post bawah)
Perubahan demi perubahan yang berlaku.. Yang paling kurasakan ketara ialah diriku sendiri, aku tak pasti orang lain sedar atau tak tapi yang pasti aku sedar akannya. Perangai ku sedikit berubah, biar pun jika dilihat memang tak nampak dengan mata kasar tetapi aku percaya pada perubahan pada diriku yang diberi Allah. Aku cuba untuk menjadi diriku sebagai insan yang lebih matang, insyaAllah aku percaya hasratku akan tercapai nanti. Aku berdoa pada Allah untuk itu.
Barulah aku tahu kenapa insan yang menyisihkanku dahulu berbuat begitu, rupanya kerana peragaiku.. Peragaiku tidak dapat diterima mereka. Aku faham tidak semua orang dapat terima kita seadanya, melainkan diri kita sendiri pandai untuk menyesuaikannya. Bagaimana keadaan ikan ketika berada dimulut kucing? pasti akan dimakan kucing. Betul tak? seperti pepatah mengatakan 'tinggal dikandang kambing mengembek, tinggal dikandang harimau mengaum'. Kini peragaiku sedikit berubah.
Alhamdulillah aku sudah diterima oleh mereka sedikit demi sedikit. Senang juga rasa hati, keperitan yang aku alami selama ini berakhir juga. Aku percaya pada kekuasaan Allah, pasti ada hikmah disebalik semua ini. Segala kepedihan yang aku alami selama ini dibalas oleh Allah dengan semua kebaikan yang aku terima sehingga sekarang. Aku cukup berharap agar semua yang berlalu itu tidak akan berulang lagi. Biarlah ia menjadi kenangan yang paling pahit dalam hidup aku.
Inilah kisah aku di sem 3 yang cukup meninggalkan kesan yang cukup dalam sehingga memahat tepat hatiku.
fa3gnola88(20:31,08oktober2009)
di reka oleh Fakhri Norman at 10/08/2009 08:33:00 PTG 0 comments
Labels: Kisah Ku
Ahad, Oktober 04, 2009
Kisah Di Sem 3 (sambungan 1)
sambungan (post bawah)
Apa yang aku fikirkan ketika itu? aku mula mengerti masih ada insan yang sudi menerima aku tatkala aku kesusahan. Memang pengalaman cukup mengajarku erti kehidupan. Mereka masih mahu menadah tangan menerima ku seadanya, mendengar luahan ku, berkongsi cerita dengan ku, mereka sungguh bijak membuatku lari dari kesedihan. Aku tahu aku bukanlah insan yang cukup sempurna yang dijadikan Tuhan, tetapi aku cukup bersyukur dengan apa yang diberikan Allah kepadaku. Aku yang lemah kini mula bangkit dari kekesalan yang dahulu cukup mengengam erat jiwaku. Aku bangkit untuk mencari diri yang baru. Diri yang lain dari diriku yang dulu, yang cukup lemah menerima kenyataan.
Dengan bantuan teman-teman ku, aku mengejar kehidupanku yang akan datang dan bukannya masa lalu. Semangat, dorongan , sokogan aku terima di tempat orang. Aku jadikan itu sebagai alasan kenapa harusku jalani hidupku di sana. Tekanan, stress, hati tak tenang sudah berkurang. Kerana siapa? kerana insan yang bergelar teman yang aku tak sedar akan kewujudan hati bersih mereka. Aku bersyukur pada Allah kerana menunjukku jalan yang cukup buat aku merasa bahagia. TERIMA KASIH teman-teman! jasamu memang takkan dapat ku balas sampai akhir perjalananku.
Dengan diriku yang baru, ada banyak berubahan yang cukup mengejutkan ku, yang lebih membuat aku bersyukur pada ALLAH. Nak Tahu apa perkara yang mengejutkan itu? apa berlaku pada insan yang sisihkan aku dahulu? tunggu....
di reka oleh Fakhri Norman at 10/04/2009 07:00:00 PTG 0 comments
Labels: Kisah Ku
Sabtu, Oktober 03, 2009
Kisah Di Sem 3
Sungguh sedih bila aku sendiri disisih oleh teman-teman yang selama ini rapat dengan ku, memang tak boleh bayangkan perkara ini berlaku dalam hidup aku, ianya di luar jangkaan. Tapi semua ini telah terjadi tanpa aku duga. Perit rasanya bila apa yang kita tak harapkan berlaku terjadi pada diri kita. Aku lalui hari demi hari dengan kemurungan. Aku akui salah ku pada mulanya. Tetapi apa kan daya aku manusia, yang tetap akan lakukan kesalahan. Mungkin ini adalah satu-satunya jalan untuk mereka hukum aku. Pada mulanya susah bagiku untuk terima kenyataan ini. Aku tabahkan hati untuk meredhai ini semua. Aku tahu ini ujian yang maha Esa. Aku sebagai hambanya patut terima apa sahaja yang diberikanNya.
Kejadian yang berlaku ini memang takkan aku ingin lalui lagi. Biarlah menjadi kenangan yang paling buruk dalam hidup aku. Siapa yang sanggup berhadapan dengan orang yang tak suka akan kita hari-hari? Berjumpa, bersua, menatap muka, mendengar suara tetapi hati tak pernah bersatu. Apakan daya aku insan yang lemah hanya mahukan pendamaian. Tetapi hasratku ditentang. Aku cuba berkali-kali sehinggakan aku rasa letih, penat untuk laluinya tiap hari. Aku berdoa agar Allah lembutkan hati mereka. Agar kami seperti dulu. Riang, gembira, gelak ketawa bersama tak ubah seperti kawan baik.
Aku sungguh bersyukur pada Allah, kesunyianku diubati. Tatkala aku penat, aku letih berhadapan mereka lalu aku berhenti untuk mengejar mereka, Allah maha adil. Memberi ramai insan yang sudi berbaik denganku. Tahu apa yang ada dalam fikiran ku ketika itu? akan ku sambung ketika aku ada masa nanti. Salam>>>
di reka oleh Fakhri Norman at 10/03/2009 11:54:00 PG 0 comments
Labels: Kisah Ku