Memang perkara paling dahsyat yang pernah berlaku dalam hidup aku. Perkara yang tiap orang takkan pernah terfikir sedikit pun. Tetapi ianya berlaku, aku pun tak tahu nak cakap ianya berlaku dalam keadaan aku sedar atau tak. Bayangkanlah cermin rumah sewa pecah akibat amukan aku.
Kes asalnya, aku pun tak berapa pasti sebab ianya dah lama. Tapi waktu tu aku memang benggang akan satu perkara. Perkara yang jarang berlaku dalam hidup aku tiba-tiba terjadi tanpa aku ingini. Tapi biasalah hidup, hidup dalam masyarakat mesti ada yang tidak puas hati. Kan?
Aku tak mahu salahkan sesiapa sebab sekarang bila aku fikirkan kembali memang salah aku. Aku terfikir betapa bodoh aku ketika itu. Tak mampu kawal diri sendiri dan dipengaruhi syaitan.
Aku kunci pintu dari dalam, barang2 dalam bilik habis aku selerakkan, aku dah tak ingat aku baling apa sampai terkena pada tingkap. Pecah sekeping cermin tingkap belah atas. Lepas tu, aku duduk dipenjuru dalam bilik beralaskan tilam. Kemudian aku dengar teriakkan dari luar, teman serumahku menjerit ‘bodoh! Ada otak x fikir’. Memang waktu tu aku seram sejuk. Sampai ke pagi aku duduk dan tertidur kat situ. Dan aku ponteng kelas pada pagi tu.
Hahaha... bila difikirkan kembali memang bodoh perbuatan aku waktu tu.. macam berfikiran seperti keanak-anakkan. Serba salah pulak kat tuan rumah tu, hehehe... Syukur sangat teman serumah dapat terima aku walaupun aku macam orang gila mengamuk. Aku harap menda macam tu tak berulang lagi dalam hidup aku.
fa3gnola88(23:40, 13/10/2009)
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan