WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Januari 07, 2011

Ingin Melupakan Seseorang

Dalam hidup seseorang pasti ada Kisah hitam yang menghantui setiap perjalanan seharian. Kisah luka yang menghiris setiap ceruk nyawa. Kisah pahit yang mengecewakan hati. Kisah tersendiri yang mahukan diri melupakan semua yang pernah berlaku. Lupakan, agar hidup tidak lagi seperti dulu, agar hidup tak dibayangi kisah lalu.

Namun Persoalannya.... MampukaH??
'aku tak mahukannya : aku mahu lupakannya : jangan hadir lagi dalam hidup aku'
Berkata lebih mudah dari laluinya sendiri. Usahalah sebanyak manapun, tidak juga berjaya, kenapa?

Kisah hitam, kisah pahit... keadaan yang sebegini memang diakui susah untuk dilupakan. Trauma menghantui sepanjang hidup. Tambahan pula bila kejadian seakan berulang, membuat memori terkenang kembali. Memang payah, namun semua bergantung pada diri sendiri. Keimanan dalam diri harus teguh. Perkuatkan diri untuk lalui saat-saat itu, cubaan itu diberi adalah untuk menguji tahap kekuatan dalam ataupun luaran diri kita. Selalu jalan termudah yang selalu di ambil adalah menamatkan hari agar tidak bertemu hari esok atau hari berikutnya. Nauzubillah..

Sudah menjadi masalah majoriti bagi kaum remaja perempuan, menghadapi masalah ini memang membuatnya lemah, hilang semangat, murung dan sesuatu yang akan menjatuhkannya. Perkara sebegini sememangnya selalu terjadi. Apakah masalah itu? begitu rumitkah ia?


Masalah CINTA, sebenarnya ini adalah point yang sebenar bagi entry aku kali ini, yang atas tu cuma pembahas bicara. Ingin melupakan seseorang??

"Sakitnya mempunyai hati ini, 
Pedihnya melalui hari-hari berlalu,
Sudah tidak mahu hidup merana,
Cukuplah setakat ini,
Diri ini tidak mampu lagi."

Itulah dia, boleh dinamakan ini Penyakit Hati. Bukan sakit hati yang organ dalam badan tu tapi ni sakit lebih kepada perasaan.
Sakit bukannya sebab apa, sebab rindu, sebab sayang...
Jadi nak hilangkan semua itu, maka dengan nekad untuk melupakan orang yang kita sayang. Tapi mampukah?

Semua ini adalah apa yang aku lalui dan ingin kongsikan dengan kalian semua. Ini yang terjadi dalam hidup aku. Aku pernah mencintai seseorang, kami pernah mesra dulu, menjadi kawan, gelak ketawa riang, banyak juga kenangan indah bersama. tapi semua tu tak kekal lama. Bila masing-masing berhijrah bagi meneruskan hidup masing-masing. Aku redha dengan ketentunya, kami sempat berhubung seketika selepas itu, dan aku sempat juga tahu yang dia sudah berpunya. Selepas itu kami 'lose contact'.

Sejujurnya memang hati agak pedih bila dapat tahu berita tu, tapi aku cuba untuk terima semua tu. Cuba untuk hadapi semua itu dengan lalui hari-hari aku. Siapa cakap buat semua itu mudah? Airmata, kesedihan, kekecewaan, semua aku lalui. Tapi aku berjaya. Dengan cara apa?

Aku bagitahu ni cuma mahu kalian cuba, bagi sesiapa yang ingin melupakan seseorang. Memang susah, bukan seperti mengupas kulit kacang. 

Melupakan orang yang kita sayang, perkara ni aku sendiri tak mampu lakukan sehingga ke hari ini. Tapi macamana cara yang aku cakap berjaya tu? ini dia..

Seumur hidup aku, aku takkan lupakan dia bagi sepanjang hidup aku. Sebab tak salah kita menyintai seseorang. Apa yang aku buat adalah aku lupakan perasaan sayang aku pada dia, sayang yang aku agung2kan dulu. Aku tukarkan menjadi sayang sesama insan. Hati kita, kita mampu ubah. Semua bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan biarkan nafsu menguasai, ingat tu. Kerana, jika sayang kalian kepada seseorang adalah kerana Allah, kalian akan mampu lakukan percayalah. Jangan sayangkan seseorang kerana nafsu, parah akibatnya. Sebab itu, ramai remaja zaman sekarang selalu memilih jalan singkat, kenapa? Sebab utama adalah nafsu, kalau kita tak lawan siapa nak lawan, betul tak? takkan nak suruh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tolong kalian hapuskan nafsu tu.

Maka, percayalah pada diri sendiri. Kalian mampu lakukan. Semuanya bergantung pada masa. Mungkin bonus pada aku, sebab kecewa dia memilih orang lain selain aku. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada, iaitu tidak menghubungi sesama sendiri menjadi kekuatan aku. Seikhlasnya, sememang sehingga kini aku masih ingat dia, tapi sayang aku pada dia sudah tiada, itu yang aku lakukan. Bila rindu, aku hanya berdoa agar dia selamat dan terus bahagia.


Jadi, kalian yang hadapi masalah sedemikian cubalah cara aku. InsyaAllah, kalian akan berjaya. Jangan salahkan takdir, jangan salahkan Tuhan jika tak berjaya. Semua atas kehendak diri sendiri. PERSOALAN : 'kalau dah itu kehendakNya macamana?' kalau benarlah itu kehendakNya, agaknya sekarang kita bahagia bersama si dia, betul tak? Maka akuilah jodoh kita bukan untuk dia. "Jodoh Pertemua Itu Di Tangan Tuhan". Dia bahagia dengan jodohnya dan kita akan bahagia dengan jodoh kita. Percayalah. Ada yang terbaik untuk kita nanti, InsyaAllah. Banyakkan bersabar, itu kuncinya. Ingatlah "Yang terbaik hanya untuk orang yang bersabar".

**Kes yang tak berjaya**
Aku ada satu kes ni, kes kawan aku. Aku bagi nasihat macam yang aku cerita panjang kat atas tu, tapi tak berjaya, nak tau kenapa? ini yang aku cakap kat dia.. " kalau dah hari2 kau tatap gambar dia, kalau dah hari2 kau hantar msg kat dia, kalau dah hari2 kau sebut nama dia, macamna? Baik kau sebut nama Allah agar kau tak lupa DIA macam selalu". Itu puncanya, itulah dia kalau dah kemaruk, bukan kat perempuan je terjadi, kat lelaki pun banyak jugak kes macam ni.

Jadi, aku ucapkan kepada kalian semua...
"GOOD LUCK!!"

4 comments:

Ai Yu berkata...

kenyataan kan awk...mmg ssh nk lper kan kisah silam....take time....1 tahun,2 tahun, 3 tahun.....or maybe selama-lama nyer tak blh lper kan.....susah2....

Fakhri Norman berkata...

betul tu.. lumrah.. itu dnmekan kngan.. pahit, manis. yg manis mgkin akan buat kite tsnyum tpi yg pahit? erm..phm la ye.
tpi xkn slmenye kite nk hdup dlm kngan tu, skurgnye kite kene cipte kngan yg baru, kngan yg mmgknkan kbhgiaan.. InsyaAllah.. Allah akan tjukkan jln tu.. pbykkan bsabar..

Tanpa Nama berkata...

yup betul tu bersabar... itu je kunci utk trma kebahagiaan.. Rasenya semua org xnk hidup dlm kenangan pahit/kisah silam yg menyakitkan.. Tp harus diigt mereka juga pasti berusaha utk melupakanya..Kdg2 Allah s.w.t xterus bg ape yg kita nk, krna? Dia sdg mguji kita..Dia nk lihat sejauh mane kta ley bsbr.. Jd pe pun mslhnye, eloklah kita kmbali ke pangkal jln..Jdknlah setiap kenangan sebagai knangan yg terindah.."Kita hanya mampu merancang, tp Tuhan yg menentukan segala-galanya"...

Tanpa Nama berkata...

kadang2 nak sayang seseorang tue memang senang..tp bkan pada diri saya...saya seorang perempuan yang susah untuk jatuh cinta pada seseorang..tp dah kehendak tuhan supaya saya mimpi akan si dia berulang kali...setiap mimpi seakan2 menyampaikan mesej...saya memeng nak lupakan si dia..sebab saya x pernah dan x nak untuk mengenali si dia...but what i can do..its ALLAH that arrange everything in my life..i just can do the best to make it better and better....tp saya tahu saya boleh pergi lebih jauh dan x perlukan cinta si dia...tapi saya akui ia mengambil masa yang lama untuk melupakan si dia...dan saya sendiri pun tak tau kenapa dengan diri saya sendiri...saya x pernah jatuh cinta sebelum nie...ini semua bermula daripada mimpi...apapun saya redha dgn perkara yang sudah berlaku....semua kehendak ALLAH..saya yang perlu mengawal diri saya sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...