WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Mac 23, 2011

Aku Tak Arif Dalam Memanaskan Entry

Dah banyak hari aku tak datang menjengah ke Main Blog aku ni. Al maklumlah, line yang macam angin bayu ni selalu je muncul dengan tiba2. Aku nak bukak blog ni pun rase malas. So, just update je hari tu. Bila bukak hari ni ramailah jugak yang datang blogwalking ke sini. Terima Kasih banyak2, nanti jika aku ade mase and line aku ni sederas ribut taufan aku akan blogwalking back ok. Don’t worry. Tapi pada yang follow tu ofcoz la aku akan follow balik. Orang berbudi kita berbahasa (ade kaitan ker??).  


Panas tak entry aku macam gambar kat atas tu? tak panas pun kan? Tu la.. aku bukan pandai nak panaskan entry ni. Aku just tulis apa yang aku rase nak tulis. (tak salah kan??).  Aku tengok banyak blog2 high level di luar sana tulis macam2 entry. Kadang tu tajuk dorang gempak giler (ade gak yang tajuk je panas tapi isi macam hampeh.. tapi korang tak la.. hehe).  Trafik dorang memang klas la kan, memang ramai giler la.. mungkin dorang berpengalaman or dorang memang pandai tarik orang nih. Tapi blog aku apa ade? Fakhri ooo Fakhri... belajar dari kemajuan!!

Ape2 pun aku just nak ucapkan terima kasih pada yang sudi datang jenguk ke blog aku ni walaupun hanya sekadar bertengek seminit dua. Kepada yang rajin tu, rajin2kan la tinggalkan Url Korang kat bawah tu.. macam sunyi je Mister Linky kat bawah tu.. kesian dia, takde pun orang nak klik dia..  Ok lah.. Salam berpanjangan!! Salam Ukhuwah!! Salam Keamanan!!

Selasa, Mac 15, 2011

Tips Elak Jenayah Siber


aku kongsikan sedikit tips kepada korang kat laman aku lagi satu...
just click link below..

Isnin, Mac 14, 2011

Boring Waktu Petang [Entah ape2]


Aku bosan betul petang tadi,
tak tahu nak buat ape,
pegi dapur, tengok ape yang ade,
aku tengok ade bahan buat kek,
(biarpun bahan tak cukup mane)

So, ape lagi, aku try la buat,
ni first time aku buat kek sekali dengan topping,
selalu buat kek coklat je,
entah ape2 kan..
tak cantik langsung,
whatever la.. janji hilang bosan aku...
huhuhu..

aku nak bagi name kek ni ape yer....
hahaha..

Rabu, Mac 09, 2011

Kenapa Bangkitkan Semua Ini



Yup, kenapa mesti bangkitkan? Sebenarnya bukan aku cakap pada orang lain, aku cakap pada diri aku sendiri. Kenapa aku bangkitkan ia kini. Apa yang aku bangkitkan? Inilah dia aku nak ceritakan. Hurm.. bukan nak cerita tapi nak bagitahu.. hurm.. bukan jugak.. nak sampaikan... bukan!.. baca la sendiri, aku pun tak tahu aku buat apa ni. (macam orang gile dah aku cakap ni)...

Perkara ni dah lama berlaku, tahun lepas lagi. Sebenarnya berkaitan dengan kawan aku kenal sejak  3 tahun lepas. Dari mula kenal memang rapat, tapi tahun ke tahun macam2 berlaku. Macam2 perkara yang timbul, masing2 tunjuk belang. Akhirnya pecah ranap....  aku tak tahu kenapa sejak akhir2 ni menda ni berbangkit dalam fikiran aku, dalam lena aku.. memang aku masih rasa bersalah tapi perkara ni dah lama.. aku pun dah mula slow2 untuk lupakan. Memandangkan masing2 ada kerjaya sendiri.

Sekarang ni aku rasa aku nak cakap ini kat dia..

“ perkara dah lepas biarlah lepas, banyak lagi takdir yg perlu kita kecapi. Walaupun aku tahu kamu masih tak maafkan aku atas silap aku yang macam ‘setan’(itu yg kamu gelar aku, aku terima) tapi aku harap suatu hari nanti kamu akan temui hati nurani kamu untuk ada secubit maaf bagi aku. Aku tahu hari itu akan ada, biarpun waktu itu aku sudah tiada. Sekarang, aku rasa dah putus asa untuk mohon maaf pada kamu, kerana aku tahu apa jawapan dari kamu. Dan aku rasa dah malas nak fikir pasal silap dan salah aku pada kamu, lantaklah kamu tak maafkan aku pun. Tapi yang membuat aku masih rasa bersalah dan terus untuk meminta maaf sebab aku masih ingat kata Ustazah,Ustaz dan Mak aku dulu. ‘kalau kita bersalah pada Allah, kita boleh bertaubat, tapi kalau kita bersalah dengan manusia, selagi orang itu tak maafkan kita, Allah takkan terima maaf kita.’ Itu yang aku pegang dari dulu biarpun ia makin hilang dari tahun ke tahun. Dan harap ianya tak terus hilang.

Kadang2 aku berfikir, menyesal sangat kenal kamu, jumpa kamu, kawan dengan kamu dahulu. Kalaulah tak jumpa atau tak kenal langsung kamu, rasanya aku tak perlu hidup sebegini rupa. Hikmah oh hikmah...

Aku Cuma terfikir sejak 2 menjak ni, so aku buat keputusan untuk menulis pada hari ini. Aku nak luahkan dan aku nak lupakan.. kamu nak maafkan aku atau tidak, itu terpulang... kamu ada hak dan harus diingatkan aku pun ada hak aku.. semua orang ada hak di muka bumi Allah ini...

Apa2 pun aku harus teruskan hidup dan kamu teruskanlah kebahagian hidup kamu dengan kehidupan kamu sendiri.  Aku akan terus cuba untuk melupakan masa lepas.. bukan hanya lupakan kamu tapi semua tentang masa lepas yang aku dah tak mahu bangkitkan di masa hadapan aku. aku baru terdengar pepatah ini ‘Buangkan masa lalu kamu agar masa hadapan ada tempat di dalam diri kamu’. So aku akan cuba dan terus cuba untuk lupakan masa silam aku, tak kiralah yang pahit atau manis kerana kenangan cukup menyiksa aku.. “

Itu ajelah aku nak cakap kat dia.. dah takde idea nak cakap apa lagi. Kenapa lah Allah mesti pertemukan aku dengan kamu dan kau... kau? Yup.. kalau ‘kau’ yang dimaksudkan baca entry ini dia akan tahu kau tu dia.. kenapa mesti aku bertemu kau.. aku dah tak tahu nak buat apa untuk buat kau faham... biar jelah kau ni.. satu hari nanti kau akan faham yang aku takkan terima kau untuk sepanjang hidup aku.. harap kau mengerti, sebab dah berulang kali aku bilang(dalam bahasa Melayu, bukan bahasa tamil) .

Harap dorang bahagia dengan hidup dorang, biarlah dorang hidup dengan apa yang dorang fikirkan... dan aku bahagia dengan hidup aku.. aku harus bernafas, aku harus hidup, biarpun aku tak pasti berapa lama lagi Allah bagi pinjam nyawa ini.

Sabtu, Mac 05, 2011

Terkejut Dengan FEED 'Ummu Hani'

Ummu Hani, satu watak dalam drama TV3 yang ditayang tiap hari selasa pukul 9. Drama yang mengisarkan pancaroba kehidupan Ummu Hani.



Aku bukanlah nak cerita tentang drama ni, sebab drama ni dah tamat selasa baru ni. Aku cuma terkejut dengan FEED dalam blog aku lagi satu, KU KONGSI LAMAN KU. Aku hanya pandang sekilas feedjit yang ada kat sebelah kanan blog tu. Apa yang aku tengok, ramai yang datang menyingah blog aku tu dengan feed url Ummu Hani.

So aku cek stat blog, memang sah my popular post adalah 6ixth Sense - Cinta Matiku [OST Ummu Hani]. Dengan kunjungan 40 pageviews. Mungkin bagi blogger lain yang tinggi trafik memandang sebelah mata je kalau 40 pageviews ni, tapi bagi aku agak memuaskan. Tak pernah dapat pageviews sampai macam tu.

Kebanyakkan yang datang adalah dari search engine Uncle Google. Apa yang mereka taip? ost ummu hani, video ummu hani, lirik ummu hani dan macam2 lagi.

Aku cuma tak sangka boleh dapat feed sebanyak itu, walaupun cerita tu sudah tamat tapi orang masih lagi mencari ost ummu hani ni. Bagi aku seluruh cerita dia memang best, tapi part yang tak best nyer.. hero ngan heroin tak bersama dan ummu hani meninggal di akhir cerita. Yang lain kira best la, cerita pasal kehidupan orang buta dan memperkenalkan brille kepada penonton terutama bagi yang tak tau apa itu brille.

Benarkah..??



Betul ke hidup aku ni tiada apa2 yang menarik,
Apa yang aku rasai Cuma samar saja,
Rasa malang dalam diri,
Tiada berteman, tiada peneman,
Aku cari yang sempurna untuk diriku,
Tapi tidak mungkin aku akan jumpa di dunia ini,
Masakan ini hidup aku sampai akhirnya nanti,
Sukar untuk aku terima semua ini,
Jiwaku hampir tidak tertahan,
Namun, mengapa aku masih bernafas lagi kini,
Adakah masih wujud hikmah untuk aku,
Masihkah aku akan diberi peluang yang besar dan kejayaan yang aku impikan selama ini,
Aku tak pasti, aku selalu putus asa,
Kenapa? Kerana terasa diri ini dipermainkan,
Aku banyak dosa dan salahnya,
Pandangan kiri dan kanan orang lain terhadap aku,
Cukup buat aku tidak senang,
Aku terasa terganggu bila ada yang aku tak suka berlaku terhadap aku,
Aku cuba cari diri aku, aku temuinya tapi aku tak tahu bagaimana nak menggunakannya,
Mampukah aku jalani hidup ini hingga akhirnya,
Adakah aku perlu pasrah dan terus jalani hidup ini..
Adakah kebahagian untuk aku di dunia ini tidak jua aku jumpa.
Benarkah begitu??

Selasa, Mac 01, 2011

Hijau Biru Sepanjang Jalan



Pagi tadi ada hal sikit di Temerloh. So, roger my motosikal dari rumah. Dalam kepala takla ingat plak pasal Pilihan Raya Kecik Kerdau ni. Sampai Tekal dah nampak sepanduk hijau dengan biru di kiri kanan kaki jalan. Hah!.. baru teringat pasal Pilihan Raya.

Dari situ sampai la ke Desa Murni.. mata ni dah jadi sebelah hijau sebelah biru dah.. Orang ramai duk tepi-tepi jalan kat kawasan Kerdau. Bawah kanopi, kedai kopi.. Macam2..

Yang duk sibuk satu lagi, Abang Biru dengan Abang Kuda Putih (POLIS). buat 'roblok' la.. jaga situ jaga sini.. siren bunyi je di mana2.. memang sepanjang jalan nak ke Temerloh ada aje la dorang tu.

Lagi satu hal, bila ada perkara macam ni, baru la jalan nak di Tar, nak di perelokkan. Banyak jalan dah di Tar semula. Elok sangat la tu, untuk kebaikkan rakyat jugak, Jangan pulak nanti bila Pilihan Raya dah tamat, takde siapa nak ambil peduli. Jangan gitu ok, Kepada yang berkenaan sila alert. Moga rakyat aman dan sejahtera terutama pada yang menyokong tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...