WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, September 30, 2009

KISAH PAHIT SEM 3 DI POLISAS

KISAH PAHIT SEM 3 DI POLISAS

Peristiwa yang berlaku di sem 3 memang menjadi sejarah dalam hidup. Ianya cukup mengajar aku erti kehidupan bersama rakan-rakan. Ianya memang saat yang sungguh sukar untuk aku lalui hari demi hari. Aku kuatkan diri biarpun airmata ini tetap mengalir di saat hati ku berduka dengan semua penyesalan. Rakan-rakan memang sungguh beerti dalam hidup. Tetapi ia juga boleh menjadi racun pada kita. Bergantung pada kita bagaimana untuk menangani semua itu. Kita memang tidak tahu nasib yang akan menimpa kita, termasuk aku. Di sem tiga aku merasakan cukup pedih untuk mengharunginya. Kenapa?

Selasa, September 29, 2009

SECUBIT TENTANGKU

SECUBIT TENTANGKU


Aku tahu aku tidak sempurna seperti orang lain,
Salahkah aku menjadi seorang insan yang dikurniakan
Oleh tuhan sebegini rupa,

Aku hidup bergantung pada nasib,
Yang masih keliru dengan hidup,
Hanya mampu berserah kepada takdir Illahi,

Aku yang hidup tanpa kebahagiaan,
Tidak seperti orang lain,
Yang cukup sempurna hidup mereka,
Entah kenapa aku cemburu melihat mereka,
Sedangkan aku penuh dengan kesunyian hidup,
Aku yang mempunyai hidup yang kurang cerah di masa depan,
Meratapi hidup setiap masa,
Memikirkan apa yang akan terjadi pada diriku nanti,

Entahlah, tiap kali aku memikirkan ini,
Aku rasa ingin berputus asa saja dengan hidup,
Ingin ku lenyapkan diri ini,
Agar tidak ku harungi dunia yang penuh membebankan ku,
Tetapi itu kuasa Tuhan yang maha mengetahui segalanya,

Aku berharap sangat orang yang aku percayai tahu tentang aku,
Mengetahui setiap masalah ku,.
Tapi apakan daya, semuanya seperti tidak mampu menangung,
Aku suka menguji, sejauh manakah seseorang itu boleh dipercayai,
Tapi entah kenapa mereka selalu salah faham dengan aku,
Mereka menganggap aku ni pelik dari orang lain,

Tapi aku bersyukur kerana segelintir orang disekelillingku pandai mengambil hati aku,
Walaupun bukan itu yang aku harapkan,
Mereka sanggup, terima kasih kerana sudah mencurahkan segalanya,
Walaupun sedikit, ianya tetap ku hargai,

Jika suatu hari nanti aku lemah, letih, tidak mampu untuk hidup,
Dan terus lenyap dari muka bumi ini,
Satu yang aku harapkan dari mu Ya Allah,
Kau jagalah orang yang aku sayang,
Ibuku,adik-adik ku,keluargaku,teman-teman ku, dan yang mengenali aku,
Agar hidup mereka terus sempurna,
Dan tidak menjadi seperti aku,
Ku pohon padamu…
Berkatilah hidup mereka, tunjuk lah mereka jalan yang lurus,
Agar mereka diredhai oleh mu,
Di dunia dan akhirat,
Amin…


fa3gnola88(17:28, 06 may 2008)

DIRI INI

DIRI INI


Bilalah diri ini mahu berubah,
Asyik dengan nikmat dunia,
Tidak memikirkan nikmat akhirat kelak,
Yang penuh kebahagiaan,
Kenapalah diri..? Sudah berulang kali aku bertanya,
Tapi sentiasa buntu,
Dan tidak mahu memikirkan masa hadapan nanti,
Kenapa?
Tidak kah diri ini perasan yang diri ini yang sebenar mahukan ketenangan,
Berubahlah,
Ianya untuk diri ini juga,
Setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikkan,
Percayalah,
Itulah hakikat dunia yang kurang diri ini sedari,
Yang selalu dihindari,
Yang selalu dicemuhi,
Yang selalu tidak dipedulikan,
Tolonglah wahai diri,
Berubah lah,
Tolonglah…


fa3gnola88(21:59, 05 may 2008)

KENAPA SUKAR HIDUP BEGINI

KENAPA SUKAR HIDUP BEGINI

Kenapa Sukar Hidup Begini,
Terpaksa Berpura-Pura Dalam Kenyataan,
Berbohong Dalam Kepayahan,
Ingin Ku Luahkan Kepada Yang Mampu Mendengar,
Akan Tetapi Jiwa Ini Tidak Kuat Menanggung Apabila Melihat Reaksi Mereka Nanti,

Apakan Daya Hidup Ku Ini,
Hanya Mampu Berserah Pada Illahi,
Berdoa Setiap Masa,
Mengharapkan Harapan Yang Cerah,
Agar Diri Ku Ini Di Ubah Menjadi Normal Seperti Insan Yang Lain,
Usaha Demi Usaha Ku Lakukan Namun Ianya Seakan Tidak Menampakkan Kesan Yang Ketara,

Kenapalah Susah Untuk Menjadi Diri Ku Kini,
Ingin Saja Aku Berputus Asa Dari Hidup Begini,
Jika Itu Jalan Terbaik, Akan Ku Lakukan,
Tetapi Kata Orang Satu Masalah Bukan Hanya Ada Satu Jalan,
Usaha Apa Lagi Yang Mampu Ku Lakukan,

Semuanya Seakan Buntu,
Tiada Jalan Keluar..
Macam Mana Ku Hendak Teruskan Hidup Jika Begini Hidup Ku,
Hendak Saja Minta Tolong Dari Orang Lain Seperti Kawan-Kawan,
Tetapi Aku Tidak Sanggup Melihat Mereka Memandang Serong Pada Ku,
Insan Yang Tidak Normal Seperti Insan Yang Lain,
Kadangkala Ku Cemburu Dengan Semua Teman-Teman,
Mempunyai Hidup Cukup Sempurna,
Di Berikan Hidup Yang Sungguh Memuaskan Hati,

Apakan Daya Ku Hanya Mampu Memendamkan Semua Itu,
Tangis Selalu Mengiringi Ketika Mengenangkan Masa Hadapan Ku Nanti,
Bagaimana Hendak Membahagiakan Orang Lain Sedangkan Diri Sendiri Terseksa,
Aku Hanya Mampu Berpura-Pura, Walaupun Hati Sungguh Perit Melalui Semua Itu Ketika Ini,

Kadangkala Aku Rasa Amat Letih Sekali Dengan Keadaan Sebegini,
Rasa Penat Sangat….
Lemah Sangat..
Terlalu Banyak Perkara Yang Ingin Difikirkan Lagi,

YA ALLAH TOLONG LAH HAMBA MU INI….!!!!!!!!!
YANG SUNGGUH LEMAH DENGAN SEMUA BENDA…

fa3gnola88(21:45, 05 may 2008)

MAAFKAN KU TEMAN

MAAFKAN KU TEMAN


Wahai teman-teman ku,
Ketika ini ku terpaksa berbohong kepada kamu semua,
Terpaksa berpura-pura di hadapan mu,
Ku harap kemaafan dari semua,
Ku berharap agar semua mengerti dengan keadaan ku,
Yang tak bisa ku lafaskan kepada mu teman,
Maafkan ku teman,
Aku sudah berusaha namun diri ini tidak kuat untuk mananganinya,
Pertolongan mu bukan ku tak harapkan tapi ku tak mampu untuk minta pertolongan darimu teman,
Rasanya terlalu payah untuk menyatakannya,
Maafkan ku teman,
Kau terpaksa berhadapan dengan ku yang penuh beremosi,
Yang suka menyakitkan mu teman,
Tetapi aku sendiri tak tahu apa yang diri ku ini mahukan,
Mungkin hanya mahukan perhatian dari mu teman,
Kerana diri ku ini sungguh sunyi……..
Wahai teman maafkan daku…
Yang ku mahukan hanyalah kebahagiaan..


fa3gnola88(21:46, 05 may 2008)

TAK TAHU APAKAH IA

TAK TAHU APAKAH IA


Aku tak tahu apa yang aku rasakan ketika ini,
Rasa seperti jiwa meronta-ronta,
Itu lah agaknya,
Rasa rimas sangat,
Asyik nak menyalahkan orang lain saje,
Benci aku,
Kalau nak tafsirkan sungguh susah,
Yang boleh nampak adalah diri gelisah semacam,
Entah apa yang diri ini mahukan,
Aku sendiri pun tak tahu,
Seperti ianya mahukan kepuasan,
Kepuasan apakah ia?
Rasa nak terkeluar saja apa yang terkandung di dalam hati,
Biar lepas semua,
Tapi aku rasa diri ini tak mampu,
Perkara lain pula yang terkeluar,
Sampai menyakitkan orang lain,
Rasa bersalah juga kadang-kadang,
Tapi susah nak kawal semua itu,
Ianya terkeluar sendiri tanpa ku rela,
Apa kan daya bagi insan yang cukup lemah seperti aku,
Diluar nampak elok, tapi di dalam hanya Tuhan yang tahu,
Aku hanya mampu menyembunyikan semua itu,
Mungkin takkan ku luahkan,
Untuk masa ini,
Dan mungkin juga sampai tibanya ajal aku nanti,
Ini kerana ianya sungguh susah untuk di luahkan,
Biar pun ada yang sudi mengerti keadaan ku ini,
Apakan daya ku…?
Tuhan saja yang mampu memahami semua yang terjadi kepada ku,
Dan aku berserah kepadanya dengan harapan yang cukup cerah,


fa3gnola88(21:41, 05 may 2009)

AKU LEMAH DENGAN HIDUP INI

AKU LEMAH DENGAN HIDUP INI

Aku lemah dengan hidup ni, rasa perit tak henti-henti,
Bila difikirkan, kadang ku rasa lebih baik mati dari hidup sepeti ku sekarang,
Sungguh menyeksakan, tiada yg pernah mengambil tahu ttg aku,
Org yg aku harapkan , yg selama ini saling membantu,
Tiba-tiba sisihkan aku, peritnya lebih menambah,
Tiadakah hanya sedikit belas untuk diriku, ketika aku lemah dan susah,
bukan ku meminta balasan dari semua, tetapi hanya sekadar meminta perhatian,
peritku tiada siapa yg tahu, dan tiada siapa yg sudi mengambil tahu,
aku sunyi selalu tiada yang ingin mengerti itu semua..
aku dibiarkan begitu tanpa sebarang sebab,
aku selalu tertanya-tanya, apa salahku sampai aku dipelakukan sebegitu,
itu semua membuat aku lebih terasa berat di kepala(stress),
aku begitu perit dengan itu semua,
aku merasakan seperti aku ini SAMPAH,
bila semua perlukan aku, semua baik dengan ku, minta bantuan dariku,
tapi bila aku tidak diperlukan lagi,aku dibuang,
kadang-kadang aku digunakan semula (recycle) bila semua ingin gunakan aku kembali,
itulah yang aku rasakan ketika ini, layakkah aku diperlakukan sebegitu rupa.

fa3gnola88(00:22, 28 february 2009)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...