WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Oktober 03, 2009

Kisah Di Sem 3

Sungguh sedih bila aku sendiri disisih oleh teman-teman yang selama ini rapat dengan ku, memang tak boleh bayangkan perkara ini berlaku dalam hidup aku, ianya di luar jangkaan. Tapi semua ini telah terjadi tanpa aku duga. Perit rasanya bila apa yang kita tak harapkan berlaku terjadi pada diri kita. Aku lalui hari demi hari dengan kemurungan. Aku akui salah ku pada mulanya. Tetapi apa kan daya aku manusia, yang tetap akan lakukan kesalahan. Mungkin ini adalah satu-satunya jalan untuk mereka hukum aku. Pada mulanya susah bagiku untuk terima kenyataan ini. Aku tabahkan hati untuk meredhai ini semua. Aku tahu ini ujian yang maha Esa. Aku sebagai hambanya patut terima apa sahaja yang diberikanNya.

Kejadian yang berlaku ini memang takkan aku ingin lalui lagi. Biarlah menjadi kenangan yang paling buruk dalam hidup aku. Siapa yang sanggup berhadapan dengan orang yang tak suka akan kita hari-hari? Berjumpa, bersua, menatap muka, mendengar suara tetapi hati tak pernah bersatu. Apakan daya aku insan yang lemah hanya mahukan pendamaian. Tetapi hasratku ditentang. Aku cuba berkali-kali sehinggakan aku rasa letih, penat untuk laluinya tiap hari. Aku berdoa agar Allah lembutkan hati mereka. Agar kami seperti dulu. Riang, gembira, gelak ketawa bersama tak ubah seperti kawan baik.

Aku sungguh bersyukur pada Allah, kesunyianku diubati. Tatkala aku penat, aku letih berhadapan mereka lalu aku berhenti untuk mengejar mereka, Allah maha adil. Memberi ramai insan yang sudi berbaik denganku. Tahu apa yang ada dalam fikiran ku ketika itu? akan ku sambung ketika aku ada masa nanti. Salam>>>

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...