Rabu, Mac 23, 2011
Aku Tak Arif Dalam Memanaskan Entry
di reka oleh Fakhri Norman at 3/23/2011 04:56:00 PG 0 comments
Labels: HaNye bErCeriTa
Selasa, Mac 15, 2011
Tips Elak Jenayah Siber
di reka oleh Fakhri Norman at 3/15/2011 12:54:00 PG 0 comments
Labels: Peringatan, TolonG Aku BoLeH
Isnin, Mac 14, 2011
Boring Waktu Petang [Entah ape2]
di reka oleh Fakhri Norman at 3/14/2011 07:09:00 PTG 0 comments
Labels: aKu La Tu, HaNye bErCeriTa, Kisah Ku
Rabu, Mac 09, 2011
Kenapa Bangkitkan Semua Ini
di reka oleh Fakhri Norman at 3/09/2011 02:42:00 PG 0 comments
Labels: entriKu yG Panjang, FoR SoMeBoDy, KaWan, Luahan Ku
Sabtu, Mac 05, 2011
Terkejut Dengan FEED 'Ummu Hani'
Ummu Hani, satu watak dalam drama TV3 yang ditayang tiap hari selasa pukul 9. Drama yang mengisarkan pancaroba kehidupan Ummu Hani.
Aku bukanlah nak cerita tentang drama ni, sebab drama ni dah tamat selasa baru ni. Aku cuma terkejut dengan FEED dalam blog aku lagi satu, KU KONGSI LAMAN KU. Aku hanya pandang sekilas feedjit yang ada kat sebelah kanan blog tu. Apa yang aku tengok, ramai yang datang menyingah blog aku tu dengan feed url Ummu Hani.
So aku cek stat blog, memang sah my popular post adalah 6ixth Sense - Cinta Matiku [OST Ummu Hani]. Dengan kunjungan 40 pageviews. Mungkin bagi blogger lain yang tinggi trafik memandang sebelah mata je kalau 40 pageviews ni, tapi bagi aku agak memuaskan. Tak pernah dapat pageviews sampai macam tu.
Kebanyakkan yang datang adalah dari search engine Uncle Google. Apa yang mereka taip? ost ummu hani, video ummu hani, lirik ummu hani dan macam2 lagi.
Aku cuma tak sangka boleh dapat feed sebanyak itu, walaupun cerita tu sudah tamat tapi orang masih lagi mencari ost ummu hani ni. Bagi aku seluruh cerita dia memang best, tapi part yang tak best nyer.. hero ngan heroin tak bersama dan ummu hani meninggal di akhir cerita. Yang lain kira best la, cerita pasal kehidupan orang buta dan memperkenalkan brille kepada penonton terutama bagi yang tak tau apa itu brille.
di reka oleh Fakhri Norman at 3/05/2011 01:04:00 PG 0 comments
Labels: HaNye bErCeriTa
Benarkah..??
di reka oleh Fakhri Norman at 3/05/2011 12:38:00 PG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Selasa, Mac 01, 2011
Hijau Biru Sepanjang Jalan
Pagi tadi ada hal sikit di Temerloh. So, roger my motosikal dari rumah. Dalam kepala takla ingat plak pasal Pilihan Raya Kecik Kerdau ni. Sampai Tekal dah nampak sepanduk hijau dengan biru di kiri kanan kaki jalan. Hah!.. baru teringat pasal Pilihan Raya.
Dari situ sampai la ke Desa Murni.. mata ni dah jadi sebelah hijau sebelah biru dah.. Orang ramai duk tepi-tepi jalan kat kawasan Kerdau. Bawah kanopi, kedai kopi.. Macam2..
Yang duk sibuk satu lagi, Abang Biru dengan Abang Kuda Putih (POLIS). buat 'roblok' la.. jaga situ jaga sini.. siren bunyi je di mana2.. memang sepanjang jalan nak ke Temerloh ada aje la dorang tu.
Lagi satu hal, bila ada perkara macam ni, baru la jalan nak di Tar, nak di perelokkan. Banyak jalan dah di Tar semula. Elok sangat la tu, untuk kebaikkan rakyat jugak, Jangan pulak nanti bila Pilihan Raya dah tamat, takde siapa nak ambil peduli. Jangan gitu ok, Kepada yang berkenaan sila alert. Moga rakyat aman dan sejahtera terutama pada yang menyokong tu.
di reka oleh Fakhri Norman at 3/01/2011 03:15:00 PTG 0 comments
Labels: HaNye bErCeriTa
Jumaat, Februari 18, 2011
Inilah Masa Hadapan, Tiada Lagi Yang Lain
Impian, Anganan, Mimpi..
Semuanya harapan..
Harapan agar semua itu menjadi kenyataan,
Tapi hakikatnya, terjadikah ia?
Kita tak mampu mengagak apa yang bakal berlaku,
Sebab itu kita hanya mampu mengolah dalam benak otak untuk mencipta satu kebahagian serta mengimpikan semua itu akan termakbul,
Tapi harapan tetap harapan,
Bersyukur dengan apa yang ada dan dengan adanya,
Aku masih lagi berharap,
Bermimpi, berangan..
Menginginkan sebuah kebahagian pada satu hari kelak,
Sebuah hidup yang aku hajati,
Tapi kini aku hanya mampu tersenyum sendiri,
Kerna seperti ku tahu keadaan itu tak mungkin terjadi,
Hanya keajaipan yang mampu menciptakannya,
Tiada lagi masa hadapan bagi ku,
Kerna sudah ditentukan ini masa hadapan ku,
Aku hanya berusaha bertahan,
Selagi mampu selagi terdaya,
Aku harus terima apa adanya,
Cuma terkadang aku terfikir sejenak,
Mengapa ini yang harus aku lalui,
Dan harus aku jalani,
Hikmah? Aku tak tahu mana hikmah itu..
Ya Allah..
Setiap doa yang ku panjatkan aku tahu Kau Maha Mendengar,
Namun hikmah apa yang kau nantikan untuk aku bagi semua ini,
Segala tentang aku yang aku tahu semakin hilang,
Mana erti hidupku yang sebenar,
Mana arah bagi setiap jalan hidup ku,
Persoalan demi soalan aku hulurkan,
Tapi jawapan? Aku buntu....
Aku percaya tiada yang lain dapat membantu aku selain Mu Ya Allah...
Aku mahu lagi hidup ini,
Mahu lagi menikmati setiap Kurnia MU,
Bagilah aku peluang untuk aku tunaikan setiap hajat, impianku selama ini....
di reka oleh Fakhri Norman at 2/18/2011 01:45:00 PG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Aku Tulis Pada 17 Feb. 2011 Jam 19:05
di reka oleh Fakhri Norman at 2/18/2011 01:29:00 PG 0 comments
Labels: Luahan Ku









