WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Januari 27, 2011

Bonus Wednesday:::Menang RM40,000 Minum Milo



Minum MILO anda jadi sihat & kuat.... Selalu tak tengok iklan Milo, mesti ada tradeline tu kan? ada sesiapa kat sini yang minum MILO. Ramai yang minum MILO kan... Apa kata sekarang kita minum MILO sambil menangi hadiah hebat. Bak kata pepatah "Menyelam sambil minum air". sekarang kita minum MILO dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM40,000 atau menangi Iphone atau kalau anda bertuah anda boleh perolehi Macbook. So, apa tunggu lagi sekarang.. Jom Klik kat sini>>> MiloFuzeJamPack kita tengok apa yang menanti anda. JOM!!!!

Isnin, Januari 24, 2011

KaH?

Mengharapkan kebahagian orang lain,
Aku bahagia melihat orang bahagia,
Benarkah?

Aku mendoakan kebahagiaan orang lain,
Tapi aku lupa untuk mendoakan diriku,
Aku mendoakan kesihatan orang lain,
Tapi aku lupa untuk mendoakan diriku,
Salahkah?

Aku berusaha dari dulu untuk tidak dianggap pentingkan diri,
Namun aku tetap digelar begitu,
Tegarkah?

Aku simpan apa yang perlu disimpan,
Dan luah apa yang perlu diluah,
Aku jaga apa yang perlu dijaga,
Tapi aku silap,
Perkara yang perlu dijaga tidak sepantasnya untuk aku,
Aku tetap menjaga,
Perlukah?

Aku ingin miliki apa yang seharusnya aku miliki,
Aku mahu apa yang keperluan yang aku buntu,
Semua itu sememangnya untuk aku,
Bisakah?

Aku paksa diriku untuk terima apa adanya,
Aku paksa diriku lakukan apa yang tidak aku relai,
Tapi apa yang aku lakukan seperti sia-sia,
Silapkah?



Kah? = Persoalan yang masih tetap dalam benakku, dari awal aku kenal bagaimana itu dunia....

Jumaat, Januari 21, 2011

Kehilangan Idea

Bila lama tak mengarang, tak update blog ni, rasa macam susah sudah nak keluar idea dari benak akal ni. Baru je berapa hari, tapi macam dah sebulan tak menghadap layar maya ni.



Idea tu mungkin ada, tapi bila time nak menulis dia taknak keluar, tak tahulah kenapa. Ada je yang tersangkut, trafic jam kot.

Kadang tu time bosan nak jugak menulis sepatah dua, tulis tu memang tulis tapi macam serba tak kena je apa yang ditulis, macam ada yang tertinggal. Ibarat makan nasi tapi tiada sambalnya.

Mungkin kena fresh-kan otak ni kot, bila dah mencapai umur lama, semakin menjadi pulak dia. Apa nak buat ye? Kena cepat2 fikir ni, nanti merajuk pulak blog ni kalau lama disisihkan.

Apa2 pun just waiting for my next post ok. Coming soon, don’t worry. Just need a few space to think what i suppose to do.

Selasa, Januari 18, 2011

Aku Adalah Aku Dan Begini

Aku pernah dihina,
Aku pernah dicaci,
Aku pernah dibenci,
Aku pernah difitnah,
Aku pernah dilemparkan kata2 kesat,
Aku pernah dilayang penampar,
Aku pernah dilukai,
Aku pernah dibuli,
Aku pernah dipulau,
Aku pernah dibuang,

Walau apa pun yang berlaku,
Kenapa Tuhan tak kurniakan aku sifat pendendam,
Kenapa Tuhan tak kekalkan kemarahan aku,
Kenapa Tuhan beri aku sifat pemaaf,
Macam2 aku terima di dunia,
Biar yang buruk atau baik,
Tapi mengapa aku mesti begini,


Aku tak tahu apa sebenarnya salah aku,
Aku buat baik, aku buat buruk,
Semua orang tak puas hati,
Ada saja yang benci,
Benci dengan baik aku,
Benci dengan buruk aku,
Aku memang jahat ke?
Aku tak pernah rogol orang,
Aku tak pernah samun orang,
Aku tak pernah menculik,
Aku tak pernah rampas hak milik orang,
Tapi kenapa mesti aku dihukum begitu,
Mustahil bagi aku menanggung semua yang bukan sebenarnya salah aku,
Jika benar aku bersalah, bagitahu salahku agar dapat aku betulkan,
Sebelum hendak hukum aku setidaknya dengar dulu penjelasan aku,
Jangan nak terus redah hidup aku tanpa usul periksa,

Kalau nak menyampah aku, aku tak larang,
Itu bukan atas kuasa aku, memang orang ada hak,
Tapi biarlah berpada dan kena dengan apa kesalahan yang aku buat..
Karma itu wujud, ingatlah wahai manusia,
Aku tak harap orang dibalas dengan apa yang orang buat pada aku,
Aku Cuma nak sama2 kita sedar di mana salah kita,
Jangan nak melulu salahkan orang lain,
Lihat cermin tengok diri sendiri,
Dengar dulu kebenaran,
Kalau mulut dah tak boleh nak percaya,
Maka cari dengan mata agar jumpa bukti kukuh...
Kita hanya insan di dunia,
Cuma hidup ini yang kita ada,
Kalau kebencian yang diterapkan dalam hati,
Sia2lah hidup seperti dalam kejahilan...

Aku akui setiap salah aku,
Namun tak semestinya semua salah itu dicampakkan ke atas bahu aku,
Melainkan salah atau dosa aku antara Tuhan..
Aku bukan jenis orang yang akan simpan dendam,
Aku Cuma akan ingat sampai bila2,
Apa yang orang lakukan kepada aku,
Dan aku akan lebih hati2 dalam jalani hidup ini,
Aku Cuma berharap manusia di dunia ini hidup tidak ada wujudnya sengketa,
Walaupun agak mustahil namun ada kemungkinan bagi kita untuk menciptakannya...

Jumaat, Januari 14, 2011

Kerana Itu, Aku Begini

Sahabat yang dia baru ketemu,
Yang dia baru titlekan dalam kamus hidupnya,
Lalu aku dicampakkan kesatu tempat haram,
Yang sukar bagiku untuk muncul kembali,

Aku sedar akan kehadiranku,
Aku sentiasa sedar,
Cuma aku bodoh, lalui hari-hari yang bukan hidupku,
Aku ikuti kata nafsu, aku hiraukan kata hati dalamku,
Yang itu tidak seharusnya berlaku,

Aku maafinya, aku dendaminya,
Tapi apa aku dapat, Cuma sia-sia,
Dan dia.. ada dia peduli? Satu haram pun tidak,
Tapi aku.. selalu saja ambil kisah, kenapa?

Kerana aku masih berpegang pada prinsip ku yang dulu,
Sekali berkawan selamanya berkawan,
Namun kini, tiada lagi, jiwa aku termakan nafsu, tenggelam juram dalam,
Dan pahit itu akan tetap ku rasa selagi nyawa ini ku pegang,

Ingatlah!!
Aku akan bertungkus-lumus,
Untuk hilangkan diriku yang dulu,
Dan mulai lahir jasad yang baru,
Dan ketika itu, aku tak mahu sekumit kenangan pun muncul,
Biar manis atau pahit,
Kerana setiap ceruk kenangan itu cukup membunuh aku,
Aku akan pastikan.. InsyaALLAH..



NOKIA 5250 : Mak!! Along Kempunan...

Handphone yang aku nak miliki akhir tahun lepas, tapi tak kesampaian, disebabkan masalah kewangan. Walaupun model yang ini tak sehebat mana tapi sekurangnya aku dapat rasai pakai handphone touchscreen yang semurah ni betul tak...



Murah? yup memang murah.. boleh dapat dengan harga US$145 atau dalam ringgit RM460. Murahkan? Walaupun tiada 3G,WIFI or GPS. Tapi tak mustahilkan kalau kita nak miliki handphone touchscreen semurah ini. Kamera dia pun tak besar mana cuma 2MP dan 51 memory on board. Bateri dengan kekuatan 18 hari on standby, 7 jam of talk time and 24 jam playing music.

Nak tau sebab apa aku kempunan, sebab aku balik kampung tengok mak aku yang pakai. Arghh.. mak! along nak pakai handphone tu.. kenapa mak yang pakai? (sebab mak ada duit kau tak ade, hahaha).

Walau apapun, nanti aku nak juga pakai handphone touchscreen, walaupun tak dapat NOKIA 5250 ni. Aku akan pastikan aku akan dapat miliki gak nanti. (gile apa dak ni).

Rabu, Januari 12, 2011

Leave Your Link In My Pages

'Tinggalkan Link anda di blog saya', macam tulah lebih kurang translate aku...

Hah, aku tau tak ramai yang datang kat blog aku nih, tapi bagi sesiapa yang dah datang ziarah tu, ringan2kanlah tangan tu untuk tinggalkan link anda di blog aku, link dia ada kat bawah sekali.


anda tinggalkan nama dan URL blog anda, Twitter, FaceBook, atau apa2 jelah yang anda suka.
Lepas dah tekan enter, ringankanlah tangan anda pula tinggalkan komen, like, chat, or follow, yang pasti anda HARUS tinggalkan jejak. (macam memaksa la plak). bukan ape, nanti aku akan ringankan pula tangan aku untuk ziarah URL anda. Bagi yang Follow, aku akan Follow balik. Don't Worry. Balas Membalas.

URL tu kalau anda malas nak taip, just copy paste pun tak pe.. tapi ada cara dia sebab page aku ni ade box yang akan keluar bila klik kanan mouse.


So cara dia, (bagi yang tak tahu je lah) pergi ke pages anda and copy URL pages anda..


kemudian pergi ke pages aku Mylife @ Hidupku @ Suka & Duka, taip nama anda macam biasa dan klik pada kotak link/URL kemudian tekan CTRL + V, kemudian tekan Enter.


Siap dan Terima Kasih kerana tinggalkan Link anda.

Kredit to Mister Linky Widjet

Pilih Kawan

Kalau bab pilih kawan ni, memang susah sikit nak cakap, kawan ni peneman kita tak kira mana pun kita berada, kawan tu tetap ada, kawan lama kawan baru, semua ada. Nak tahu? Orang gila pun ada kawan. Kalau dah macam tu, takkan kita pun tiada kawan, betul tak?


Cakaplah pasal kawan ni, siapa yang jenis tak memilih pasal kawan? Aku lah kan memang agak memilih sikit pasal kawan ni, nak buat kawan baik lah, kalau setakat kawan tu, aku kawan je dengan sesiapa, cekup muat je. Tapi memilih pun, kadang tu tersalah pilih juga, akhirnya diri yang merana. Alahai.. hidup.. hidup..

Aku ada dengar orang cakap, kalau nak memilih kawan, jangan pilih kawan yang gigi jarang, nanti rahsia kita habis terkeluar ikut celah gigi tu, betul ke? Apa2 aje lah..


friend


Sesiapa kat sini yang tahu tip memilih kawan...?
Aku ada beberapa tips... tips yang bukan hebat sangat pun.. sekadar berkongsi..

  • Pilih kawan yang sejiwa dengan kita, maknanya apa yang kita rasa dia dapat rasa. Boleh dikatakan sehati sejiwa. (macam couple la plak)
  •  Jangan pilih kawan yang tahu cakap dimulut, tapi usahanya tiada. Kawan jenis macam ni memang ada ragam dia. Kalau dah bercakap tu berbuih mulut, berapi je lebih. Yela kan, cakap free tak perlu nak bayar.
  • Jangan pilih kawan yang kedekut. Hah! Kalau bab ni aku setuju, kawan yang jenis berkira, yang kita dia nak tapi yang dia hampeh nak bagi. Hati-hati sikit pilih kawan yang macam ni.
  • Masalah mu masalah ku jua. Yup! Kawan yang sudi berkongsi masalah dengan kita. Sudi mendengar setiap ceruk isi hati kita, dan dia pandai bagi nasihat yang bagus untuk kita.
  • Pandai simpan rahsia. Ini dah semestinya, pilihlah kawan yang pandai simpan rahsia kita. Yelakan, macam2 masalah kita dah cerita kat dia, tub tab dia bawa cerita kita. Tak ke sakit hati.
  • Tahu jaga hati kita. Maknanya faham kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Berlapis bila bercakap, bergurau biar berpada, kita baru kawan dengan dia dua hari janganlah bergurau macam dah kenal 2 tahun.


Apa2 pun, kita yang pilih kawan, terserahlah kawan yang macam mana akan menjadi peneman di sisi, betul tak? Kita jaga dia dia jaga kita.. (berbalas balik la plak)
Biarpun kita cari ceruk mana pun kawan yang baik, janganlah pula kita yang berperangai buruk. Yang terbaik itu dibalas dengan yang baik2.

Tips2 yang aku beri kat atas tu Cuma asas je, sebenarnya anda yang tentukan kawan yang bagaimana yang sesuai dengan anda. Ingat! Jangan sesekali salah pilih kawan, nanti kita yang merana.

Selasa, Januari 11, 2011

Kaki Tipu



Fuh! Aku dah banyak kali kena dengan orang yang jenis macam ni,
Memang rasa nak menyumpah pun ada,
Aku cukup pantang dengan kaki penipu ni,
Aku rasa takde siapa pun yang suka,

Aku baru dapat tahu hari ni,
Satu lagi penipuan terbongkar,
Apa boleh buat kalau tak sabar,
Nak serang orang jauh,

Hoi!! Si Kaki Penipu!!
Kau ingat kau boleh lepas?
Silap lah..
Tengok dulu langit tu tinggi ke rendah..
Menyesal kau nanti baru kau rasa..

Jangan ingat dunia Tuhan ni tak wujud hukum karma,
Apa yang kau buat mesti ada balasannya,
Cuma lama atau sekejap je..
Rasak lah kau..
Masa tu baru kau sedar salah kau..

Dulu masa kau buat tak pula kau fikir,
Apa yang mangsa kau rasa,
Mangsa kau hidup di atas penipuan kau,
Kes aniaya tu beb, silap hari bulan jangan kata lokap,
Lubang kubur pun menanti kau...

Aku malas nak berbahas panjang2  pasal kau ni,
Buang masa aku je..

Kawan2 kat kuar sana,
Hati2 lah dengan kaki yang jenis ni,
Nampak je kaki lawa tapi hakikatnya berdaki,
Memang susah nak cam, sebab bila dah muka 2 talang,
Memang tak tahu nak beza...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...