WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Januari 21, 2011

Kehilangan Idea

Bila lama tak mengarang, tak update blog ni, rasa macam susah sudah nak keluar idea dari benak akal ni. Baru je berapa hari, tapi macam dah sebulan tak menghadap layar maya ni.



Idea tu mungkin ada, tapi bila time nak menulis dia taknak keluar, tak tahulah kenapa. Ada je yang tersangkut, trafic jam kot.

Kadang tu time bosan nak jugak menulis sepatah dua, tulis tu memang tulis tapi macam serba tak kena je apa yang ditulis, macam ada yang tertinggal. Ibarat makan nasi tapi tiada sambalnya.

Mungkin kena fresh-kan otak ni kot, bila dah mencapai umur lama, semakin menjadi pulak dia. Apa nak buat ye? Kena cepat2 fikir ni, nanti merajuk pulak blog ni kalau lama disisihkan.

Apa2 pun just waiting for my next post ok. Coming soon, don’t worry. Just need a few space to think what i suppose to do.

Selasa, Januari 18, 2011

Aku Adalah Aku Dan Begini

Aku pernah dihina,
Aku pernah dicaci,
Aku pernah dibenci,
Aku pernah difitnah,
Aku pernah dilemparkan kata2 kesat,
Aku pernah dilayang penampar,
Aku pernah dilukai,
Aku pernah dibuli,
Aku pernah dipulau,
Aku pernah dibuang,

Walau apa pun yang berlaku,
Kenapa Tuhan tak kurniakan aku sifat pendendam,
Kenapa Tuhan tak kekalkan kemarahan aku,
Kenapa Tuhan beri aku sifat pemaaf,
Macam2 aku terima di dunia,
Biar yang buruk atau baik,
Tapi mengapa aku mesti begini,


Aku tak tahu apa sebenarnya salah aku,
Aku buat baik, aku buat buruk,
Semua orang tak puas hati,
Ada saja yang benci,
Benci dengan baik aku,
Benci dengan buruk aku,
Aku memang jahat ke?
Aku tak pernah rogol orang,
Aku tak pernah samun orang,
Aku tak pernah menculik,
Aku tak pernah rampas hak milik orang,
Tapi kenapa mesti aku dihukum begitu,
Mustahil bagi aku menanggung semua yang bukan sebenarnya salah aku,
Jika benar aku bersalah, bagitahu salahku agar dapat aku betulkan,
Sebelum hendak hukum aku setidaknya dengar dulu penjelasan aku,
Jangan nak terus redah hidup aku tanpa usul periksa,

Kalau nak menyampah aku, aku tak larang,
Itu bukan atas kuasa aku, memang orang ada hak,
Tapi biarlah berpada dan kena dengan apa kesalahan yang aku buat..
Karma itu wujud, ingatlah wahai manusia,
Aku tak harap orang dibalas dengan apa yang orang buat pada aku,
Aku Cuma nak sama2 kita sedar di mana salah kita,
Jangan nak melulu salahkan orang lain,
Lihat cermin tengok diri sendiri,
Dengar dulu kebenaran,
Kalau mulut dah tak boleh nak percaya,
Maka cari dengan mata agar jumpa bukti kukuh...
Kita hanya insan di dunia,
Cuma hidup ini yang kita ada,
Kalau kebencian yang diterapkan dalam hati,
Sia2lah hidup seperti dalam kejahilan...

Aku akui setiap salah aku,
Namun tak semestinya semua salah itu dicampakkan ke atas bahu aku,
Melainkan salah atau dosa aku antara Tuhan..
Aku bukan jenis orang yang akan simpan dendam,
Aku Cuma akan ingat sampai bila2,
Apa yang orang lakukan kepada aku,
Dan aku akan lebih hati2 dalam jalani hidup ini,
Aku Cuma berharap manusia di dunia ini hidup tidak ada wujudnya sengketa,
Walaupun agak mustahil namun ada kemungkinan bagi kita untuk menciptakannya...

Jumaat, Januari 14, 2011

Kerana Itu, Aku Begini

Sahabat yang dia baru ketemu,
Yang dia baru titlekan dalam kamus hidupnya,
Lalu aku dicampakkan kesatu tempat haram,
Yang sukar bagiku untuk muncul kembali,

Aku sedar akan kehadiranku,
Aku sentiasa sedar,
Cuma aku bodoh, lalui hari-hari yang bukan hidupku,
Aku ikuti kata nafsu, aku hiraukan kata hati dalamku,
Yang itu tidak seharusnya berlaku,

Aku maafinya, aku dendaminya,
Tapi apa aku dapat, Cuma sia-sia,
Dan dia.. ada dia peduli? Satu haram pun tidak,
Tapi aku.. selalu saja ambil kisah, kenapa?

Kerana aku masih berpegang pada prinsip ku yang dulu,
Sekali berkawan selamanya berkawan,
Namun kini, tiada lagi, jiwa aku termakan nafsu, tenggelam juram dalam,
Dan pahit itu akan tetap ku rasa selagi nyawa ini ku pegang,

Ingatlah!!
Aku akan bertungkus-lumus,
Untuk hilangkan diriku yang dulu,
Dan mulai lahir jasad yang baru,
Dan ketika itu, aku tak mahu sekumit kenangan pun muncul,
Biar manis atau pahit,
Kerana setiap ceruk kenangan itu cukup membunuh aku,
Aku akan pastikan.. InsyaALLAH..



NOKIA 5250 : Mak!! Along Kempunan...

Handphone yang aku nak miliki akhir tahun lepas, tapi tak kesampaian, disebabkan masalah kewangan. Walaupun model yang ini tak sehebat mana tapi sekurangnya aku dapat rasai pakai handphone touchscreen yang semurah ni betul tak...



Murah? yup memang murah.. boleh dapat dengan harga US$145 atau dalam ringgit RM460. Murahkan? Walaupun tiada 3G,WIFI or GPS. Tapi tak mustahilkan kalau kita nak miliki handphone touchscreen semurah ini. Kamera dia pun tak besar mana cuma 2MP dan 51 memory on board. Bateri dengan kekuatan 18 hari on standby, 7 jam of talk time and 24 jam playing music.

Nak tau sebab apa aku kempunan, sebab aku balik kampung tengok mak aku yang pakai. Arghh.. mak! along nak pakai handphone tu.. kenapa mak yang pakai? (sebab mak ada duit kau tak ade, hahaha).

Walau apapun, nanti aku nak juga pakai handphone touchscreen, walaupun tak dapat NOKIA 5250 ni. Aku akan pastikan aku akan dapat miliki gak nanti. (gile apa dak ni).

Rabu, Januari 12, 2011

Leave Your Link In My Pages

'Tinggalkan Link anda di blog saya', macam tulah lebih kurang translate aku...

Hah, aku tau tak ramai yang datang kat blog aku nih, tapi bagi sesiapa yang dah datang ziarah tu, ringan2kanlah tangan tu untuk tinggalkan link anda di blog aku, link dia ada kat bawah sekali.


anda tinggalkan nama dan URL blog anda, Twitter, FaceBook, atau apa2 jelah yang anda suka.
Lepas dah tekan enter, ringankanlah tangan anda pula tinggalkan komen, like, chat, or follow, yang pasti anda HARUS tinggalkan jejak. (macam memaksa la plak). bukan ape, nanti aku akan ringankan pula tangan aku untuk ziarah URL anda. Bagi yang Follow, aku akan Follow balik. Don't Worry. Balas Membalas.

URL tu kalau anda malas nak taip, just copy paste pun tak pe.. tapi ada cara dia sebab page aku ni ade box yang akan keluar bila klik kanan mouse.


So cara dia, (bagi yang tak tahu je lah) pergi ke pages anda and copy URL pages anda..


kemudian pergi ke pages aku Mylife @ Hidupku @ Suka & Duka, taip nama anda macam biasa dan klik pada kotak link/URL kemudian tekan CTRL + V, kemudian tekan Enter.


Siap dan Terima Kasih kerana tinggalkan Link anda.

Kredit to Mister Linky Widjet

Pilih Kawan

Kalau bab pilih kawan ni, memang susah sikit nak cakap, kawan ni peneman kita tak kira mana pun kita berada, kawan tu tetap ada, kawan lama kawan baru, semua ada. Nak tahu? Orang gila pun ada kawan. Kalau dah macam tu, takkan kita pun tiada kawan, betul tak?


Cakaplah pasal kawan ni, siapa yang jenis tak memilih pasal kawan? Aku lah kan memang agak memilih sikit pasal kawan ni, nak buat kawan baik lah, kalau setakat kawan tu, aku kawan je dengan sesiapa, cekup muat je. Tapi memilih pun, kadang tu tersalah pilih juga, akhirnya diri yang merana. Alahai.. hidup.. hidup..

Aku ada dengar orang cakap, kalau nak memilih kawan, jangan pilih kawan yang gigi jarang, nanti rahsia kita habis terkeluar ikut celah gigi tu, betul ke? Apa2 aje lah..


friend


Sesiapa kat sini yang tahu tip memilih kawan...?
Aku ada beberapa tips... tips yang bukan hebat sangat pun.. sekadar berkongsi..

  • Pilih kawan yang sejiwa dengan kita, maknanya apa yang kita rasa dia dapat rasa. Boleh dikatakan sehati sejiwa. (macam couple la plak)
  •  Jangan pilih kawan yang tahu cakap dimulut, tapi usahanya tiada. Kawan jenis macam ni memang ada ragam dia. Kalau dah bercakap tu berbuih mulut, berapi je lebih. Yela kan, cakap free tak perlu nak bayar.
  • Jangan pilih kawan yang kedekut. Hah! Kalau bab ni aku setuju, kawan yang jenis berkira, yang kita dia nak tapi yang dia hampeh nak bagi. Hati-hati sikit pilih kawan yang macam ni.
  • Masalah mu masalah ku jua. Yup! Kawan yang sudi berkongsi masalah dengan kita. Sudi mendengar setiap ceruk isi hati kita, dan dia pandai bagi nasihat yang bagus untuk kita.
  • Pandai simpan rahsia. Ini dah semestinya, pilihlah kawan yang pandai simpan rahsia kita. Yelakan, macam2 masalah kita dah cerita kat dia, tub tab dia bawa cerita kita. Tak ke sakit hati.
  • Tahu jaga hati kita. Maknanya faham kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Berlapis bila bercakap, bergurau biar berpada, kita baru kawan dengan dia dua hari janganlah bergurau macam dah kenal 2 tahun.


Apa2 pun, kita yang pilih kawan, terserahlah kawan yang macam mana akan menjadi peneman di sisi, betul tak? Kita jaga dia dia jaga kita.. (berbalas balik la plak)
Biarpun kita cari ceruk mana pun kawan yang baik, janganlah pula kita yang berperangai buruk. Yang terbaik itu dibalas dengan yang baik2.

Tips2 yang aku beri kat atas tu Cuma asas je, sebenarnya anda yang tentukan kawan yang bagaimana yang sesuai dengan anda. Ingat! Jangan sesekali salah pilih kawan, nanti kita yang merana.

Selasa, Januari 11, 2011

Kaki Tipu



Fuh! Aku dah banyak kali kena dengan orang yang jenis macam ni,
Memang rasa nak menyumpah pun ada,
Aku cukup pantang dengan kaki penipu ni,
Aku rasa takde siapa pun yang suka,

Aku baru dapat tahu hari ni,
Satu lagi penipuan terbongkar,
Apa boleh buat kalau tak sabar,
Nak serang orang jauh,

Hoi!! Si Kaki Penipu!!
Kau ingat kau boleh lepas?
Silap lah..
Tengok dulu langit tu tinggi ke rendah..
Menyesal kau nanti baru kau rasa..

Jangan ingat dunia Tuhan ni tak wujud hukum karma,
Apa yang kau buat mesti ada balasannya,
Cuma lama atau sekejap je..
Rasak lah kau..
Masa tu baru kau sedar salah kau..

Dulu masa kau buat tak pula kau fikir,
Apa yang mangsa kau rasa,
Mangsa kau hidup di atas penipuan kau,
Kes aniaya tu beb, silap hari bulan jangan kata lokap,
Lubang kubur pun menanti kau...

Aku malas nak berbahas panjang2  pasal kau ni,
Buang masa aku je..

Kawan2 kat kuar sana,
Hati2 lah dengan kaki yang jenis ni,
Nampak je kaki lawa tapi hakikatnya berdaki,
Memang susah nak cam, sebab bila dah muka 2 talang,
Memang tak tahu nak beza...

STOP being like THAT



Tolonglah hentikan,
Aku tak tahu dah nak guna ayat apa?
Kau tak juga faham2,
Aku dah post hari tu untuk kau sekali,
Dah cakap kan apa yang aku rasa,
So, apa lagi?

Bila lah kau nak faham,
Dalam post tu pun aku dah ulang,
Sekarang nak suruh aku ulang lagi ke?
Ingat aku tape ke boleh ulang banyak2 kali,
Tolonglah hentikan..

Ini bukan untuk kepentingan aku,
Tapi semua ni untuk kepentingan kau,
Kau faham maksud aku kan,
Jadi, fikirlah sewaras mungkin,

Sekarang kau dah jadikan aku orang yang kejam,
Aku dah cakap aku taknak jadi macam tu,
Tapi bila keadaan macam ni,
Semua tu seakan memaksa,
Tolonglah hentikan..

Aku dah tak larat nak ulang,
Dulu konon kau marah aku post macam tu,
Takut orang tahu, shame or something else,
Tapi kenyataanya apa..
Tolonglah hentikan..

Untuk pertama dan aku harap yang terakhir kali,
Aku merayu pada kau,
TOLONG HENTIKAN



Aku dah tak sanggup,
Hari ke hari dosa aku bertambah,
Macam mana kau tak dapat kawal diri kau,
Begitu juga dengan aku..
Jadi aku pohon sangat,
Dan aku dah tak mahu lagi ulang..

Aku dah cukup letih,
Berilah peluang dekat diri masing2 untuk hidup aman,
Teruskanlah hidup kau tanpa aku,
Buanglah aku semampu mungkin,
Carilah kebahagiaan dengan insan lain,
Insan yang mampu buat kau bahagia,
Tuhan sudah tentukan jodoh kau,
Dan semestinya bukan aku..
Cukuplah kau kecewa disebabkan aku,
Aku dah rasa cukup berdosa,
Tolong jangan tambahkan lagi,
Aku pohon...

Kalau kau betul sayang aku,
Tolonglah aku, dan tolonglah diri kau,
Aku tak mampu untuk buat semua tu,
Kau je yang harus usaha dan terus usaha,
Sebab ini je hidup yang kau ada,
Jangan sia2kan disebabkan aku..

Aku bukan taknak jadi kawan kau,
Tapi aku dah usaha,
Bukan sekarang je, tapi dari dulu lagi,
Dan yang terakhir pada waktu program dulu,
Kau tahukan susah aku nak buat keputusan macam tu,
Tapi apa yang jadi, sejujurnya aku tak mampu,
Tak perlu kau menyesal, perkara dah berlaku,
Memang seharusnya ia berlaku,
Sebab hikmah, hikmah yang kau tak sedar,

Biarpun kau persoalkan,
Hakikatnya tetap sama,
Sama2 lah belajar terima hakikat,
Aku akan tetap jadi aku,
Dan kau dengan diri kau,
Cukuplah sama2 merana,
Bagi peluang untuk diri kau,
Rasai bahagia yang akan datang dalam hidup kau,
Lepaskan aku dari hidup kau,

Tolonglah percaya pada diri kau,
Kau mampu lupakan aku,
Aku akan turut berdoa agar kau dapat lupakan aku,
Selebihnya kau kena usaha sendiri...
Tolong hentikan... InsyaAllah kau mampu..
I'm So Sorry...



Ahad, Januari 09, 2011

Serius Aku Rindu


Rindu betul aku kat korang semua,
Rasa nak jumpa je sorang2,
Rasa nak pergi ke kelas semula je,
Riuh rendah je dengan telatah korang,

Apa ye nak buat?
Nak ubat rindu aku kat korang semua,
Serius aku rindu,

Dulu bila duduk dekat,
Macam2 masalah timbul,
Macam2 kita hadapi,
Dengan peragai masing2,
Nak pulak yang berpuak2,
Tapi puak2 pun kita tetap bersatu kan,


Bila ingat balik,
Macam mana peragai aku,
Macam mana aku layan korang, rasa menyesal sangat sekarang,
Rasa nak jumpa semula korang sorang2 & minta maaf,
Tapi aku segan, mungkinkah sebab ego? Mungkin kot..
Tapi serius aku sesal sangat,

Dengan penyakit aku ni,
Mungkin suatu hari aku akan lupa nama korang,
Tapi korang jangan risau,
Memori korang aku simpan elok2,
Gambar2,video yang aku buat sendiri,
Itu semua akan kembalikan semula ingati aku, InsyaAllah..
Tapi sekarang serius aku rindu,


Namun aku tak pandai tunjukkan,
Macam dulu2, aku tak tahu macam mana nak bagitau korang yang aku sayang korang,
Aku selalu berleter, selalu marah2, selalu tunjuk muka,
Dan ada yang cakap aku kuat merajuk,
Itu cara aku agaknya yang aku sendiri pun tak sedar,
Tapi aku sayang korang semua,


Aku minta maaf sangat kalau korang terasa hati dengan aku,
Serius aku tak ada niat apa2, aku tak simpan apa2 pun dalam hati,
Walaupun ada keperitan yang aku lalui dengan korang,
Aku akan pendam je, aku takkan bagitahu,sebab aku taknak korang tau apa yang aku rasa,  Cuma aku selalu tunjukkan melalui badmood kan.. tapi itu yang buat korang terasa hati kan, jahat betul aku kan?
Maaf ye semua.. bak kata orang indon, ‘sebal sih’ mase tu, mungkin kecewa dengan korang,
Tapi semua tu tak lama, korang terbaik sebenarnya, Cuma keadaan yang buat kita jadi gitu,
Tapi perangai aku memang macam tu kan??


Serius aku rindu,
Kalau korang tak rindu pun tak apa,
Kalau aku je rindu kat korang pun aku dah rasa bahagia,
Sebab apa? Sebab korang sudi hadir dalam hidup aku,
Terima kasih yer, korang terima aku apa adanya,
Korang terima aku sebagai wakil kelas..
Walaupun aku tahu korang terpaksa pilih aku sebab macam korang cakap tak ada siapa yang layak,
Tapi layak ke aku? Serius aku cakap, aku memang tak layak, korang pasti ingat banyak kali aku cuba nak resign (mcm jwatan la plok) tapi korang tak setuju..
So, korang tau apa yang buat aku still jadi wakil kelas,
Sebab korang semua, aku tak dapat bantu yang lain, jadi mungkin itu je cara aku dapat bantu korang,
Sebab yang lain, sebab aku sayang korang.. tapi korang mesti tak percaya kan.. its ok.. cukuplah sekadar aku yang menyayangi korang semua,


Dalam kelas aku cuba untuk ceria, aku cuba untuk gelak atau buat lawak,
Walaupun dalam hati aku masa tu banyak masalah,
Tapi aku tabah, nak tau sebab apa??
Ya, sebab korang semua..
Cuma lately perangai aku menjadi2 buat korang rasa rimas kan,
Aku betul2 minta maaf..

Korang perasan tak?
Masa sem 5 & 6, kita banyak buat aktiviti,
Gelak ketawa korang memang aku takleh lupa,
Nak plak pada dorang2 yang selalu buat kita ketawa,
Siapa dorang tu? Korang mesti tau kan siapa,
Kalau buat lawak memang riuh la satu kelas tu,
Dengan telatah bergurau dengan lecturer,
Memang lawak antarabangsa la..
Aku happy sangat, harap korang pun happy,
Tapi korang mesti ingat,
Semua tu takkan berulang dah dalam hidup kita,
Itu yang pertama dan itu yang terakhir,
Biarpun korang belajar semula,
Korang takkan dapat dah apa yang korang dapat masa kita bersama,
Aku selalu ingat tu,

Banyak betul kenangan aku dengan korang,
Terima kasih banyak2,
Serius aku rindu,

Aku selalu doakan agar korang akan sihat2 saja,
Hope korang berjaya dalam hidup,
Tak semestinya kalau kita tak masuk U kita tak berjaya betul tak?
Korang semua!! ChaiYOk!!

Seandainya suatu hari nanti kita dah tak bertemu,
Korang usaha cari aku, tapi korang tak jumpa,
Korang msg tapi aku tak balas,
Korang call tapi aku tak angkat,
Harap korang faham aku pergi mana,
Masa tu aku taknak dah gelak ketawa ngan korang,
Masa tu aku taknak dah bergurau dengan korang,
Masa tu aku taknak dah kongsi2 makanan dengan korang,
Sebab aku dah tak boleh buat semua tu,
Aku dah tak boleh nak balas msg atau angkat call korang,
Serius aku tak mampu dah buat semua tu,
Sebab aku dah temui alam baru,
Time tu yang aku minta dari korang Cuma bacaan Yassin, Boleh??
Kalau korang taknak baca Yassin pun takpe, cukup sekadar Al-Fatihah pun takpe,
Tapi Korang jangan nangis tau, sebab aku tak suka korang ratapi pemergiaan aku,
Itu semua lumrah kehidupan,
Yang Datang Akan Pergi
Ada pertemuan ada perpisahan


Ingat! ! sayang aku kat korang aku akan simpan sampai bila2,
Serius Aku Sayang Korang..!!
Selamat Tinggal & Selamat Berjaya Semua!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...