Ya Allah... Sesungguhnya itu bukan niat ku..
Aku menginginkan sesuatu yang lain tetapi kenapa ini yang terjadi,
Aku terseksa dengan perbuatan ku sendiri,
Tangis ku keluar kerna penyesalan,
Bukan ini yang seharusnya terjadi,
Aku tak mampu menanggung lagi penyesalan ini,
Sebak ku dalam hati sudah ku lepas,
Namun ia masih tinggal seribu keperitan,
Aku menanggung sekarang, sudah tak terbayang,
Kerna bukan ini yang sangka akan terjadi,
Maafkan Aku....
Maafkan aku kalian, aku cukup terseksa dengan semua ini,
Keadaan yang dulu tidak akan kembali kerna ia sudah berlaku,
Aku mohon maafkan aku, bukan ini niat ku,
Bukan ini yang aku inginkan dan yg kalian inginkan,
Maafkan aku...
Lidah ini sudah berkali mengucapkannya,
Namun aku tau salah ku susah untuk dimaafi,
Aku akan diselebungi dengan rasa bersalah ini seumur hidup ku,
Tiadakah sekumit harapan agar semua ini pulih kepada sedia kala??
Aku mohon pada mu Ya Allah, Penyesalan ini cukup buat aku merana,
Hatiku tidak pernah tenang, akal ku kembali teringat dan terus teringat,
Apa yang mampu aku lakukan, Aku cukup bodoh...
Aku buat keadaan ini terjadi tetapi sedikitpun aku tak mampu mengembalikannya,
Kenapa wujud insan sepertiku di dunia ini??
Ya Allah, tiada kata yang aku mampu ucap lagi,
Aku kehabisan semua usaha, aku buntu, aku alfa..
Arghhh.... Ampunkan Aku Ya Allah..
Maafkan aku kaliannnn....
Khamis, November 18, 2010
Bukan Niat Ku
di reka oleh Fakhri Norman at 11/18/2010 03:50:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Kisah Ku, Luahan Ku
Sabtu, November 13, 2010
Aku Tak Mampu Berkata Apa-Apa...
Saat ini akalku buntu,
Tak tahu apa yang seharusnya aku lakukan,
Apa yang mampu aku lakukan,
Tekanan demi tekanan buat aku tertekan,
Aku tak berdaya membalas semua tu,
Aku hanya berserah, Melihat apa yang akan berlaku,
Masa perlu tentukan semua itu,
Aku tahu apa yang berlaku nanti sememangnya di luar jangkaan ku,
Tapi apa yang mampu aku lakukan,
Aku cukup lemah lalui hidup ini,
Banyak pancaroba, kesabaran yang maksima diperlukan,
Semakin hari semakin mencabar,
Adakah itu sememangnya sudah tertulis buatku,
Aku pasrah Ya Allah... Pertanyaan yang berlegar di fikiranku tidak akan terjawab hingga akhir hayatku...
Aku tak mampu berkata apa-apa dan berbuat apa-apa... Hanya lalui hidup yang sudah tersurat buatku...
di reka oleh Fakhri Norman at 11/13/2010 03:10:00 PG 0 comments
Jumaat, November 05, 2010
Aku Tahu Itu
di reka oleh Fakhri Norman at 11/05/2010 01:40:00 PTG 0 comments
Selasa, Ogos 17, 2010
Penat Berharap
di reka oleh Fakhri Norman at 8/17/2010 06:05:00 PG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Ahad, Julai 11, 2010
Sukar HidupKu
Sukar mengambarkan hidupku kini,
Terlalu pedih bila di fikirkan,
Terlalu banyak keperitan yang ditanggung dari kebahagiaan,
Dugaan Tuhan yang aku tak tahu apa hikmahnya,
Ku fikir kesukaran hanya terbit dalam percintaan,
Tapi dalam persahabat sukar itu turut wujud,
Kepayahan yang ku tanggung sehari-hari,
Hati sudah seperti abu yang lali ditiup angin,
Apakan daya, aku perlu tabahkan hidup,
Walaupun dalam hatiku tiada lagi kebahagian,
Ianya sudah lupus pada tanggal 21 April 1999,
Yang membuat aku gagah berdikari dalam kesengsaraan hati...
Tangis seorang lelaki yang jarang dimiliki tapi ada pada ku,
Dewasa ini ianya samakin tidak segan lagi,
Kerna apa?? kerna hidup,hati, perasaan..................
Teresak dalam diam, sukar.. Siapa peduli? TIADA!!
Lelah sungguh hidupku ini,
Berlari tanpa mengerakkan kaki,
Itu lebih memenatkan,
Sesukar inikah hidup ku?
Fakhri tidak lagi mengecapi kebahagian dihatinya,
Gelak tawanya hanyalah palsu,
Hidupnya hipokrit,
Tingkahnya terpaksa,
Tuturnya bohong,
Fikirnya kesat...
Fakhri, Fakhri, Fakhri....
aka Kemegahanku....
(maksud nama yang tidak kena langsung dengan hidupnya)
di reka oleh Fakhri Norman at 7/11/2010 11:00:00 PG 4 comments
Rabu, Jun 16, 2010
Aku Takut
di reka oleh Fakhri Norman at 6/16/2010 06:29:00 PTG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Jumaat, Mei 28, 2010
Aku tak mahu kau dalam hidup ku.... please!!!
Wujudnya kau buat hidup aku tak teratur,
Tingkah kau buat aku tak duduk diam,
Kata-kata kau buat aku terus memikirkannya,
Segala mengenai kau buat hati aku hancur dan terus hancur sampai tiada akhirnya...
Aku tak mahu kau dalam hidupku,
Aku tak menginginkan kewujudan kau dihadapanku,
Aku tak mahu terus memikirkan kau,
Aku tak mahu segalanya yang berkaitan tentang kau,
Kenapa mesti aku menyayangi kau dahulu jika ini yang berlaku akhirnya,
aku tak mahu lagi sayang kau,
aku tak mahu lagi ingat kau,
aku tak mahu lagi lihat kau,
aku tak mahu lagi 'care' kau,
aku tak mahu lagi kau dalam hidup aku,
aku tak mahu bayang kau terus hantui aku,
segala tentang kau aku mahu buang sejauh mungkin...
tetapi kalau la ia semudah itu,
kau terus menghantui aku....
kalau aku boleh 'delete' segalanya mengenai kau dalam memoriku, akan ku lakukan sekarang,
kerana aku terseksa dan aku penat merasai keperitan setiap masa....
aku mahu benarkan hatiku menyayangi insan yang benar-benar sayang padaku,
tetapi bayang kau terus menghalang itu, dan cukup sukar untuk aku buang sayang ku pada kau dan menerima orang lain selain kau dalam hatiku...
aku sungguh letih merasai kesakitan ini... aku dah penat... mahu saja aku lalui jalan yang singkat(mati) tetapi mana mungkin jika ajalku belum tiba... kerana itu saja ubat untuk aku...
hidup aku sudah tak teratur seperti dahulu, sungguh serabut, dalam fikiran ku hanya ada kau,
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
UNTUK SELAMANYA...
Ya Allah hikmah apa yang menanti ku atas kesakitan ini??????????????????
buangkan lah memoriku yang menginginkannya disampingku, segalanya mengenainya.. aku redha dengan kehilangannya buat selamanya!!!!!
di reka oleh Fakhri Norman at 5/28/2010 10:03:00 PTG 1 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Ahad, Mei 09, 2010
Mana Mungkin
di reka oleh Fakhri Norman at 5/09/2010 08:32:00 PTG 0 comments
Jumaat, Mei 07, 2010
Apakan Daya
di reka oleh Fakhri Norman at 5/07/2010 07:55:00 PTG 0 comments





