Kamu tidak inginkan aku lagi dalam hidup kamu,
Aku tahu itu,
Sudah lama kamu mencampakkan aku jauh dari hidup kamu,
Aku tahu itu,
Sememangnya dari dulu kamu berpura,
Aku tahu itu,
Senyum kamu hanya tampak ikhlas namun ia tetap palsu,
Aku tahu itu,
Kamu hanya berkata YA namun dalam hati jawapannya TIDAK,
Aku tahu itu,
Kamu menjanjikan sesuatu kemudian kamu mungkiri,
Aku tahu itu,
Kamu suka lihat aku derita,
Aku tahu itu,
Kamu melihatku seperti sesuatu yang menjijikkan,
Aku tahu itu,
Kamu menghindar setiap pandanganku,
Aku tahu itu,
Jurang antara kita sudah lama terpisah,
Aku tahu itu,
Aku tetap bodoh percaya pada kamu,
Aku tahu itu,
Keikhlasan hati aku dibalas dengan jelingan sinis,
Aku tahu itu,
Kamu membina tembok yang besar di sekeliling kamu,
Aku tahu itu,
Memanggil nama ku membuat kamu meluat,
Aku tahu itu,
Kamu mahu aku jauh dari kamu,
Aku tahu itu,
Kamu ingin aku mati agar aku tidak muncul lagi di hadapan kamu,
Aku tahu itu,
Kamu menyesal mengenali ku,
Aku tetap tahu itu semua... cukuplah kamu berpura, hati ini sudah terlalu pedih menyimpan seribu harapan, sudah seribu kekecewaan jiwa ini lalui sejak kenali kamu, kamu tetap kamu, tiada yang berubah, dan sekarang aku yang perlu berubah dan terus lupakan kamu sehingga tamatnya hayatku.
0 comments:
Catat Ulasan