WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Februari 11, 2011

Ingin Dimaafi Sebelum Nafas Ini Terhenti



Tiada kata-kata yang mampu ku ucap,
Pabila kemaafan lama tidak terlerai,
Masih mahu diri dimaafi,
Biarpun sudah termaktub diri ini berdosa,

Aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa,
Kemaafan telah ku pinta berulang kali,
Namun diri ini tidak dimaafi,
Cukup rasa teramat berdosa,
Pabila salahku tidak diredhai,

Lelah aku dengan kehidupan sendiri,
Di mana lagi terletak jalan bagi ku,
Tunjukkanlah...
Agar diri ini tidak lagi memikul dosa itu,

Aku tak layak menghitung nyawa,
Namun bila ia datang,
Tiada yang mampu menghalang,
Di situ Di sini nafas ini akan terhenti,

Naluri ini ketika ini,
Cukup kuat merasakannya,
Namun aku cuba endahkan,
Kerna ada yang masih belum selesai,

Hati ini terus berharap,
Tiap detik berasa gemuruh...

Pelbagai soalan berlegar,
Adakah aku akan dimaafi disaat nafas ini dihentikan...

(Berdosa dengan Tuhan, kita masih boleh bertaubat, tetapi berdosa dengan sesama manusia, jika tidak meminta maaf dan tidak dimaafi, dosa tidak akan diampunkan di Akhirat)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...