Semakin hari ke hari aku lalui perjalan hidup aku ni, semakin aku tak faham,
Kenapa mesti ini? Ulang-ulang dan berulang..
Pangkalnya sering ku jumpa, tapi Mana hujungnya?
Kalau nak dikatakan bosan itu pun dah dinamakan lali,
Jenuh aku menunggu masa kelak ku,
Perit rasanya dengan penantian,
Penat rasanya dengan perjalanan,
Namun jawapan tetap serupa,
Lagi-lagi ini, Lagi-lagi ini??
Mana perubahannya? Mana Penonggaknya?
Soalan, soalan dan soalan..
Bukan aku ratapi hidup ini,
Cuma ingin rasai apa ertinya hidup seperti insan biasa,
Bukan juga aku pinta semua ini,
Tapi yang berlaku tetap berlaku,
Yang ku dapat tetap kurasai,
Biar pahit,kelat, manis tawar... semua dapat aku tafsirkan..
Pohonku? biar pun diri ini sudah lelah...
Namun denyutan di dalam tetap sabar dan sabar,
Berdoa dan terus berdoa,
Berharap dan terus berharap..
Tiap kali bertawakkal..
Aku sudah tidak mahukan ini,
seikhlas hati menyatakan,
bukan ini ku pinta,
bukan ini ku mahu,
bukan ini yang seharusnya terjadi,
dan bukan ini jua penghujungnya...
Akan ada setitis kebahagian buat aku kelak..
AKU PASTI!!!
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan