WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Januari 08, 2011

Mahu Kenangan itu Menjadi Terindah


Dalam mimpi ku banyak impian yang terindah,
Impian yang aku sudah lepaskan dengan sia-sia,
Dan impian yang akan datang yang terus muncul dalam angan ku,

Apa yang pasti,
Sudah tentu berlaku,
Dan apa yang belum pasti,
Akan terjadi dan aku tak tahu bila akan tiba,
Namun naluri ini dapat hidu biar pun dalam kesamaran,
Harap hati ini terus tabah dan bersabar,

Biar apa pun yang berlaku,
Aku mahu mencipta kenangan itu,
Kenangan yang terindah,
Kenangan yang mampu ku kenang,
Kenangan yang tercipta dari kebahagiaan,

Bukan seperti sebelumnya,
Aku sakit dengan kenangan,
Aku perit di setiap memori,
Lalu aku jatuh dan terus lalai,

Dulu aku pernah meminta,
Aku mahukan kenangan yang akan terkesan dalam hidup aku,
Ya, aku dapat, memang meninggalkan kesan yang cukup dalam,
Dan sekarang aku seakan menyesal,

Aku lupa dengan perkataan bahagia,
Membuatkan hidup aku dipenuhi dengan dusta,
Memang aku mahukan kenangan,
Tapi ianya kenangan yang terindah dan membahagiakan,
Bukan seperti apa yang telah berlaku,

Aku akui aku rasai itu,
Tapi peristiwa di akhir perjuangan ku,
Membuat segala kenangan yang indah itu menjadi sebaliknya,
Bila itu terjadi, kegembiaraan ku yang dulu seperti dirampas,
Aku tak sangka perkara sebegitu akan terjadi,
Segala penat lelah aku mencipta kenangan
(selama hampir 3 tahun)
Di hancurkan begitu sahaja dengan mudah,
Gembira,serorok, girang ku,
Semua sudah bertukar menjadi
Perit, sedih, juga tangisan,

Bila itu berlaku, apa yang mampu aku lakukan?
Mahu kenangan itu menjadi terindah?
Amat sukar biarpun aku cuba sedaya ku,
Biarlah semua itu terpadam dalam memori kabus ku,
Dan yang indah itu akan ku cipta semula menjadi yang lebih indah,

Berharap?
Ya, aku akan terus berharap,
Hingga hujung nyawaku,
Selagi nafas ini mampu ku hembus,
Aku akan tekad untuk mencipta
Kenangan yang memungkinkan kebahagiaan....



Jumaat, Januari 07, 2011

Ingin Melupakan Seseorang

Dalam hidup seseorang pasti ada Kisah hitam yang menghantui setiap perjalanan seharian. Kisah luka yang menghiris setiap ceruk nyawa. Kisah pahit yang mengecewakan hati. Kisah tersendiri yang mahukan diri melupakan semua yang pernah berlaku. Lupakan, agar hidup tidak lagi seperti dulu, agar hidup tak dibayangi kisah lalu.

Namun Persoalannya.... MampukaH??
'aku tak mahukannya : aku mahu lupakannya : jangan hadir lagi dalam hidup aku'
Berkata lebih mudah dari laluinya sendiri. Usahalah sebanyak manapun, tidak juga berjaya, kenapa?

Kisah hitam, kisah pahit... keadaan yang sebegini memang diakui susah untuk dilupakan. Trauma menghantui sepanjang hidup. Tambahan pula bila kejadian seakan berulang, membuat memori terkenang kembali. Memang payah, namun semua bergantung pada diri sendiri. Keimanan dalam diri harus teguh. Perkuatkan diri untuk lalui saat-saat itu, cubaan itu diberi adalah untuk menguji tahap kekuatan dalam ataupun luaran diri kita. Selalu jalan termudah yang selalu di ambil adalah menamatkan hari agar tidak bertemu hari esok atau hari berikutnya. Nauzubillah..

Sudah menjadi masalah majoriti bagi kaum remaja perempuan, menghadapi masalah ini memang membuatnya lemah, hilang semangat, murung dan sesuatu yang akan menjatuhkannya. Perkara sebegini sememangnya selalu terjadi. Apakah masalah itu? begitu rumitkah ia?


Masalah CINTA, sebenarnya ini adalah point yang sebenar bagi entry aku kali ini, yang atas tu cuma pembahas bicara. Ingin melupakan seseorang??

"Sakitnya mempunyai hati ini, 
Pedihnya melalui hari-hari berlalu,
Sudah tidak mahu hidup merana,
Cukuplah setakat ini,
Diri ini tidak mampu lagi."

Itulah dia, boleh dinamakan ini Penyakit Hati. Bukan sakit hati yang organ dalam badan tu tapi ni sakit lebih kepada perasaan.
Sakit bukannya sebab apa, sebab rindu, sebab sayang...
Jadi nak hilangkan semua itu, maka dengan nekad untuk melupakan orang yang kita sayang. Tapi mampukah?

Semua ini adalah apa yang aku lalui dan ingin kongsikan dengan kalian semua. Ini yang terjadi dalam hidup aku. Aku pernah mencintai seseorang, kami pernah mesra dulu, menjadi kawan, gelak ketawa riang, banyak juga kenangan indah bersama. tapi semua tu tak kekal lama. Bila masing-masing berhijrah bagi meneruskan hidup masing-masing. Aku redha dengan ketentunya, kami sempat berhubung seketika selepas itu, dan aku sempat juga tahu yang dia sudah berpunya. Selepas itu kami 'lose contact'.

Sejujurnya memang hati agak pedih bila dapat tahu berita tu, tapi aku cuba untuk terima semua tu. Cuba untuk hadapi semua itu dengan lalui hari-hari aku. Siapa cakap buat semua itu mudah? Airmata, kesedihan, kekecewaan, semua aku lalui. Tapi aku berjaya. Dengan cara apa?

Aku bagitahu ni cuma mahu kalian cuba, bagi sesiapa yang ingin melupakan seseorang. Memang susah, bukan seperti mengupas kulit kacang. 

Melupakan orang yang kita sayang, perkara ni aku sendiri tak mampu lakukan sehingga ke hari ini. Tapi macamana cara yang aku cakap berjaya tu? ini dia..

Seumur hidup aku, aku takkan lupakan dia bagi sepanjang hidup aku. Sebab tak salah kita menyintai seseorang. Apa yang aku buat adalah aku lupakan perasaan sayang aku pada dia, sayang yang aku agung2kan dulu. Aku tukarkan menjadi sayang sesama insan. Hati kita, kita mampu ubah. Semua bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan biarkan nafsu menguasai, ingat tu. Kerana, jika sayang kalian kepada seseorang adalah kerana Allah, kalian akan mampu lakukan percayalah. Jangan sayangkan seseorang kerana nafsu, parah akibatnya. Sebab itu, ramai remaja zaman sekarang selalu memilih jalan singkat, kenapa? Sebab utama adalah nafsu, kalau kita tak lawan siapa nak lawan, betul tak? takkan nak suruh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tolong kalian hapuskan nafsu tu.

Maka, percayalah pada diri sendiri. Kalian mampu lakukan. Semuanya bergantung pada masa. Mungkin bonus pada aku, sebab kecewa dia memilih orang lain selain aku. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada, iaitu tidak menghubungi sesama sendiri menjadi kekuatan aku. Seikhlasnya, sememang sehingga kini aku masih ingat dia, tapi sayang aku pada dia sudah tiada, itu yang aku lakukan. Bila rindu, aku hanya berdoa agar dia selamat dan terus bahagia.


Jadi, kalian yang hadapi masalah sedemikian cubalah cara aku. InsyaAllah, kalian akan berjaya. Jangan salahkan takdir, jangan salahkan Tuhan jika tak berjaya. Semua atas kehendak diri sendiri. PERSOALAN : 'kalau dah itu kehendakNya macamana?' kalau benarlah itu kehendakNya, agaknya sekarang kita bahagia bersama si dia, betul tak? Maka akuilah jodoh kita bukan untuk dia. "Jodoh Pertemua Itu Di Tangan Tuhan". Dia bahagia dengan jodohnya dan kita akan bahagia dengan jodoh kita. Percayalah. Ada yang terbaik untuk kita nanti, InsyaAllah. Banyakkan bersabar, itu kuncinya. Ingatlah "Yang terbaik hanya untuk orang yang bersabar".

**Kes yang tak berjaya**
Aku ada satu kes ni, kes kawan aku. Aku bagi nasihat macam yang aku cerita panjang kat atas tu, tapi tak berjaya, nak tau kenapa? ini yang aku cakap kat dia.. " kalau dah hari2 kau tatap gambar dia, kalau dah hari2 kau hantar msg kat dia, kalau dah hari2 kau sebut nama dia, macamna? Baik kau sebut nama Allah agar kau tak lupa DIA macam selalu". Itu puncanya, itulah dia kalau dah kemaruk, bukan kat perempuan je terjadi, kat lelaki pun banyak jugak kes macam ni.

Jadi, aku ucapkan kepada kalian semua...
"GOOD LUCK!!"

Khamis, Januari 06, 2011

Dengki Aku Tengok TV



Adussshh..
Aku gak pelik la, memang pelik la...
ada aje yang dengki aku tengok TV..
Mane2 aku pergi semua same jer...

Aku pun hairan la,
Bukan aku nak makan pun TV tu,
Tahu la aku ni GEMUK tapi tak ade la sampai aku nak telan TV tu,

Ade sekali tu, aku pergi rumah tu, 
Dia sorok remote TV, itu tahan lagi,
Ni sampai dia cabut wayar belakang TV tu...
HaH?? Pelik tak?
Hidup dalam masyarakat ni macam2 ragam ada,
Ikut je la ape2 pun..

Erm.. 
Tibe2 je update macam ni, kenape?
aku bukan ape, aku just teringat,
ni TV rumah aku ni hah, Tak habis2 cari pasal,
Kalau hujan je tak elok, tahu la ni musim hujan, selalu gitu,
Dengki la tu.. Hahahaha..

Perlu Ke Pandang Belakang?

Persoalan lagi..
Tapi ni bukanlah filem ‘Jangan Pandang Belakang’ i or ii..
Ini Cuma persoalan yang kerap timbul lately ni..


Perlu ke mengimbau kembali apa yang sudah berlaku,
Perlu ke ingat balik perkara yang sudah terjadi,
Perlu Ke??

Aku pun kurang pasti nak jawab soalan ini,
Pendapat aku tidaklah sehebat mana,
Tapi untuk menjawab soalan ini, aku akan putarkan fikiran aku,

Kata orang, “Pandang ke hadapan, Jangan sesekali pandang belakang”
Sebenar memang betul ayat tu, kalau diri kita nak maju ke hadapan , kita kena tinggalkan apa yang di belakang.

Tapi ada masa kita perlukan yang belakang tu untuk kita terus maju ke hadapan, jangan kita tinggalkan terus atau membuangnya, kerana yang belakang itu akan mengajar kita macammana nak membentuk masa hadapan. Kata orang dulu2 “Kalau tak ada yang dulu, Maka tak ada lah yang sekarang”

Namun semua itu bergantung juga pada keadaan, terkadang ada keadaan yang tak perlukan masa lalu, kenangan pahit, putus cinta, trauma.. semua tu aku rasa ianya tidak perlu untuk gunakan pada masa hadapan, ini kerana, ianya mungkin akan menjatuhkan kita bila kita mengingati kembali, buat hati kita sakit, buat kita hilang semangat, mahu ke keadaan itu menghantui masa depan kita? Menyelubungi sepanjang hidup kita? Tidak bukan? cukuplah sekadar menjadi kenangan yang tak akan berulang lagi dalam hidup kita.


Perlu ke pandang belakang?
Jawapan dia PERLU, tapi mengikut keadaan tertentu.
Maka bentuklah masa hadapan yang menjanjikan kita kebahagiaan, jangan sesekali silap langkah, buruk padahnya pada diri kita. Hati2 memilih hidup.
‘Kita Hanya Merancang Tapi Tuhan Yang Menentukan’

Rabu, Januari 05, 2011

Aku Fahami Itu



Hidup aku berpantang maut sebelum ajal,
Hidup kamu ibarat menunggu bulan jatuh keriba,

Sudah tersirat apa yang tersurat,
Jangan dibahas apa yang terjadi,
Biarkan semua kekal begitu,
Nampak lebih elok, nampak lebih sempurna,

Mengertilah adat dunia,
Mengingin sesuatu untuk sang nafsu,
Jangan dibiarkan, jangan dilepaskan,
Jaga dengan adil, jaga dengan jujur,

Pengertian memang susah nak difahami,
Jangan difahami tapi selami,
Penggoda sememangnya musuh di hati,
Jauhi agar hidup lebih bererti,

Kamu sudah lalui, seharusnya kamu mengerti,
Hidup insan bukan berpijak di atas keinginan,
Tapi berdiri untuk terus bernyawa,
Mengertilah, berusaha, pasti ada jalan untuk itu...

Perkara yang berlaku,
Sememangnya susah untuk buang,
Justeru,Jangan digudam masa silam,
Fikir masa hadapan tanpa ada masa lalu,
Kerana itu jalan yang selamat...

Bila Sudah Terlanjur



Tiada madah yang mampu dipersembah,
Melainkan kata-kata dusta pengobat segalanya,
Setiap renungan membawa seribu harapan,
Namun apa yang pasti itu yang terjadi,

Tergoncangnya dunia bukan salah sesiapa,
Semua itu harus diungkap semula,
Menjadi sebuah pengorbanan yang tiada sia-sia,
Agar kelak pengertian itu bermakna,



Yang terjadi sudah berlalu,
Namun hati kekal di situ,
Payah nak diubat, sukar nak ditawar,
Bisa yang tiada penghujungnya,

Persoalan apa yang mampu dijawab,
Bila jiwa telah dikhianati,
Adakah penyesalan itu jalannya,
Akan direbut setiap masa,

Duka dan lara peneman diri,
Itu sahaja yang terjadi kini,
Tak usahlah berpayah untuk mengolah,
Sememangnya itu pembalasannya..

Sabtu, Januari 01, 2011

Salam Tahun Baru 2011, Lembaran Baru



Alhamdulillah, sekarang sudah masuk tahun yang baru, harap lembaran pun akan menjadi baru.
Lembaran 2010 harus ditutup dan sekarang buka lembaran 2011. 
Lembaran yang memungkinkan kebahagian bagi kita semua.
InsyaAllah, dengan izinNya kita semua akan dirahmati.

Lembaran 2010 cukup memberi aku seribu pengajaran,
Aku dapat rasai pelbagai perasaan,
marah,sedih,kecewa,bengang,tangis,suram
Tapi mana Happy? mana Gembira? mana keriangan?
Maaf, ikhlas aku cakap aku tak dapat rasai selama tahun itu.

2010,2010,2010,2010,
Biarpun ku ulang beribu kali,
Apa yang terpahat di hati tak mungkin akan hilang,
Mungkin rasa itu akan hilang namun kesannya tetap ada,
dan aku terpaksa tanggung itu sepanjang hidupku,

Pahitnya 2010,
Ya!! begitu pahit bagiku,
Banyak yang ku lalui, semua melambangkan malang bagiku,
Bukan hanya aku, termasuk keluarga ku,
Mak,adik2,ahli family yang lain,
Dan nak masuk lembaran 2011 pun ada lagi peristiwa yang menyedihkan,
31/12/2010 - apak hilang motor di Masjid.

Entahlah, itu sememangnya sudah tersurat buat kami,
Dan aku berharap sangat dan akan terus berdoa,
Agar lembaran 2011 ini membawa banyak kesenangan bagi kami sekeluarga,
Dan membawa kebahagian bagi aku sendiri,
Moga perkara yang berlaku sepanjang 2010 tidak akan berulang lagi..
aku betul2 berharap....

Erm.. Aku harap juga agar kalian pun serupa dengan ku,
Moga kita perolehi apa yang kita hajati selama ini.

Kepada yang berkenaan untuk tahun 2010,
aku maafkan semua, aku bukan jenis pendendam,
yang berlaku mungkin aku ingat tapi tak mungkin aku simpan,
dan bagi sesiapa yg masih meningalkan marah,benci kat aku
aku harap korang dapat maafkan aku
"I hope someday you'll find your heart to forgive me'
someday

***

Sepanjang 2010, aku tak banyak update blog ni, berbanding dengan 2009.
Mungkin agak sibuk untuk tahun akhir di Poli,
atau mungkin juga mood aku hilang dek oleh masalah2 yang timbul..

ini adalah sebelum aku update untuk tahun 2011
sepanjang 2010


Dan ini selepas aku update untuk tahun baru 2011

Ya, dah masuk tahun ketiga aku mengarang entah apa2 di blog ni. Dan mungkin aku akan terus mnegarang, sebab utama dapat release semua masalah aku kat sini. 
Siapa2 yang sudi baca terima kasih sangat2 dan siapa2 yang tak baca pun terima kasih juga coz sudi buka blog aku yang tak seberapa ni.

Sesiapa yang sudi, boleh baca entry aku untuk tahun baru jugak di Ku Kongsi Laman KU, dengan entry 01/01/11 - NICE?

Selamat menyambut tahun baru 2011.
Salam dari ku.. FN

Khamis, Disember 30, 2010

Jangan Ingat Aku !!

Biarpun sejuta tahun nyawa,
Tolong jangan ingat aku,
Biarpun kita tinggal tak sampai seribu batu,
Namun tolong jangan ingat aku,

Aku bukan insan yang pantas diingati,
Aku seorang insan yang harus dilupakan,
Harus dilupakan, harus, harus...
Tolong jangan ingat aku,

Ini kerana aku terasa diingati,
Tolong jangan ingat aku,
Aku tak mahu, aku mohon,
Tolong jangan ingat aku,

Memoriku bukan seperti memori yang lain,
Memori kenanganku sedikit demi sedikit sudah terpadam,
Kerana itu aku pohon,
Tolong jangan ingat aku,

Nanti tiba masa kelak,
Mungkin nama kalian aku lupa,
Mungkin wajah kalian aku lupa,
Kenangan sudah semestinya tiada lagi,

Ini adalah aku,
Biarpun aku tidak menginginkan begitu,
Tapi ini harus terjadi, dan akan terjadi,
Tolong jangan ingat aku,

Balas kembali memori lemahku,
Memoriku tidak akan tahan lama,
Justeru, kalian juga mesti begitu,
Tolong jangan ingat aku...

Biarpun aku mungkin akan lupa kalian,
Namun kalian harus tahu,
Dalam doaku tetap ada insan yang ku gelar
“KAWAN”
Dalam akalku mungkin akan hilang,
Tapi dalam hati ku ‘kawan’ akan tetap ku simpan.

Kenangan Itu....

Kenangan cukup menyenangkan,
Buat aku bahagia,
Buat aku tersenyum,
Buat aku tergelak tanpa ku sedar,
Dan buat aku terkeluar kata-kata
‘seronoknya’

Kenangan cukup memeritkan,
Membuat aku muram tanpa kata,
Membuat aku sedih,
Membuat aku menitiskan air mata,
Dan membuat hati aku begitu luluh..

Mana yang harus ku pilih,
Melupakan atau terus ku pahat dalam ingatan,
Aku gembira dan pada masa yang sama buat aku sakit,

Sakit?
Ya, sakit, sakit yang teramat sangat..
Tapi terkadang aku bahagia bila kenangan itu menjelma,

Mungkinkah akan ku lupa?
Mungkin, dan mungkin juga tidak,
Entahlah, aku tak tahu..
Semuanya masa yang menentukan,

Jika benar aku akan ingat nanti,
Andai umurku panjang,
Aku akan tulis kembali kenangan ku di sini 10 tahun akan datang,
31 Disember 2020.
Satu persatu yang terpahat di memoriku,
Aku persembahkan.

Dan aku akan bagitahu,
Ianya menyakitkan atau membahagiakan....
Tunggu....... (itu sekiranya jika aku masih ingat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...