Selasa, Januari 11, 2011
STOP being like THAT
di reka oleh Fakhri Norman at 1/11/2011 03:27:00 PG 0 comments
Labels: aKu La Tu, entriKu yG Panjang, FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Ahad, Januari 09, 2011
Serius Aku Rindu
di reka oleh Fakhri Norman at 1/09/2011 11:28:00 PTG 0 comments
Labels: aKu La Tu, entriKu yG Panjang, FoR SoMeBoDy, KaWan, Kisah Ku
Sabtu, Januari 08, 2011
Mahu Kenangan itu Menjadi Terindah
di reka oleh Fakhri Norman at 1/08/2011 03:27:00 PTG 0 comments
Labels: aKu La Tu, aZaM, entriKu yG Panjang, Luahan Ku
Jumaat, Januari 07, 2011
Ingin Melupakan Seseorang
Dalam hidup seseorang pasti ada Kisah hitam yang menghantui setiap perjalanan seharian. Kisah luka yang menghiris setiap ceruk nyawa. Kisah pahit yang mengecewakan hati. Kisah tersendiri yang mahukan diri melupakan semua yang pernah berlaku. Lupakan, agar hidup tidak lagi seperti dulu, agar hidup tak dibayangi kisah lalu.
Namun Persoalannya.... MampukaH??
'aku tak mahukannya : aku mahu lupakannya : jangan hadir lagi dalam hidup aku'
Berkata lebih mudah dari laluinya sendiri. Usahalah sebanyak manapun, tidak juga berjaya, kenapa?
Kisah hitam, kisah pahit... keadaan yang sebegini memang diakui susah untuk dilupakan. Trauma menghantui sepanjang hidup. Tambahan pula bila kejadian seakan berulang, membuat memori terkenang kembali. Memang payah, namun semua bergantung pada diri sendiri. Keimanan dalam diri harus teguh. Perkuatkan diri untuk lalui saat-saat itu, cubaan itu diberi adalah untuk menguji tahap kekuatan dalam ataupun luaran diri kita. Selalu jalan termudah yang selalu di ambil adalah menamatkan hari agar tidak bertemu hari esok atau hari berikutnya. Nauzubillah..
Sudah menjadi masalah majoriti bagi kaum remaja perempuan, menghadapi masalah ini memang membuatnya lemah, hilang semangat, murung dan sesuatu yang akan menjatuhkannya. Perkara sebegini sememangnya selalu terjadi. Apakah masalah itu? begitu rumitkah ia?
Masalah CINTA, sebenarnya ini adalah point yang sebenar bagi entry aku kali ini, yang atas tu cuma pembahas bicara. Ingin melupakan seseorang??
"Sakitnya mempunyai hati ini,
Pedihnya melalui hari-hari berlalu,
Sudah tidak mahu hidup merana,
Cukuplah setakat ini,
Diri ini tidak mampu lagi."
Itulah dia, boleh dinamakan ini Penyakit Hati. Bukan sakit hati yang organ dalam badan tu tapi ni sakit lebih kepada perasaan.
Sakit bukannya sebab apa, sebab rindu, sebab sayang...
Jadi nak hilangkan semua itu, maka dengan nekad untuk melupakan orang yang kita sayang. Tapi mampukah?
Semua ini adalah apa yang aku lalui dan ingin kongsikan dengan kalian semua. Ini yang terjadi dalam hidup aku. Aku pernah mencintai seseorang, kami pernah mesra dulu, menjadi kawan, gelak ketawa riang, banyak juga kenangan indah bersama. tapi semua tu tak kekal lama. Bila masing-masing berhijrah bagi meneruskan hidup masing-masing. Aku redha dengan ketentunya, kami sempat berhubung seketika selepas itu, dan aku sempat juga tahu yang dia sudah berpunya. Selepas itu kami 'lose contact'.
Sejujurnya memang hati agak pedih bila dapat tahu berita tu, tapi aku cuba untuk terima semua tu. Cuba untuk hadapi semua itu dengan lalui hari-hari aku. Siapa cakap buat semua itu mudah? Airmata, kesedihan, kekecewaan, semua aku lalui. Tapi aku berjaya. Dengan cara apa?
Aku bagitahu ni cuma mahu kalian cuba, bagi sesiapa yang ingin melupakan seseorang. Memang susah, bukan seperti mengupas kulit kacang.
Melupakan orang yang kita sayang, perkara ni aku sendiri tak mampu lakukan sehingga ke hari ini. Tapi macamana cara yang aku cakap berjaya tu? ini dia..
Seumur hidup aku, aku takkan lupakan dia bagi sepanjang hidup aku. Sebab tak salah kita menyintai seseorang. Apa yang aku buat adalah aku lupakan perasaan sayang aku pada dia, sayang yang aku agung2kan dulu. Aku tukarkan menjadi sayang sesama insan. Hati kita, kita mampu ubah. Semua bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan biarkan nafsu menguasai, ingat tu. Kerana, jika sayang kalian kepada seseorang adalah kerana Allah, kalian akan mampu lakukan percayalah. Jangan sayangkan seseorang kerana nafsu, parah akibatnya. Sebab itu,
Maka, percayalah pada diri sendiri. Kalian mampu lakukan. Semuanya bergantung pada masa. Mungkin bonus pada aku, sebab kecewa dia memilih orang lain selain aku. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada, iaitu tidak menghubungi sesama sendiri menjadi kekuatan aku. Seikhlasnya, sememang sehingga kini aku masih ingat dia, tapi sayang aku pada dia sudah tiada, itu yang aku lakukan. Bila rindu, aku hanya berdoa agar dia selamat dan terus bahagia.
Jadi, kalian yang hadapi masalah sedemikian cubalah cara aku. InsyaAllah, kalian akan berjaya. Jangan salahkan takdir, jangan salahkan Tuhan jika tak berjaya. Semua atas kehendak diri sendiri. PERSOALAN : 'kalau dah itu kehendakNya macamana?' kalau benarlah itu kehendakNya, agaknya sekarang kita bahagia bersama si dia, betul tak? Maka akuilah jodoh kita bukan untuk dia. "Jodoh Pertemua Itu Di Tangan Tuhan". Dia bahagia dengan jodohnya dan kita akan bahagia dengan jodoh kita. Percayalah. Ada yang terbaik untuk kita nanti, InsyaAllah. Banyakkan bersabar, itu kuncinya. Ingatlah "Yang terbaik hanya untuk orang yang bersabar".
**Kes yang tak berjaya**
Aku ada satu kes ni, kes kawan aku. Aku bagi nasihat macam yang aku cerita panjang kat atas tu, tapi tak berjaya, nak tau kenapa? ini yang aku cakap kat dia.. " kalau dah hari2 kau tatap gambar dia, kalau dah hari2 kau hantar msg kat dia, kalau dah hari2 kau sebut nama dia, macamna? Baik kau sebut nama Allah agar kau tak lupa DIA macam selalu". Itu puncanya, itulah dia kalau dah kemaruk, bukan kat perempuan je terjadi, kat lelaki pun banyak jugak kes macam ni.
Jadi, aku ucapkan kepada kalian semua...
"GOOD LUCK!!"
di reka oleh Fakhri Norman at 1/07/2011 12:27:00 PG 4 comments
Labels: aKu La Tu, entriKu yG Panjang, KaWan, NasiHaT Jer BuKan Pe
Khamis, Januari 06, 2011
Dengki Aku Tengok TV
di reka oleh Fakhri Norman at 1/06/2011 08:41:00 PTG 2 comments
Perlu Ke Pandang Belakang?
di reka oleh Fakhri Norman at 1/06/2011 12:00:00 PG 1 comments
Labels: NasiHaT Jer BuKan Pe
Rabu, Januari 05, 2011
Aku Fahami Itu
di reka oleh Fakhri Norman at 1/05/2011 01:19:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Ke'puitis'an Ku, Luahan Ku
Bila Sudah Terlanjur
di reka oleh Fakhri Norman at 1/05/2011 01:13:00 PG 0 comments
Labels: Ke'puitis'an Ku, Luahan Ku
Sabtu, Januari 01, 2011
Salam Tahun Baru 2011, Lembaran Baru
| ini adalah sebelum aku update untuk tahun 2011 sepanjang 2010 |
| Dan ini selepas aku update untuk tahun baru 2011 |
di reka oleh Fakhri Norman at 1/01/2011 04:33:00 PG 0 comments
Labels: Kisah Ku, Salam Semua, Sebelum Dan Selepas



























