WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Julai 11, 2010

Sukar HidupKu

Sukar mengambarkan hidupku kini,
Terlalu pedih bila di fikirkan,
Terlalu banyak keperitan yang ditanggung dari kebahagiaan,
Dugaan Tuhan yang aku tak tahu apa hikmahnya,

Ku fikir kesukaran hanya terbit dalam percintaan,
Tapi dalam persahabat sukar itu turut wujud,
Kepayahan yang ku tanggung sehari-hari,
Hati sudah seperti abu yang lali ditiup angin,

Apakan daya, aku perlu tabahkan hidup,
Walaupun dalam hatiku tiada lagi kebahagian,
Ianya sudah lupus pada tanggal 21 April 1999,
Yang membuat aku gagah berdikari dalam kesengsaraan hati...

Tangis seorang lelaki yang jarang dimiliki tapi ada pada ku,
Dewasa ini ianya samakin tidak segan lagi,
Kerna apa?? kerna hidup,hati, perasaan..................
Teresak dalam diam, sukar.. Siapa peduli? TIADA!!

Lelah sungguh hidupku ini,
Berlari tanpa mengerakkan kaki,
Itu lebih memenatkan,
Sesukar inikah hidup ku?

Fakhri tidak lagi mengecapi kebahagian dihatinya,
Gelak tawanya hanyalah palsu,
Hidupnya hipokrit,
Tingkahnya terpaksa,
Tuturnya bohong,
Fikirnya kesat...

Fakhri, Fakhri, Fakhri....
aka Kemegahanku....
(maksud nama yang tidak kena langsung dengan hidupnya)

Rabu, Jun 16, 2010

Aku Takut

...Takut...
Hati ku terluka lagi...
...Takut...
Luka ku akan lebih parah...
...Takut...
Aku akan sakit lagi...
...Takut...
Aku tak dapat menahan sakit ku nanti...
...Takut...
Seluruh tubuh ku akan lemah...
...Takut...
Kaki ku tak mampu melangkah kerna lemah...
...Takut...
Aku akan jatuh lagi...

...Takut...
Diri ditindas lagi...
...Takut...
Diri diluar kawalan...
...Takut...
Nafsu tak dapat membela dirinya...
...Takut...
Cinta dalam hati pertahankan cintanya...

...Takut...
Sayang ku padanya masih tersisa...

Sebenarnya aku takut dengan kehidupan aku sendiri....
Tak mahu laluinya lagi...
Ya Allah bantu aku...

Jumaat, Mei 28, 2010

Aku tak mahu kau dalam hidup ku.... please!!!

Wujudnya kau buat hidup aku tak teratur,
Tingkah kau buat aku tak duduk diam,
Kata-kata kau buat aku terus memikirkannya,
Segala mengenai kau buat hati aku hancur dan terus hancur sampai tiada akhirnya...

Aku tak mahu kau dalam hidupku,
Aku tak menginginkan kewujudan kau dihadapanku,
Aku tak mahu terus memikirkan kau,
Aku tak mahu segalanya yang berkaitan tentang kau,

Kenapa mesti aku menyayangi kau dahulu jika ini yang berlaku akhirnya,
aku tak mahu lagi sayang kau,
aku tak mahu lagi ingat kau,
aku tak mahu lagi lihat kau,
aku tak mahu lagi 'care' kau,
aku tak mahu lagi kau dalam hidup aku,
aku tak mahu bayang kau terus hantui aku,
segala tentang kau aku mahu buang sejauh mungkin...
tetapi kalau la ia semudah itu,
kau terus menghantui aku....
kalau aku boleh 'delete' segalanya mengenai kau dalam memoriku, akan ku lakukan sekarang,
kerana aku terseksa dan aku penat merasai keperitan setiap masa....
aku mahu benarkan hatiku menyayangi insan yang benar-benar sayang padaku,
tetapi bayang kau terus menghalang itu, dan cukup sukar untuk aku buang sayang ku pada kau dan menerima orang lain selain kau dalam hatiku...
aku sungguh letih merasai kesakitan ini... aku dah penat... mahu saja aku lalui jalan yang singkat(mati) tetapi mana mungkin jika ajalku belum tiba... kerana itu saja ubat untuk aku...
hidup aku sudah tak teratur seperti dahulu, sungguh serabut, dalam fikiran ku hanya ada kau,
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
UNTUK SELAMANYA...

Ya Allah hikmah apa yang menanti ku atas kesakitan ini??????????????????
buangkan lah memoriku yang menginginkannya disampingku, segalanya mengenainya.. aku redha dengan kehilangannya buat selamanya!!!!!

Ahad, Mei 09, 2010

Mana Mungkin

Ku rendahkan hati ku rendahkan jiwa ku..
Untuk tetap bersamamu,
Namun mana mungkin jika dirimu tidak lagi menerimaku,
Inginku pasrah biarpun hati ini pedih,
Namun perasaan tetap perasaan,

Akal ku asyik berfikir, dimanakah kamu ketika ini,
Ingin ku ketemu, ingin ku katakan,
Aku menyesal atas apa yang berlaku,
Namun mana mungkin jika kebencian terus menyelubungi mu,

Tidurku terbayang mu, jaga ku terbayang mu,
Tidak mungkin aku mencampakkan mu jika aku terus begitu,
Mengharapkan kasih mu siang dan malam,
Namun mana mungkin aku miliki kerna hidupmu tiada lagi aku,

Kamu gores setiap ceruk hatiku,
Kamu carikkan setiap kasih yang ku berikan,
Kamu tanamkan kenangan kita dahulu..
Mana mungkin aku kembalikan masa lalu kerna kita tidak lagi serasi bersama…

Jumaat, Mei 07, 2010

Apakan Daya

Kamu dah tak seperti dulu,
Jika masa dapat diundur,
Takkan ku lepaskan mu walau seketika,
Apakan daya kenyataan lebih memeritkan,
Kamu bukan lagi kamu yang ku kenali dulu,
Haruskah aku biarkan mu pergi,
Tinggalkan kenangan yang sudah tercipta,
Mampukah aku,
Saat ini kekesalan amatlah dirasa,
Sikapmu sikapku tidak lagi serasi,
Jiwa ku sudah tiada dalam hatimu,
Apakan daya semua sudah berlalu,
Masa lalu penuh keriangan,
Kini tinggal hanyalah kepedihan,
Kenapakah kita dipertemukan dahulu,
Jika ini perakhirannya..
Apakan daya semua sudah berubah,
Kenapa ini yang kita inginkan,
Bukan ku pinta, tapi diminta,
Aku terpaksa kamu pula tegar,
Ini jadinya haruslah diredhai..
Apakan daya pedihnya hati..

Isnin, April 05, 2010

Aku Sakit Lagi...

Apa jadi dengan aku,
Bilalah duga ini mahu tamat,
Aku seakan tidak mampu lagi untuk bertahan lebih lama,
Sejauh mana aku kini dengan diriku yang dulu,

Aku pedih ketika ini,
Sakit sangat bagaikan tercucuk jarum yang halus lagi berbisa,
Aku letih menangis dalam hati,
Aku penat menjerit yang tiada berlagu,

Kemanakah tempat yang mampu aku jejaki,
untuk aku lesap dan tidak lagi berdepan dengan semua ini,
Biarpun lari tiada penyelesaian tetapi cukup buat aku lega dari sakit ini,
Tapi aku sudah tidak berdaya lagi,
Aku lelah, lelah dengan langkahku sendiri yang tidak serik untuk berlari,
sampai bila, sampai bila, sampai bila...

Rabu, Mac 24, 2010

Seperti Inikah Hidup Aku

Hari demi hari,
Aku rasakan seperti hilang sesuatu,
Ianya bagaikan sesuatu yang cukup berharga,
Apakah ia??
Tidak mungkin aku menjawabnya ketika ini,

Diriku semakin tenggelam dengan keadaan,
Jiwaku semakin lemas dengan suasana,
Akalku semakin padat dengan khayalan,
dan Nadiku semakin perlahan dengan bayu..

Dimanakah aku ketika ini,
Seperti tidak lagi pijak dibumi yang nyata,
Bergerak seperti angin yang kencang yang tiada halatuju,
Adakah perjalananku sudah tiada noktah,
Mungkinkah??

Tiada jawapan sedikitpun yang aku boleh berikan,
pudar dan terus lesap.. itukah sebenarnya hidup aku??

Khamis, Februari 18, 2010

Kesalnya Aku Mencintai Seseorang

aku rasekan seperti dunia ini kosong,
tiada apa2 lagi utk aku,
sepi, sunyi..

kerna aku kesal kerana knl seseorang itu..
perit, perit dan perit..
kalau lah aku tidak kenal siapakah dia..
alangkah tenangnya hidup aku..


dugaan apakah ini..?
pertanyaan yang aku sendiri tak mampu mjawabnya..

hanya mampu berserah..
dan terus tabahkan hati utk terus berpura2 diri ku pasrah..

tiada apa yang mampu aku lakukan lagi..
kerana kenal insan sepertinya..
hari2 ku semakin resah..
hati ku tak lagi bermaya untuk bertapak dgn tenang..

mampukah aku Tuhan jalani hidup ini kerana Kau kenalkan aku dgn dirinya..????

Jumaat, Februari 05, 2010

Think about My Future..

sekarang aku asyik memikirkan mase depan..
nun jauh di sane.. 
aku tak pasti bagaimane keadaan aku nanti..
Entah bernyawa atau sudah menghabiskan sisa hidup ku ini..
apakah yg betul2 mnanti aku nanti.. 
aku tak tahu dan tiada sesiapa yang tahu kecuali yang Maha Esa..

apa yang mampu aku lakukan..
dengan keadaan sekarang sepertinya semangat aku semakin luntur..
aku cuba untuk menjejaki diriku yang lama kembali, 
tetapi nampaknya, ianya semakin hilang dan seakan lesap..

apa yang mampu aku lakukan.. 
jiwaku ku rasekan gelap dan sepi..
susah untuk ku gambarkan apa yang berlaku pada ku nanti..
adakah ianya membaikkan ku atau menjahanamkanku..
aku tidak tahu..

apa yang mampu aku lakukan..
aku sendiri mencari diriku yang sebenar..
dalam kelam dalam kabus..
akan kah aku berjumpa diriku yang mempunyai jiwa yang betul2 kukuh..

hanya Allah tempat aku berserah dan pasrah...
doa ku akan selalu ku dengari agar ianya menjadi semngat untuk aku jalani hidup yang bagi ku amat kejam pada ku.. biarpun ku tahu di sebalik semua ini ada hikmah yang besar menanti ku.. harapan ku sungguh tinggi sebenarnya.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...