Point here for the post 'Bukan Niat Ku'
Bukan niat ku,
Sememangnya itu bukan niat ku,
Bukan aku yang meminta itu terjadi,
Kenapa ia terjadi?
Aku sendiri tak mampu untuk menjawabnya,
Perkara sudah berlalu,
Lupakan saja,
Aku pun mahu lupakan semua,
Aku akan cuba dan terus cuba,
Apa yang aku ingin ucapkan..
Alhamdulillah, Syukur pada Allah,
Memang itu yang aku inginkan,
Walaupun ia bukan kembali pada keadaan yang dulu,
Namun aku cukup bersyukur ia pulih kembali bagi kalian..
Orang yang menimpa musibah atau orang yang kecewa akan berkata..
'Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya'
Ya, memang ada hikmahnya,
Cuma hikmah itu diambil atau dibuang, Terpulang..
Bagi aku, untuk mendapat secubit hikmah itu,
Aku lalui perlbagai keadaan,
Tak kira ianya gembira, riang, sedih, dan biarpun ianya terasa perit..
Tapi itu yang aku dapat.. Aku terima..
Maafkan aku,
Ucapan ini ibarat '0'
Tiada apa2 erti aku rasakan, sudah berulang kali,
Namun tetap jua aku sandarkan,
Bagi menutup segala salah silap ku,
Walaupun penyesalan ku tak bermakna baginya,
Tapi penyesalan ini cukup bermakna bagi aku,
Doakan kebahagian, kejayaan bersama...
Pertandingan Khat (ADNI) 2025 : Part 1
-
Assalamualaikum uolls. Dah lepas pertandingan peringkat zon kajang, tapi
kita mak mak haruslah abadikan di blog, supaya anak dah besar, boleh baca
lagi. (k...
Seminggu yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan