Isnin, Januari 31, 2011
Jika Hayat Ku Singkat
di reka oleh Fakhri Norman at 1/31/2011 07:41:00 PTG 0 comments
Khamis, Januari 27, 2011
Bonus Wednesday:::Menang RM40,000 Minum Milo
Minum MILO anda jadi sihat & kuat.... Selalu tak tengok iklan Milo, mesti ada tradeline tu kan? ada sesiapa kat sini yang minum MILO. Ramai yang minum MILO kan... Apa kata sekarang kita minum MILO sambil menangi hadiah hebat. Bak kata pepatah "Menyelam sambil minum air". sekarang kita minum MILO dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM40,000 atau menangi Iphone atau kalau anda bertuah anda boleh perolehi Macbook. So, apa tunggu lagi sekarang.. Jom Klik kat sini>>> MiloFuzeJamPack kita tengok apa yang menanti anda. JOM!!!!
di reka oleh Fakhri Norman at 1/27/2011 05:51:00 PG 0 comments
Labels: TolonG Aku BoLeH
Isnin, Januari 24, 2011
KaH?
di reka oleh Fakhri Norman at 1/24/2011 03:40:00 PG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Jumaat, Januari 21, 2011
Kehilangan Idea
di reka oleh Fakhri Norman at 1/21/2011 11:57:00 PTG 1 comments
Labels: HaNye bErCeriTa
Selasa, Januari 18, 2011
Aku Adalah Aku Dan Begini
di reka oleh Fakhri Norman at 1/18/2011 03:51:00 PG 0 comments
Jumaat, Januari 14, 2011
Kerana Itu, Aku Begini
di reka oleh Fakhri Norman at 1/14/2011 08:29:00 PTG 1 comments
Labels: Luahan Ku
NOKIA 5250 : Mak!! Along Kempunan...
Handphone yang aku nak miliki akhir tahun lepas, tapi tak kesampaian, disebabkan masalah kewangan. Walaupun model yang ini tak sehebat mana tapi sekurangnya aku dapat rasai pakai handphone touchscreen yang semurah ni betul tak...
Murah? yup memang murah.. boleh dapat dengan harga US$145 atau dalam ringgit RM460. Murahkan? Walaupun tiada 3G,WIFI or GPS. Tapi tak mustahilkan kalau kita nak miliki handphone touchscreen semurah ini. Kamera dia pun tak besar mana cuma 2MP dan 51 memory on board. Bateri dengan kekuatan 18 hari on standby, 7 jam of talk time and 24 jam playing music.
Nak tau sebab apa aku kempunan, sebab aku balik kampung tengok mak aku yang pakai. Arghh.. mak! along nak pakai handphone tu.. kenapa mak yang pakai? (sebab mak ada duit kau tak ade, hahaha).
Walau apapun, nanti aku nak juga pakai handphone touchscreen, walaupun tak dapat NOKIA 5250 ni. Aku akan pastikan aku akan dapat miliki gak nanti. (gile apa dak ni).
di reka oleh Fakhri Norman at 1/14/2011 07:55:00 PTG 0 comments
Labels: HaNye bErCeriTa
Rabu, Januari 12, 2011
Leave Your Link In My Pages
'Tinggalkan Link anda di blog saya', macam tulah lebih kurang translate aku...
Hah, aku tau tak ramai yang datang kat blog aku nih, tapi bagi sesiapa yang dah datang ziarah tu, ringan2kanlah tangan tu untuk tinggalkan link anda di blog aku, link dia ada kat bawah sekali.
anda tinggalkan nama dan URL blog anda, Twitter, FaceBook, atau apa2 jelah yang anda suka.
Lepas dah tekan enter, ringankanlah tangan anda pula tinggalkan komen, like, chat, or follow, yang pasti anda HARUS tinggalkan jejak. (macam memaksa la plak). bukan ape, nanti aku akan ringankan pula tangan aku untuk ziarah URL anda. Bagi yang Follow, aku akan Follow balik. Don't Worry. Balas Membalas.
URL tu kalau anda malas nak taip, just copy paste pun tak pe.. tapi ada cara dia sebab page aku ni ade box yang akan keluar bila klik kanan mouse.
So cara dia, (bagi yang tak tahu je lah) pergi ke pages anda and copy URL pages anda..
kemudian pergi ke pages aku Mylife @ Hidupku @ Suka & Duka, taip nama anda macam biasa dan klik pada kotak link/URL kemudian tekan CTRL + V, kemudian tekan Enter.
Siap dan Terima Kasih kerana tinggalkan Link anda.
Kredit to Mister Linky Widjet
di reka oleh Fakhri Norman at 1/12/2011 06:22:00 PTG 0 comments
Labels: TolonG Aku BoLeH
Pilih Kawan
Kalau bab pilih kawan ni, memang susah sikit nak cakap, kawan ni peneman kita tak kira mana pun kita berada, kawan tu tetap ada, kawan lama kawan baru, semua ada. Nak tahu? Orang gila pun ada kawan. Kalau dah macam tu, takkan kita pun tiada kawan, betul tak?
- Pilih kawan yang sejiwa dengan kita, maknanya apa yang kita rasa dia dapat rasa. Boleh dikatakan sehati sejiwa. (macam couple la plak)
- Jangan pilih kawan yang tahu cakap dimulut, tapi usahanya tiada. Kawan jenis macam ni memang ada ragam dia. Kalau dah bercakap tu berbuih mulut, berapi je lebih. Yela kan, cakap free tak perlu nak bayar.
- Jangan pilih kawan yang kedekut. Hah! Kalau bab ni aku setuju, kawan yang jenis berkira, yang kita dia nak tapi yang dia hampeh nak bagi. Hati-hati sikit pilih kawan yang macam ni.
- Masalah mu masalah ku jua. Yup! Kawan yang sudi berkongsi masalah dengan kita. Sudi mendengar setiap ceruk isi hati kita, dan dia pandai bagi nasihat yang bagus untuk kita.
- Pandai simpan rahsia. Ini dah semestinya, pilihlah kawan yang pandai simpan rahsia kita. Yelakan, macam2 masalah kita dah cerita kat dia, tub tab dia bawa cerita kita. Tak ke sakit hati.
- Tahu jaga hati kita. Maknanya faham kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Berlapis bila bercakap, bergurau biar berpada, kita baru kawan dengan dia dua hari janganlah bergurau macam dah kenal 2 tahun.
di reka oleh Fakhri Norman at 1/12/2011 02:37:00 PG 0 comments
Labels: NasiHaT Jer BuKan Pe
Selasa, Januari 11, 2011
Kaki Tipu
di reka oleh Fakhri Norman at 1/11/2011 07:49:00 PTG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy
STOP being like THAT
di reka oleh Fakhri Norman at 1/11/2011 03:27:00 PG 0 comments
Labels: aKu La Tu, entriKu yG Panjang, FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Ahad, Januari 09, 2011
Serius Aku Rindu
di reka oleh Fakhri Norman at 1/09/2011 11:28:00 PTG 0 comments
Labels: aKu La Tu, entriKu yG Panjang, FoR SoMeBoDy, KaWan, Kisah Ku
Sabtu, Januari 08, 2011
Mahu Kenangan itu Menjadi Terindah
di reka oleh Fakhri Norman at 1/08/2011 03:27:00 PTG 0 comments
Labels: aKu La Tu, aZaM, entriKu yG Panjang, Luahan Ku
Jumaat, Januari 07, 2011
Ingin Melupakan Seseorang
Dalam hidup seseorang pasti ada Kisah hitam yang menghantui setiap perjalanan seharian. Kisah luka yang menghiris setiap ceruk nyawa. Kisah pahit yang mengecewakan hati. Kisah tersendiri yang mahukan diri melupakan semua yang pernah berlaku. Lupakan, agar hidup tidak lagi seperti dulu, agar hidup tak dibayangi kisah lalu.
Namun Persoalannya.... MampukaH??
'aku tak mahukannya : aku mahu lupakannya : jangan hadir lagi dalam hidup aku'
Berkata lebih mudah dari laluinya sendiri. Usahalah sebanyak manapun, tidak juga berjaya, kenapa?
Kisah hitam, kisah pahit... keadaan yang sebegini memang diakui susah untuk dilupakan. Trauma menghantui sepanjang hidup. Tambahan pula bila kejadian seakan berulang, membuat memori terkenang kembali. Memang payah, namun semua bergantung pada diri sendiri. Keimanan dalam diri harus teguh. Perkuatkan diri untuk lalui saat-saat itu, cubaan itu diberi adalah untuk menguji tahap kekuatan dalam ataupun luaran diri kita. Selalu jalan termudah yang selalu di ambil adalah menamatkan hari agar tidak bertemu hari esok atau hari berikutnya. Nauzubillah..
Sudah menjadi masalah majoriti bagi kaum remaja perempuan, menghadapi masalah ini memang membuatnya lemah, hilang semangat, murung dan sesuatu yang akan menjatuhkannya. Perkara sebegini sememangnya selalu terjadi. Apakah masalah itu? begitu rumitkah ia?
Masalah CINTA, sebenarnya ini adalah point yang sebenar bagi entry aku kali ini, yang atas tu cuma pembahas bicara. Ingin melupakan seseorang??
"Sakitnya mempunyai hati ini,
Pedihnya melalui hari-hari berlalu,
Sudah tidak mahu hidup merana,
Cukuplah setakat ini,
Diri ini tidak mampu lagi."
Itulah dia, boleh dinamakan ini Penyakit Hati. Bukan sakit hati yang organ dalam badan tu tapi ni sakit lebih kepada perasaan.
Sakit bukannya sebab apa, sebab rindu, sebab sayang...
Jadi nak hilangkan semua itu, maka dengan nekad untuk melupakan orang yang kita sayang. Tapi mampukah?
Semua ini adalah apa yang aku lalui dan ingin kongsikan dengan kalian semua. Ini yang terjadi dalam hidup aku. Aku pernah mencintai seseorang, kami pernah mesra dulu, menjadi kawan, gelak ketawa riang, banyak juga kenangan indah bersama. tapi semua tu tak kekal lama. Bila masing-masing berhijrah bagi meneruskan hidup masing-masing. Aku redha dengan ketentunya, kami sempat berhubung seketika selepas itu, dan aku sempat juga tahu yang dia sudah berpunya. Selepas itu kami 'lose contact'.
Sejujurnya memang hati agak pedih bila dapat tahu berita tu, tapi aku cuba untuk terima semua tu. Cuba untuk hadapi semua itu dengan lalui hari-hari aku. Siapa cakap buat semua itu mudah? Airmata, kesedihan, kekecewaan, semua aku lalui. Tapi aku berjaya. Dengan cara apa?
Aku bagitahu ni cuma mahu kalian cuba, bagi sesiapa yang ingin melupakan seseorang. Memang susah, bukan seperti mengupas kulit kacang.
Melupakan orang yang kita sayang, perkara ni aku sendiri tak mampu lakukan sehingga ke hari ini. Tapi macamana cara yang aku cakap berjaya tu? ini dia..
Seumur hidup aku, aku takkan lupakan dia bagi sepanjang hidup aku. Sebab tak salah kita menyintai seseorang. Apa yang aku buat adalah aku lupakan perasaan sayang aku pada dia, sayang yang aku agung2kan dulu. Aku tukarkan menjadi sayang sesama insan. Hati kita, kita mampu ubah. Semua bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan biarkan nafsu menguasai, ingat tu. Kerana, jika sayang kalian kepada seseorang adalah kerana Allah, kalian akan mampu lakukan percayalah. Jangan sayangkan seseorang kerana nafsu, parah akibatnya. Sebab itu,
Maka, percayalah pada diri sendiri. Kalian mampu lakukan. Semuanya bergantung pada masa. Mungkin bonus pada aku, sebab kecewa dia memilih orang lain selain aku. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada, iaitu tidak menghubungi sesama sendiri menjadi kekuatan aku. Seikhlasnya, sememang sehingga kini aku masih ingat dia, tapi sayang aku pada dia sudah tiada, itu yang aku lakukan. Bila rindu, aku hanya berdoa agar dia selamat dan terus bahagia.
Jadi, kalian yang hadapi masalah sedemikian cubalah cara aku. InsyaAllah, kalian akan berjaya. Jangan salahkan takdir, jangan salahkan Tuhan jika tak berjaya. Semua atas kehendak diri sendiri. PERSOALAN : 'kalau dah itu kehendakNya macamana?' kalau benarlah itu kehendakNya, agaknya sekarang kita bahagia bersama si dia, betul tak? Maka akuilah jodoh kita bukan untuk dia. "Jodoh Pertemua Itu Di Tangan Tuhan". Dia bahagia dengan jodohnya dan kita akan bahagia dengan jodoh kita. Percayalah. Ada yang terbaik untuk kita nanti, InsyaAllah. Banyakkan bersabar, itu kuncinya. Ingatlah "Yang terbaik hanya untuk orang yang bersabar".
**Kes yang tak berjaya**
Aku ada satu kes ni, kes kawan aku. Aku bagi nasihat macam yang aku cerita panjang kat atas tu, tapi tak berjaya, nak tau kenapa? ini yang aku cakap kat dia.. " kalau dah hari2 kau tatap gambar dia, kalau dah hari2 kau hantar msg kat dia, kalau dah hari2 kau sebut nama dia, macamna? Baik kau sebut nama Allah agar kau tak lupa DIA macam selalu". Itu puncanya, itulah dia kalau dah kemaruk, bukan kat perempuan je terjadi, kat lelaki pun banyak jugak kes macam ni.
Jadi, aku ucapkan kepada kalian semua...
"GOOD LUCK!!"
di reka oleh Fakhri Norman at 1/07/2011 12:27:00 PG 4 comments
Labels: aKu La Tu, entriKu yG Panjang, KaWan, NasiHaT Jer BuKan Pe
Khamis, Januari 06, 2011
Dengki Aku Tengok TV
di reka oleh Fakhri Norman at 1/06/2011 08:41:00 PTG 2 comments
Perlu Ke Pandang Belakang?
di reka oleh Fakhri Norman at 1/06/2011 12:00:00 PG 1 comments
Labels: NasiHaT Jer BuKan Pe
Rabu, Januari 05, 2011
Aku Fahami Itu
di reka oleh Fakhri Norman at 1/05/2011 01:19:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Ke'puitis'an Ku, Luahan Ku
Bila Sudah Terlanjur
di reka oleh Fakhri Norman at 1/05/2011 01:13:00 PG 0 comments
Labels: Ke'puitis'an Ku, Luahan Ku
Sabtu, Januari 01, 2011
Salam Tahun Baru 2011, Lembaran Baru
ini adalah sebelum aku update untuk tahun 2011 sepanjang 2010 |
Dan ini selepas aku update untuk tahun baru 2011 |
di reka oleh Fakhri Norman at 1/01/2011 04:33:00 PG 0 comments
Labels: Kisah Ku, Salam Semua, Sebelum Dan Selepas