WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Mac 09, 2011

Kenapa Bangkitkan Semua Ini



Yup, kenapa mesti bangkitkan? Sebenarnya bukan aku cakap pada orang lain, aku cakap pada diri aku sendiri. Kenapa aku bangkitkan ia kini. Apa yang aku bangkitkan? Inilah dia aku nak ceritakan. Hurm.. bukan nak cerita tapi nak bagitahu.. hurm.. bukan jugak.. nak sampaikan... bukan!.. baca la sendiri, aku pun tak tahu aku buat apa ni. (macam orang gile dah aku cakap ni)...

Perkara ni dah lama berlaku, tahun lepas lagi. Sebenarnya berkaitan dengan kawan aku kenal sejak  3 tahun lepas. Dari mula kenal memang rapat, tapi tahun ke tahun macam2 berlaku. Macam2 perkara yang timbul, masing2 tunjuk belang. Akhirnya pecah ranap....  aku tak tahu kenapa sejak akhir2 ni menda ni berbangkit dalam fikiran aku, dalam lena aku.. memang aku masih rasa bersalah tapi perkara ni dah lama.. aku pun dah mula slow2 untuk lupakan. Memandangkan masing2 ada kerjaya sendiri.

Sekarang ni aku rasa aku nak cakap ini kat dia..

“ perkara dah lepas biarlah lepas, banyak lagi takdir yg perlu kita kecapi. Walaupun aku tahu kamu masih tak maafkan aku atas silap aku yang macam ‘setan’(itu yg kamu gelar aku, aku terima) tapi aku harap suatu hari nanti kamu akan temui hati nurani kamu untuk ada secubit maaf bagi aku. Aku tahu hari itu akan ada, biarpun waktu itu aku sudah tiada. Sekarang, aku rasa dah putus asa untuk mohon maaf pada kamu, kerana aku tahu apa jawapan dari kamu. Dan aku rasa dah malas nak fikir pasal silap dan salah aku pada kamu, lantaklah kamu tak maafkan aku pun. Tapi yang membuat aku masih rasa bersalah dan terus untuk meminta maaf sebab aku masih ingat kata Ustazah,Ustaz dan Mak aku dulu. ‘kalau kita bersalah pada Allah, kita boleh bertaubat, tapi kalau kita bersalah dengan manusia, selagi orang itu tak maafkan kita, Allah takkan terima maaf kita.’ Itu yang aku pegang dari dulu biarpun ia makin hilang dari tahun ke tahun. Dan harap ianya tak terus hilang.

Kadang2 aku berfikir, menyesal sangat kenal kamu, jumpa kamu, kawan dengan kamu dahulu. Kalaulah tak jumpa atau tak kenal langsung kamu, rasanya aku tak perlu hidup sebegini rupa. Hikmah oh hikmah...

Aku Cuma terfikir sejak 2 menjak ni, so aku buat keputusan untuk menulis pada hari ini. Aku nak luahkan dan aku nak lupakan.. kamu nak maafkan aku atau tidak, itu terpulang... kamu ada hak dan harus diingatkan aku pun ada hak aku.. semua orang ada hak di muka bumi Allah ini...

Apa2 pun aku harus teruskan hidup dan kamu teruskanlah kebahagian hidup kamu dengan kehidupan kamu sendiri.  Aku akan terus cuba untuk melupakan masa lepas.. bukan hanya lupakan kamu tapi semua tentang masa lepas yang aku dah tak mahu bangkitkan di masa hadapan aku. aku baru terdengar pepatah ini ‘Buangkan masa lalu kamu agar masa hadapan ada tempat di dalam diri kamu’. So aku akan cuba dan terus cuba untuk lupakan masa silam aku, tak kiralah yang pahit atau manis kerana kenangan cukup menyiksa aku.. “

Itu ajelah aku nak cakap kat dia.. dah takde idea nak cakap apa lagi. Kenapa lah Allah mesti pertemukan aku dengan kamu dan kau... kau? Yup.. kalau ‘kau’ yang dimaksudkan baca entry ini dia akan tahu kau tu dia.. kenapa mesti aku bertemu kau.. aku dah tak tahu nak buat apa untuk buat kau faham... biar jelah kau ni.. satu hari nanti kau akan faham yang aku takkan terima kau untuk sepanjang hidup aku.. harap kau mengerti, sebab dah berulang kali aku bilang(dalam bahasa Melayu, bukan bahasa tamil) .

Harap dorang bahagia dengan hidup dorang, biarlah dorang hidup dengan apa yang dorang fikirkan... dan aku bahagia dengan hidup aku.. aku harus bernafas, aku harus hidup, biarpun aku tak pasti berapa lama lagi Allah bagi pinjam nyawa ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...