Hari lahir?
Bagi ku hari kemunculan aku ke dunia yang penuh pancaroba ini,
Happy BirthDay!!
Selamat hari lahir!!
Ucapan dari orang yang mengenali aku..
Aku redha Tuhan tentukan aku hadir ke dunia pada tarikh ini,
Mungkin ada maknanya di sebalik apa yang aku lalui sehingga usia ini,
Ya! Usia ku semakin meningkat tahun demi tahun,
Namun apa kegembiraan aku pada hari lahir ku?
Aku kurang pasti apa yang membawa kebahagian bagi ku pada tarikh ini,
Aku Cuma bersyukur kerana Tuhan beri aku kesempatan pada tarikh ini,
Dari dulu hingga kini,
Setiap hari lahirku,
Mesti ada perkara yang membuat aku sedih,
Aku cuba ubati dengan mengingati Mak aku..
Yup, Mak...
Mak bertarung nyawa pada tarikh ini,
Pada usia muda, pada pengalaman pertama,
Pada tanggal 03 Februari 19**, pukul 3 pagi,
Melahirkan insan yang bergelar Fakhri = (kebanggaanku),
Mungkin bagi Mak akulah kebanggaannya...
Dan setiap hari lahirku,
Aku akan bertambah sedih bila teringat Mak,
Apa yang Mak dah lakukan pada ku sehingga aku seusia ini,
Memang ia tidak dapat dibalas oleh ku...
Aku Cuma mampu berdoa untuk kesejahteraan Mak..
Sayang Mak...
“hari lahir adalah hari memperingati jasa mak kepada kita, bukan sekadar merasai kegembiraan diri sendiri”
0 comments:
Catat Ulasan