WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Februari 04, 2011

Emergency Diary in My BirthDay

Pagi semalam aku tak dapat tidur, pukul 1 aku cuba untuk tidur tapi mata tak mahu juga lelap, aku buka semula lampu dalam pukul 3, aku duduk termenung, macam-macam yang aku fikir. Kenapa mesti setiap birthDay aku, aku akan rasa sedih seperti ini? Dalam pukul 4 lebih aku capai sehelai kertas dan sebatang pen lalu aku mula menulis, ia berlaku secara tiba-tiba.

‘Emergency Diary :: Bila Aku Adalah Aku’



“ Sebenarnya apa yang harus aku lakukan?
Aku buntu dengan diri sendiri,
Pabila darah daging aku sudah seperti ini,
Sukar bagiku mahu ubah apa yang sudah berlaku,
Tetapi lagi payah mahu jadi apa yang akan berlaku,
Bila aku adalah aku..

Aku mahu jadi seperti apa yang aku fikirkan kini,
Namun sukar bagiku untuk ubah keadaan ini,
Aku menderita dalam diam,
Air mata menitis dalam senyap,
Ketawa dengan tiba-tiba,
Bila aku adalah aku..

Rasanya mungkin ini jalan bagiku,
Jika aku diberi peluang untuk lahir semula,
Aku ingin jadi seseorang yang aku mahu ia wujud sekarang,
Tuhan tahu apa yang ada dalam hatiku,
Cukup sukar untuk aku luahkan,
Bila aku adalah aku..

Aku tahu asal usul punca semua ini terjadi adalah disebabkan aku,
Aku tidak perlu salahkan sesiapa lagi,
Memang ini jalannya,
Tiada kebahagian bagiku di dunia”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...