WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Februari 18, 2011

Inilah Masa Hadapan, Tiada Lagi Yang Lain

Impian, Anganan, Mimpi..
Semuanya harapan..
Harapan agar semua itu menjadi kenyataan,
Tapi hakikatnya, terjadikah ia?
Kita tak mampu mengagak apa yang bakal berlaku,
Sebab itu kita hanya mampu mengolah dalam benak otak untuk mencipta satu kebahagian serta mengimpikan semua itu akan termakbul,
Tapi harapan tetap harapan,
Bersyukur dengan apa yang ada dan dengan adanya,

Aku masih lagi berharap,
Bermimpi, berangan..
Menginginkan sebuah kebahagian pada satu hari kelak,
Sebuah hidup yang aku hajati,
Tapi kini aku hanya mampu tersenyum sendiri,
Kerna seperti ku tahu keadaan itu tak mungkin terjadi,
Hanya keajaipan yang mampu menciptakannya,

Tiada lagi masa hadapan bagi ku,
Kerna sudah ditentukan ini masa hadapan ku,
Aku hanya berusaha bertahan,
Selagi mampu selagi terdaya,

Aku harus terima apa adanya,
Cuma terkadang aku terfikir sejenak,
Mengapa ini yang harus aku lalui,
Dan harus aku jalani,
Hikmah? Aku tak tahu mana hikmah itu..

Ya Allah..
Setiap doa yang ku panjatkan aku tahu Kau Maha Mendengar,
Namun hikmah apa yang kau nantikan untuk aku bagi semua ini,
Segala tentang aku yang aku tahu semakin hilang,
Mana erti hidupku yang sebenar,
Mana arah bagi setiap jalan hidup ku,

Persoalan demi soalan aku hulurkan,
Tapi jawapan? Aku buntu....
Aku percaya tiada yang lain dapat membantu aku selain Mu Ya Allah...

Aku mahu lagi hidup ini,
Mahu lagi menikmati setiap Kurnia MU,
Bagilah aku peluang untuk aku tunaikan setiap hajat, impianku selama ini....

Aku Tulis Pada 17 Feb. 2011 Jam 19:05

Aku tak tahu nak cakap apa tentang hidup aku,
Nak saja aku cakap hidup aku ni penuh dengan bala dan malang,
Tapi apakan daya ini semua Kehendak Allah,
Aku hanya mampu berserah..

Aku berusaha, tapi mungkin usaha aku tak diterima,
Sebab tu ianya kurang berhasil,
Apa yang mampu aku lakukan sekarang,

Hari ke hari semangat aku semakin berkurang,
Dan kurangnya ia itu semakin menjadi,
Aku cuba setiap masa untuk bernyawa kembali,
Namun hasilnya aku tidak nampak,
Dimanakah ia?

Sangsi aku dengan diri sendiri,
Apa yang tersirat semakin terbongkar,
Aku lemah meniti setiap titi yang ada di hadapan ku,
Yang aku rasakan adalah hampa,
Hampa dengan sikap ku sendiri
Dan apa yang melanda diriku kini..

Ini saja yang aku buat,
Mengarang, mengarang dan mengarang!!
Untuk apa semua ini??
Membazir waktu, masa dan tenaga..

Biarlah orang nak mempersoalkan begitu,
Orang hanya mampu berkata,
Mungkin sesiapa akan setuju ayat ini
(kita takkan tahu apa yang orang lain rasa jika kita sendiri tidak berada dalam situasi orang itu)


Jumaat, Februari 11, 2011

Ingin Dimaafi Sebelum Nafas Ini Terhenti



Tiada kata-kata yang mampu ku ucap,
Pabila kemaafan lama tidak terlerai,
Masih mahu diri dimaafi,
Biarpun sudah termaktub diri ini berdosa,

Aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa,
Kemaafan telah ku pinta berulang kali,
Namun diri ini tidak dimaafi,
Cukup rasa teramat berdosa,
Pabila salahku tidak diredhai,

Lelah aku dengan kehidupan sendiri,
Di mana lagi terletak jalan bagi ku,
Tunjukkanlah...
Agar diri ini tidak lagi memikul dosa itu,

Aku tak layak menghitung nyawa,
Namun bila ia datang,
Tiada yang mampu menghalang,
Di situ Di sini nafas ini akan terhenti,

Naluri ini ketika ini,
Cukup kuat merasakannya,
Namun aku cuba endahkan,
Kerna ada yang masih belum selesai,

Hati ini terus berharap,
Tiap detik berasa gemuruh...

Pelbagai soalan berlegar,
Adakah aku akan dimaafi disaat nafas ini dihentikan...

(Berdosa dengan Tuhan, kita masih boleh bertaubat, tetapi berdosa dengan sesama manusia, jika tidak meminta maaf dan tidak dimaafi, dosa tidak akan diampunkan di Akhirat)

Selasa, Februari 08, 2011

GIVEAWAY EYSHA



Sebenarnya ini kali pertama aku join contest macam ni, sebelum ni pernah dengar nama giveaway ni, tapi buat tak endah je sebab malas nak peduli... Lagi satu tak tahu apa sebenarnya giveaway ni.. so, selidik punye selidik dapatlah tahu serba sedikit...
Bukak Mylife @ Hidupku @ Suka & Duka, kebetulan ada yang bagitahu ada giveaway. Nak lah cuba join untuk yang pertama kalinya. Apa pun thanks sue aDa sebab bagitahu dan tag my blog.. kredit untuk awak...
So, sesiapa nak join bolehlah klik2 kat blog Eysha ni, walaupun ada satu hari je tinggal.. tapi tak salah join last minit kan... masih ada peluang, betul tak?

So sekarang nak tag Member Blog..
FirstLy - sue aDa
SeCondLy - Puteri
ThirdLy - scaafizajaja

Post Yang Ke 101...

Sudah tiga tahun aku berjinak dalam dunia blog ni,
tapi setakat ni tak banyak yang aku dapat,

Entry aku yang ke 101 ni..
aku tak tahu nak tulis tentang ape,
so, aku just menulis (merepek)..

Don't worry.. aku masih lagi aku..
cuma ada kelainan sedikit,
baik atau buruk aku tak boleh nak cakap,
sebab aku pun tak tahu..

aku cuba mencipta masa depan,
tapi aku rasa ini adalah masa depan aku..
tiada masa depan yang lain lagi untuk aku..
just lalui hari-hari yang ada...

*tadi ada tengok gambar member dak poli...
gambar semasa..
tiba terkejut bila tengok..
badan dia berisi.. 
memang tu yang dia nak dari dulu,
memandangkan badan dia agak kecil..
tapi tadi tengok terkejut jugak la..
hurmm..
tak boleh nak kata apa..
bila duduk umah maybe macam tu la jadinya..

point aku bukan nak cakap pasal dia,
tapi pasal aku...
duduk rumah ni,
badan aku pun rasa lama ke tinggi dan terus membesar..
macam budak kecik cukup makan..
tak tahu bila nak diet sedunia..
aku akan cuba dan terus cuba
(omong kosong)


Jumaat, Februari 04, 2011

What BirthDay Means To Me



Hari lahir?
Bagi ku hari kemunculan aku ke dunia yang penuh pancaroba ini,
Happy BirthDay!!
Selamat hari lahir!!
Ucapan dari orang yang mengenali aku..

Aku redha Tuhan tentukan aku hadir ke dunia pada tarikh ini,
Mungkin ada maknanya di sebalik apa yang aku lalui sehingga usia ini,
Ya! Usia ku semakin meningkat tahun demi tahun,
Namun apa kegembiraan aku pada hari lahir ku?

Aku kurang pasti apa yang membawa kebahagian bagi ku pada tarikh ini,
Aku Cuma bersyukur kerana Tuhan beri aku kesempatan pada tarikh ini,

Dari dulu hingga kini,
Setiap hari lahirku,
Mesti ada perkara yang membuat aku sedih,
Aku cuba ubati dengan mengingati Mak aku..

Yup, Mak...
Mak bertarung nyawa pada tarikh ini,
Pada usia muda, pada pengalaman pertama,
Pada tanggal 03 Februari 19**, pukul 3 pagi,
Melahirkan insan yang bergelar Fakhri = (kebanggaanku),
Mungkin bagi Mak akulah kebanggaannya...

Dan setiap hari lahirku,
Aku akan bertambah sedih bila teringat Mak,
Apa yang Mak dah lakukan pada ku sehingga aku seusia ini,
Memang ia tidak dapat dibalas oleh ku...
Aku Cuma mampu berdoa untuk kesejahteraan Mak..
Sayang Mak...

“hari lahir adalah hari memperingati jasa mak kepada kita, bukan sekadar merasai kegembiraan diri sendiri”

Emergency Diary in My BirthDay

Pagi semalam aku tak dapat tidur, pukul 1 aku cuba untuk tidur tapi mata tak mahu juga lelap, aku buka semula lampu dalam pukul 3, aku duduk termenung, macam-macam yang aku fikir. Kenapa mesti setiap birthDay aku, aku akan rasa sedih seperti ini? Dalam pukul 4 lebih aku capai sehelai kertas dan sebatang pen lalu aku mula menulis, ia berlaku secara tiba-tiba.

‘Emergency Diary :: Bila Aku Adalah Aku’



“ Sebenarnya apa yang harus aku lakukan?
Aku buntu dengan diri sendiri,
Pabila darah daging aku sudah seperti ini,
Sukar bagiku mahu ubah apa yang sudah berlaku,
Tetapi lagi payah mahu jadi apa yang akan berlaku,
Bila aku adalah aku..

Aku mahu jadi seperti apa yang aku fikirkan kini,
Namun sukar bagiku untuk ubah keadaan ini,
Aku menderita dalam diam,
Air mata menitis dalam senyap,
Ketawa dengan tiba-tiba,
Bila aku adalah aku..

Rasanya mungkin ini jalan bagiku,
Jika aku diberi peluang untuk lahir semula,
Aku ingin jadi seseorang yang aku mahu ia wujud sekarang,
Tuhan tahu apa yang ada dalam hatiku,
Cukup sukar untuk aku luahkan,
Bila aku adalah aku..

Aku tahu asal usul punca semua ini terjadi adalah disebabkan aku,
Aku tidak perlu salahkan sesiapa lagi,
Memang ini jalannya,
Tiada kebahagian bagiku di dunia”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...