WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Januari 12, 2011

Pilih Kawan

Kalau bab pilih kawan ni, memang susah sikit nak cakap, kawan ni peneman kita tak kira mana pun kita berada, kawan tu tetap ada, kawan lama kawan baru, semua ada. Nak tahu? Orang gila pun ada kawan. Kalau dah macam tu, takkan kita pun tiada kawan, betul tak?


Cakaplah pasal kawan ni, siapa yang jenis tak memilih pasal kawan? Aku lah kan memang agak memilih sikit pasal kawan ni, nak buat kawan baik lah, kalau setakat kawan tu, aku kawan je dengan sesiapa, cekup muat je. Tapi memilih pun, kadang tu tersalah pilih juga, akhirnya diri yang merana. Alahai.. hidup.. hidup..

Aku ada dengar orang cakap, kalau nak memilih kawan, jangan pilih kawan yang gigi jarang, nanti rahsia kita habis terkeluar ikut celah gigi tu, betul ke? Apa2 aje lah..


friend


Sesiapa kat sini yang tahu tip memilih kawan...?
Aku ada beberapa tips... tips yang bukan hebat sangat pun.. sekadar berkongsi..

  • Pilih kawan yang sejiwa dengan kita, maknanya apa yang kita rasa dia dapat rasa. Boleh dikatakan sehati sejiwa. (macam couple la plak)
  •  Jangan pilih kawan yang tahu cakap dimulut, tapi usahanya tiada. Kawan jenis macam ni memang ada ragam dia. Kalau dah bercakap tu berbuih mulut, berapi je lebih. Yela kan, cakap free tak perlu nak bayar.
  • Jangan pilih kawan yang kedekut. Hah! Kalau bab ni aku setuju, kawan yang jenis berkira, yang kita dia nak tapi yang dia hampeh nak bagi. Hati-hati sikit pilih kawan yang macam ni.
  • Masalah mu masalah ku jua. Yup! Kawan yang sudi berkongsi masalah dengan kita. Sudi mendengar setiap ceruk isi hati kita, dan dia pandai bagi nasihat yang bagus untuk kita.
  • Pandai simpan rahsia. Ini dah semestinya, pilihlah kawan yang pandai simpan rahsia kita. Yelakan, macam2 masalah kita dah cerita kat dia, tub tab dia bawa cerita kita. Tak ke sakit hati.
  • Tahu jaga hati kita. Maknanya faham kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Berlapis bila bercakap, bergurau biar berpada, kita baru kawan dengan dia dua hari janganlah bergurau macam dah kenal 2 tahun.


Apa2 pun, kita yang pilih kawan, terserahlah kawan yang macam mana akan menjadi peneman di sisi, betul tak? Kita jaga dia dia jaga kita.. (berbalas balik la plak)
Biarpun kita cari ceruk mana pun kawan yang baik, janganlah pula kita yang berperangai buruk. Yang terbaik itu dibalas dengan yang baik2.

Tips2 yang aku beri kat atas tu Cuma asas je, sebenarnya anda yang tentukan kawan yang bagaimana yang sesuai dengan anda. Ingat! Jangan sesekali salah pilih kawan, nanti kita yang merana.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...