WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Januari 06, 2011

Perlu Ke Pandang Belakang?

Persoalan lagi..
Tapi ni bukanlah filem ‘Jangan Pandang Belakang’ i or ii..
Ini Cuma persoalan yang kerap timbul lately ni..


Perlu ke mengimbau kembali apa yang sudah berlaku,
Perlu ke ingat balik perkara yang sudah terjadi,
Perlu Ke??

Aku pun kurang pasti nak jawab soalan ini,
Pendapat aku tidaklah sehebat mana,
Tapi untuk menjawab soalan ini, aku akan putarkan fikiran aku,

Kata orang, “Pandang ke hadapan, Jangan sesekali pandang belakang”
Sebenar memang betul ayat tu, kalau diri kita nak maju ke hadapan , kita kena tinggalkan apa yang di belakang.

Tapi ada masa kita perlukan yang belakang tu untuk kita terus maju ke hadapan, jangan kita tinggalkan terus atau membuangnya, kerana yang belakang itu akan mengajar kita macammana nak membentuk masa hadapan. Kata orang dulu2 “Kalau tak ada yang dulu, Maka tak ada lah yang sekarang”

Namun semua itu bergantung juga pada keadaan, terkadang ada keadaan yang tak perlukan masa lalu, kenangan pahit, putus cinta, trauma.. semua tu aku rasa ianya tidak perlu untuk gunakan pada masa hadapan, ini kerana, ianya mungkin akan menjatuhkan kita bila kita mengingati kembali, buat hati kita sakit, buat kita hilang semangat, mahu ke keadaan itu menghantui masa depan kita? Menyelubungi sepanjang hidup kita? Tidak bukan? cukuplah sekadar menjadi kenangan yang tak akan berulang lagi dalam hidup kita.


Perlu ke pandang belakang?
Jawapan dia PERLU, tapi mengikut keadaan tertentu.
Maka bentuklah masa hadapan yang menjanjikan kita kebahagiaan, jangan sesekali silap langkah, buruk padahnya pada diri kita. Hati2 memilih hidup.
‘Kita Hanya Merancang Tapi Tuhan Yang Menentukan’

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

jdkan lah knangan sbgai knangan yg terindah, wlpn pahit..coz xsemua org merasainya..xsemua org nk hdup dlm knangan, tp bknlah mudah utk lupekan knangan..kita manusia hnya berusaha, tp harus diigt siap yg tentukan.. usaha la sekuat manepun, kalau Dia xizinkan, pasti kita hdup dlm kngan.. spai bile? hnya dia yg tahu krna "kita hanya mampu merancang"...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...