WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, Januari 31, 2011

Jika Hayat Ku Singkat

Tiada yang dapat aku bayangkan sekiranya apa yang aku nalurikan menjadi kenyataan,
Biarpun selama ini aku hanya mengendahkan demi menjalani romba kehidupan,
Tapi kebelakangan ini ia semakin mencipta satu persatu klu yang ada,
Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana aku adalah aku,

Jika benar apa yang aku rasai itu kenyataannya,
Apa lagi yang mampu aku lakukan deminya,
Aku bukan lemah, dan aku juga bukan kuat,
Biarpun aku berlari sejauh mana pun aku tetap akan letih jua,
Aku akan berhenti, berhenti dari segala-galanya,

Dan jika itu yang seharusnya berlaku ,
Aku akan cuba untuk mencari hentian yang membuat aku bahagia,
Bahagia sebelum berhenti dan bahagia selepas semuanya terhenti,
Tapi di mana harus ku cari hentian itu,
Sedangkan aku adalah aku,

Aku harus keluar dari diriku kini,
Bagi mencari satu jawapan yang pasti,
Namun terlalu banyak halangan bagiku,
Batu-batu tajam, hujan ribut, panas berpanjangan,
Menghentikan setiap langkah ku,

Tidak!!
Aku tidak harus berhenti di sini,
Aku tahu ada hentian bahagia buatku,
Aku cukup pasti, Tuhan bukan sekejam itu,
Aku percaya pada Nya, dan aku percaya pada diriku sendiri,
Biarpun aku jenuh meminta, aku akan terus meminta padaNya,
Aku harus cekalkan hati selagi nyawa ini masih milik ku....


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...