Khamis, Disember 30, 2010
Jangan Ingat Aku !!
di reka oleh Fakhri Norman at 12/30/2010 05:17:00 PTG 0 comments
Kenangan Itu....
di reka oleh Fakhri Norman at 12/30/2010 05:15:00 PTG 0 comments
Sabtu, Disember 25, 2010
Kanser Servik, Pencegahan Adalah Lebih Baik!!
Ingin dikongsi di sini, satu penyakit yang menyerang kaum wanita iaitu KANSER SERVIK.
Aku kongsikan mengenai penyakit ini di Ku Kongsi Laman Ku << klik link
di reka oleh Fakhri Norman at 12/25/2010 01:48:00 PG 0 comments
Labels: InFo KesihataN
Jumaat, Disember 24, 2010
Buruk Luar Buruk Dalam
"Teruskan buat baik.. jangan sesekali mengalah!
Nanti orang sayang kita.. walaupun pernah dibenci.."
di reka oleh Fakhri Norman at 12/24/2010 02:15:00 PG 1 comments
Selasa, Disember 21, 2010
Lagi-Lagi Ini... Kenapa?
Semakin hari ke hari aku lalui perjalan hidup aku ni, semakin aku tak faham,
Kenapa mesti ini? Ulang-ulang dan berulang..
Pangkalnya sering ku jumpa, tapi Mana hujungnya?
Kalau nak dikatakan bosan itu pun dah dinamakan lali,
Jenuh aku menunggu masa kelak ku,
Perit rasanya dengan penantian,
Penat rasanya dengan perjalanan,
Namun jawapan tetap serupa,
Lagi-lagi ini, Lagi-lagi ini??
Mana perubahannya? Mana Penonggaknya?
Soalan, soalan dan soalan..
Bukan aku ratapi hidup ini,
Cuma ingin rasai apa ertinya hidup seperti insan biasa,
Bukan juga aku pinta semua ini,
Tapi yang berlaku tetap berlaku,
Yang ku dapat tetap kurasai,
Biar pahit,kelat, manis tawar... semua dapat aku tafsirkan..
Pohonku? biar pun diri ini sudah lelah...
Namun denyutan di dalam tetap sabar dan sabar,
Berdoa dan terus berdoa,
Berharap dan terus berharap..
Tiap kali bertawakkal..
Aku sudah tidak mahukan ini,
seikhlas hati menyatakan,
bukan ini ku pinta,
bukan ini ku mahu,
bukan ini yang seharusnya terjadi,
dan bukan ini jua penghujungnya...
Akan ada setitis kebahagian buat aku kelak..
AKU PASTI!!!
di reka oleh Fakhri Norman at 12/21/2010 07:15:00 PG 0 comments
Khamis, Disember 09, 2010
For Post 'Bukan Niat Ku'
Point here for the post 'Bukan Niat Ku'
Bukan niat ku,
Sememangnya itu bukan niat ku,
Bukan aku yang meminta itu terjadi,
Kenapa ia terjadi?
Aku sendiri tak mampu untuk menjawabnya,
Perkara sudah berlalu,
Lupakan saja,
Aku pun mahu lupakan semua,
Aku akan cuba dan terus cuba,
Apa yang aku ingin ucapkan..
Alhamdulillah, Syukur pada Allah,
Memang itu yang aku inginkan,
Walaupun ia bukan kembali pada keadaan yang dulu,
Namun aku cukup bersyukur ia pulih kembali bagi kalian..
Orang yang menimpa musibah atau orang yang kecewa akan berkata..
'Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya'
Ya, memang ada hikmahnya,
Cuma hikmah itu diambil atau dibuang, Terpulang..
Bagi aku, untuk mendapat secubit hikmah itu,
Aku lalui perlbagai keadaan,
Tak kira ianya gembira, riang, sedih, dan biarpun ianya terasa perit..
Tapi itu yang aku dapat.. Aku terima..
Maafkan aku,
Ucapan ini ibarat '0'
Tiada apa2 erti aku rasakan, sudah berulang kali,
Namun tetap jua aku sandarkan,
Bagi menutup segala salah silap ku,
Walaupun penyesalan ku tak bermakna baginya,
Tapi penyesalan ini cukup bermakna bagi aku,
Doakan kebahagian, kejayaan bersama...
di reka oleh Fakhri Norman at 12/09/2010 01:03:00 PTG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
What Can I Say....
di reka oleh Fakhri Norman at 12/09/2010 01:18:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Rabu, Disember 08, 2010
Cerpen Terbaru Ku, Selamat Membaca
di reka oleh Fakhri Norman at 12/08/2010 10:17:00 PG 1 comments
Ahad, Disember 05, 2010
Lantaran Diri Ini
Tatkala ini aku sepi,
Sepi dengan hidupku sendiri,
Mana pergi Girangku,
Mana pergi Tawaku,
Aku sendiri menjalani hari-hari yang amat sukar bagiku,
Namun atas sebab apa aku teruskan jua..?
Sedangkan diri ini semakin lemah dan seolah tidak bermaya,
Aku berdiri..
Aku berlari..
Mana arah tuju..? Ku ikutkan jua hati,
Biarpun aku tahu pangkalan aku tidak akan tiba,
Mengapa..?
Untuk tujuan apa..?
Persoalan yang tidak mungkin akan dapat aku jawab tika ini..
Hati ini semakin tidak keruan,
Akalku semakin buntu,
Akan tetapi diri ini masih tetap teguh berdiri,
Mengolah ke kanan mengolah ke kiri,
Ombak dan badai di harungi,
Untuk apa..?
Tangis jiwa berlagu seirama,
sa! sa! sa! sa!
Kenapa mesti begitu..?
Mabukkah ia..?
Tetap tiada jawapan..
Meskipun aku rasai hidup ini,
Tetapi kenapa aku mesti rasai kepedihan, keperitan..
Berpanjangan!
Sabar sudah terlalu lali dengan diri..
Sabar sudah semakin dibatasi..
Sabar sudah tidak dapat di bentengi..
Diri meneruskan jua...
Kerna Apa????
di reka oleh Fakhri Norman at 12/05/2010 09:10:00 PTG 0 comments
Labels: Kisah Ku
Jumaat, Disember 03, 2010
Mula Terbit Rasa Benci
BENCI!!
Rasa yang aku tak mahu hadapi,
Rasa yang aku tak mahu ianya wujud,
Rasa yang aku hindar dari dulu,
Namun sekarang ianya seperti mahu menampakkan diri,
Kenapa??
Aku tak mahu ianya datang,
Kerna kelak ia akan membunuhku,
Aku tak mahu ia menghampiri,
Kerna kelak diri ku yang merana,
Tapi, mengapa perlu ia menjengah sekarang,
Sebab utama adalah diriku,
Diri ini sudah lali dibenci, kerap dibenci, mudah dibenci,
Sekeji itukah aku sebagai makhluk Mu Ya Allah..??
Dan sekarang ianya sudah pandai memutarbalikkan,
Meletakkan cermin disekeliling diri,
Memantulkan apa saja yang di lemparkan,
Tak seperti dulu yang hanya berdiam membisu menerima apa saja,
Aku mahu buang rasa ini sejauh yang mungkin,
Tidak mahu ia wujud atau kembali lagi dalam hidup ku,
Namun saat ini, hari demi hari semakin sukar aku lepaskan,
Semakin aku hindar semakin rapat ia datang,
Semakin aku mengendahkan semakin ia memperlihatkan diri,
Mengapa BENCI..??
Mengapa mesti kau memilih aku..??
Pergilah kau!! Pergi dari hidupku...
Kerna aku ingin membenarkan hati ini meredhai apa yang dah terjadi...
Kerna aku ingin membenarkan diri ini menerima apa saja yang mendatang...
Tolonglah................
di reka oleh Fakhri Norman at 12/03/2010 09:19:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Khamis, November 25, 2010
STOP BEING GOOD!!!!
Stop Being Good - Berhenti Buat Baik
atau maksud yg lebih kurang - jangan tunjuk baik!!
Dah!, takkan nak tunjuk jahat lak..??
takkan nak jadi jahat lak..??
Adohai...
"jangan tunjuk baik la"
camtu ayat dia...
buat baik salah
buat jahat salah
dah nak buat ape...??
aku pun tak paham la..
kite buat baik tapi itu yg di bidas,
kalau buat jahat lagi la kan...
silap2 masuk lokap.. tul tak?
"kalau buat baik tapi jaga tepi kain org buat apa"
Eh.. aku pun tak ingin la jage tepi kain org,
kain aku sendiri pun dah cukup dijaga...
Fikirkanlah kenape perkare ni terjadi,
STOP BLAME OTHERS BUT SEE YOUR FACE FIRST!!!
Nak jadikan aku kambing hitam lak,
tak pasal2.. udah2 lah... kalu dh buat salah tu ngaku je la.. jgn la nak menipu... kan dah buruk padahnya... tul tak??
Pastu nak fitnah aku pulak..
'Gunting Dalam Lipatan' la
'Duri Dalam Daging' la
Musuh Dalam Selimut' la..
entah lah.. aku makin kurg paham dgn dunia skrg ni...
Dah bmusuh skrg...
org mintak maaf, katenye dia berdendam..
terserah!!
dah banyak kali maaf ni terucap...
kalau still tak maafkn itu bkn di bahu aku lagi, ok..
di reka oleh Fakhri Norman at 11/25/2010 05:25:00 PTG 1 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Kisah Ku, Luahan Ku
Khamis, November 18, 2010
Bukan Niat Ku
Ya Allah... Sesungguhnya itu bukan niat ku..
Aku menginginkan sesuatu yang lain tetapi kenapa ini yang terjadi,
Aku terseksa dengan perbuatan ku sendiri,
Tangis ku keluar kerna penyesalan,
Bukan ini yang seharusnya terjadi,
Aku tak mampu menanggung lagi penyesalan ini,
Sebak ku dalam hati sudah ku lepas,
Namun ia masih tinggal seribu keperitan,
Aku menanggung sekarang, sudah tak terbayang,
Kerna bukan ini yang sangka akan terjadi,
Maafkan Aku....
Maafkan aku kalian, aku cukup terseksa dengan semua ini,
Keadaan yang dulu tidak akan kembali kerna ia sudah berlaku,
Aku mohon maafkan aku, bukan ini niat ku,
Bukan ini yang aku inginkan dan yg kalian inginkan,
Maafkan aku...
Lidah ini sudah berkali mengucapkannya,
Namun aku tau salah ku susah untuk dimaafi,
Aku akan diselebungi dengan rasa bersalah ini seumur hidup ku,
Tiadakah sekumit harapan agar semua ini pulih kepada sedia kala??
Aku mohon pada mu Ya Allah, Penyesalan ini cukup buat aku merana,
Hatiku tidak pernah tenang, akal ku kembali teringat dan terus teringat,
Apa yang mampu aku lakukan, Aku cukup bodoh...
Aku buat keadaan ini terjadi tetapi sedikitpun aku tak mampu mengembalikannya,
Kenapa wujud insan sepertiku di dunia ini??
Ya Allah, tiada kata yang aku mampu ucap lagi,
Aku kehabisan semua usaha, aku buntu, aku alfa..
Arghhh.... Ampunkan Aku Ya Allah..
Maafkan aku kaliannnn....
di reka oleh Fakhri Norman at 11/18/2010 03:50:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Kisah Ku, Luahan Ku
Sabtu, November 13, 2010
Aku Tak Mampu Berkata Apa-Apa...
Saat ini akalku buntu,
Tak tahu apa yang seharusnya aku lakukan,
Apa yang mampu aku lakukan,
Tekanan demi tekanan buat aku tertekan,
Aku tak berdaya membalas semua tu,
Aku hanya berserah, Melihat apa yang akan berlaku,
Masa perlu tentukan semua itu,
Aku tahu apa yang berlaku nanti sememangnya di luar jangkaan ku,
Tapi apa yang mampu aku lakukan,
Aku cukup lemah lalui hidup ini,
Banyak pancaroba, kesabaran yang maksima diperlukan,
Semakin hari semakin mencabar,
Adakah itu sememangnya sudah tertulis buatku,
Aku pasrah Ya Allah... Pertanyaan yang berlegar di fikiranku tidak akan terjawab hingga akhir hayatku...
Aku tak mampu berkata apa-apa dan berbuat apa-apa... Hanya lalui hidup yang sudah tersurat buatku...
di reka oleh Fakhri Norman at 11/13/2010 03:10:00 PG 0 comments
Jumaat, November 05, 2010
Aku Tahu Itu
di reka oleh Fakhri Norman at 11/05/2010 01:40:00 PTG 0 comments
Selasa, Ogos 17, 2010
Penat Berharap
di reka oleh Fakhri Norman at 8/17/2010 06:05:00 PG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Ahad, Julai 11, 2010
Sukar HidupKu
Sukar mengambarkan hidupku kini,
Terlalu pedih bila di fikirkan,
Terlalu banyak keperitan yang ditanggung dari kebahagiaan,
Dugaan Tuhan yang aku tak tahu apa hikmahnya,
Ku fikir kesukaran hanya terbit dalam percintaan,
Tapi dalam persahabat sukar itu turut wujud,
Kepayahan yang ku tanggung sehari-hari,
Hati sudah seperti abu yang lali ditiup angin,
Apakan daya, aku perlu tabahkan hidup,
Walaupun dalam hatiku tiada lagi kebahagian,
Ianya sudah lupus pada tanggal 21 April 1999,
Yang membuat aku gagah berdikari dalam kesengsaraan hati...
Tangis seorang lelaki yang jarang dimiliki tapi ada pada ku,
Dewasa ini ianya samakin tidak segan lagi,
Kerna apa?? kerna hidup,hati, perasaan..................
Teresak dalam diam, sukar.. Siapa peduli? TIADA!!
Lelah sungguh hidupku ini,
Berlari tanpa mengerakkan kaki,
Itu lebih memenatkan,
Sesukar inikah hidup ku?
Fakhri tidak lagi mengecapi kebahagian dihatinya,
Gelak tawanya hanyalah palsu,
Hidupnya hipokrit,
Tingkahnya terpaksa,
Tuturnya bohong,
Fikirnya kesat...
Fakhri, Fakhri, Fakhri....
aka Kemegahanku....
(maksud nama yang tidak kena langsung dengan hidupnya)
di reka oleh Fakhri Norman at 7/11/2010 11:00:00 PG 4 comments
Rabu, Jun 16, 2010
Aku Takut
di reka oleh Fakhri Norman at 6/16/2010 06:29:00 PTG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Jumaat, Mei 28, 2010
Aku tak mahu kau dalam hidup ku.... please!!!
Wujudnya kau buat hidup aku tak teratur,
Tingkah kau buat aku tak duduk diam,
Kata-kata kau buat aku terus memikirkannya,
Segala mengenai kau buat hati aku hancur dan terus hancur sampai tiada akhirnya...
Aku tak mahu kau dalam hidupku,
Aku tak menginginkan kewujudan kau dihadapanku,
Aku tak mahu terus memikirkan kau,
Aku tak mahu segalanya yang berkaitan tentang kau,
Kenapa mesti aku menyayangi kau dahulu jika ini yang berlaku akhirnya,
aku tak mahu lagi sayang kau,
aku tak mahu lagi ingat kau,
aku tak mahu lagi lihat kau,
aku tak mahu lagi 'care' kau,
aku tak mahu lagi kau dalam hidup aku,
aku tak mahu bayang kau terus hantui aku,
segala tentang kau aku mahu buang sejauh mungkin...
tetapi kalau la ia semudah itu,
kau terus menghantui aku....
kalau aku boleh 'delete' segalanya mengenai kau dalam memoriku, akan ku lakukan sekarang,
kerana aku terseksa dan aku penat merasai keperitan setiap masa....
aku mahu benarkan hatiku menyayangi insan yang benar-benar sayang padaku,
tetapi bayang kau terus menghalang itu, dan cukup sukar untuk aku buang sayang ku pada kau dan menerima orang lain selain kau dalam hatiku...
aku sungguh letih merasai kesakitan ini... aku dah penat... mahu saja aku lalui jalan yang singkat(mati) tetapi mana mungkin jika ajalku belum tiba... kerana itu saja ubat untuk aku...
hidup aku sudah tak teratur seperti dahulu, sungguh serabut, dalam fikiran ku hanya ada kau,
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
AKU INGIN LUPAKAN KAU
UNTUK SELAMANYA...
Ya Allah hikmah apa yang menanti ku atas kesakitan ini??????????????????
buangkan lah memoriku yang menginginkannya disampingku, segalanya mengenainya.. aku redha dengan kehilangannya buat selamanya!!!!!
di reka oleh Fakhri Norman at 5/28/2010 10:03:00 PTG 1 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Ahad, Mei 09, 2010
Mana Mungkin
di reka oleh Fakhri Norman at 5/09/2010 08:32:00 PTG 0 comments
Jumaat, Mei 07, 2010
Apakan Daya
di reka oleh Fakhri Norman at 5/07/2010 07:55:00 PTG 0 comments
Isnin, April 05, 2010
Aku Sakit Lagi...
Apa jadi dengan aku,
Bilalah duga ini mahu tamat,
Aku seakan tidak mampu lagi untuk bertahan lebih lama,
Sejauh mana aku kini dengan diriku yang dulu,
Aku pedih ketika ini,
Sakit sangat bagaikan tercucuk jarum yang halus lagi berbisa,
Aku letih menangis dalam hati,
Aku penat menjerit yang tiada berlagu,
Kemanakah tempat yang mampu aku jejaki,
untuk aku lesap dan tidak lagi berdepan dengan semua ini,
Biarpun lari tiada penyelesaian tetapi cukup buat aku lega dari sakit ini,
Tapi aku sudah tidak berdaya lagi,
Aku lelah, lelah dengan langkahku sendiri yang tidak serik untuk berlari,
sampai bila, sampai bila, sampai bila...
di reka oleh Fakhri Norman at 4/05/2010 07:01:00 PTG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Rabu, Mac 24, 2010
Seperti Inikah Hidup Aku
Hari demi hari,
Aku rasakan seperti hilang sesuatu,
Ianya bagaikan sesuatu yang cukup berharga,
Apakah ia??
Tidak mungkin aku menjawabnya ketika ini,
Diriku semakin tenggelam dengan keadaan,
Jiwaku semakin lemas dengan suasana,
Akalku semakin padat dengan khayalan,
dan Nadiku semakin perlahan dengan bayu..
Dimanakah aku ketika ini,
Seperti tidak lagi pijak dibumi yang nyata,
Bergerak seperti angin yang kencang yang tiada halatuju,
Adakah perjalananku sudah tiada noktah,
Mungkinkah??
Tiada jawapan sedikitpun yang aku boleh berikan,
pudar dan terus lesap.. itukah sebenarnya hidup aku??
di reka oleh Fakhri Norman at 3/24/2010 06:41:00 PTG 0 comments
Labels: Luahan Ku
Khamis, Februari 18, 2010
Kesalnya Aku Mencintai Seseorang
di reka oleh Fakhri Norman at 2/18/2010 09:47:00 PTG 6 comments
Jumaat, Februari 05, 2010
Think about My Future..
di reka oleh Fakhri Norman at 2/05/2010 05:17:00 PTG 1 comments
Rabu, Februari 03, 2010
Today Is My BirthDay
hari ni befday aku..
aku pun tak tau apa aku rase..
cam kosong je.. xde yang special pun..
mgkin kerna umurku sudah mningkt,
so skrg aku rase mcm hari jadi org tua..
day with nothing!!
tahun lepas aku dpt jam tgn..
thun ni kosong.. tp
aku tak harapkan pun hadiah or ape2 dri sesiapa..
just i'm glad if ade org yang hargai befday aku..
itu jer..
ermmmm....
di reka oleh Fakhri Norman at 2/03/2010 07:54:00 PTG 3 comments
Ahad, Januari 24, 2010
Entri Ku adalah yang Biasa
erm..
aku tak tau nak masukkan entri ape dalam blog nih,
selalunye aku masukkan entri semacam akan diari,
idea kureng nak masukkan entri yang best2..
takpe2.. nanti bile kepala aku ni dah penuh dengan idea,
aku akan post entri yang paling best untuk pembaca blog aku..
so, untuk minggu ni aku agak preasure skit..
kepala ni seakan terbeban, biar pun belajar baru permulaan buat mase nih..
aku pening jadi wakil kelas ni (monitor)..
tetibe je sem ni ramai giler student masuk kelas aku..
bertambahlah kuantiti manusia dalam kelas aku tuh..
aku serabut tul nak uruskan diorang tuh,
macam2 karenah.. aku tahan, aku tahan dan aku terus bertahan..
pastu plak paper sem ni mmg killer la.. risau tul aku..
dah la aku amik muet.., macam tak yakin je aku..
whatever la..
ape2 pun itu sume masa depan aku..
ni satu lagi yg betul2 serabut kan aku..
jadi penjaga rumah sewa aku nih..
aku bknnyer pandai sgt bab2 mcm ni..
diorang ni macam budak kecik,
cakap lain buat lain..
aku risau tul kalu tuan rumah ni tau macamane keadaan rumah ni..
tunggang langang.. dorg buat sepah malas tul nak mgemas..
yang sikit2 sepah lame2 lagi la btambah..
erm.. entah la dorg ni.. macamane la kalu berbini nanti,
confirm bini patah pinggang kemas rumah..
aku tak tau la kalu 2 or 3 bulan lagi keadaan umah ni camne..
what ever la.. yang penting aku nak study..
so harap2 xde ape2 yang manganggu aku nanti..
masalah yang datang harap aku dapat atasi..
InsyaAllah.. AMIN
di reka oleh Fakhri Norman at 1/24/2010 11:14:00 PG 0 comments
Rabu, Januari 20, 2010
What My 'AzAm' 4 tHis yEaR..??
what ever is..
aku pun tak pasti ape azam aku tahun ni..
dalam kepala nih macam2 tgh fikir ape la azam aku...
tapi aku tak pasti nak tulis ke tak..
sbb aku rase mcm tak logik je.. haha..
yang logik pun aku rase mcm tak yakin je..
teruk gak la aku rase perjalanan aku sepanjang 2010 nih..
liku2 hidup tahun ni mesti lbih mencabar dri last year..
what ever is..
aku try the best to be a real person..
more responsibility in my life..
bcoz last year, i refuse about myself ever..
nak take care my family..
my family adlah segalanya in my life..
what ever is..
aku tetap aku..
susah nak ubah bile dah sebati 'who really i am..?'
byk azam yang terpendam but i won't let it go first..
slow2 biar dia menjadi yang terbaik..
di reka oleh Fakhri Norman at 1/20/2010 10:25:00 PG 0 comments
Selasa, Januari 12, 2010
Alhamdulillah...
di reka oleh Fakhri Norman at 1/12/2010 10:14:00 PTG 0 comments