Khamis, Disember 30, 2010
Jangan Ingat Aku !!
di reka oleh Fakhri Norman at 12/30/2010 05:17:00 PTG 0 comments
Kenangan Itu....
di reka oleh Fakhri Norman at 12/30/2010 05:15:00 PTG 0 comments
Sabtu, Disember 25, 2010
Kanser Servik, Pencegahan Adalah Lebih Baik!!
Ingin dikongsi di sini, satu penyakit yang menyerang kaum wanita iaitu KANSER SERVIK.
Aku kongsikan mengenai penyakit ini di Ku Kongsi Laman Ku << klik link
di reka oleh Fakhri Norman at 12/25/2010 01:48:00 PG 0 comments
Labels: InFo KesihataN
Jumaat, Disember 24, 2010
Buruk Luar Buruk Dalam
"Teruskan buat baik.. jangan sesekali mengalah!
Nanti orang sayang kita.. walaupun pernah dibenci.."
di reka oleh Fakhri Norman at 12/24/2010 02:15:00 PG 1 comments
Selasa, Disember 21, 2010
Lagi-Lagi Ini... Kenapa?
Semakin hari ke hari aku lalui perjalan hidup aku ni, semakin aku tak faham,
Kenapa mesti ini? Ulang-ulang dan berulang..
Pangkalnya sering ku jumpa, tapi Mana hujungnya?
Kalau nak dikatakan bosan itu pun dah dinamakan lali,
Jenuh aku menunggu masa kelak ku,
Perit rasanya dengan penantian,
Penat rasanya dengan perjalanan,
Namun jawapan tetap serupa,
Lagi-lagi ini, Lagi-lagi ini??
Mana perubahannya? Mana Penonggaknya?
Soalan, soalan dan soalan..
Bukan aku ratapi hidup ini,
Cuma ingin rasai apa ertinya hidup seperti insan biasa,
Bukan juga aku pinta semua ini,
Tapi yang berlaku tetap berlaku,
Yang ku dapat tetap kurasai,
Biar pahit,kelat, manis tawar... semua dapat aku tafsirkan..
Pohonku? biar pun diri ini sudah lelah...
Namun denyutan di dalam tetap sabar dan sabar,
Berdoa dan terus berdoa,
Berharap dan terus berharap..
Tiap kali bertawakkal..
Aku sudah tidak mahukan ini,
seikhlas hati menyatakan,
bukan ini ku pinta,
bukan ini ku mahu,
bukan ini yang seharusnya terjadi,
dan bukan ini jua penghujungnya...
Akan ada setitis kebahagian buat aku kelak..
AKU PASTI!!!
di reka oleh Fakhri Norman at 12/21/2010 07:15:00 PG 0 comments
Khamis, Disember 09, 2010
For Post 'Bukan Niat Ku'
Point here for the post 'Bukan Niat Ku'
Bukan niat ku,
Sememangnya itu bukan niat ku,
Bukan aku yang meminta itu terjadi,
Kenapa ia terjadi?
Aku sendiri tak mampu untuk menjawabnya,
Perkara sudah berlalu,
Lupakan saja,
Aku pun mahu lupakan semua,
Aku akan cuba dan terus cuba,
Apa yang aku ingin ucapkan..
Alhamdulillah, Syukur pada Allah,
Memang itu yang aku inginkan,
Walaupun ia bukan kembali pada keadaan yang dulu,
Namun aku cukup bersyukur ia pulih kembali bagi kalian..
Orang yang menimpa musibah atau orang yang kecewa akan berkata..
'Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya'
Ya, memang ada hikmahnya,
Cuma hikmah itu diambil atau dibuang, Terpulang..
Bagi aku, untuk mendapat secubit hikmah itu,
Aku lalui perlbagai keadaan,
Tak kira ianya gembira, riang, sedih, dan biarpun ianya terasa perit..
Tapi itu yang aku dapat.. Aku terima..
Maafkan aku,
Ucapan ini ibarat '0'
Tiada apa2 erti aku rasakan, sudah berulang kali,
Namun tetap jua aku sandarkan,
Bagi menutup segala salah silap ku,
Walaupun penyesalan ku tak bermakna baginya,
Tapi penyesalan ini cukup bermakna bagi aku,
Doakan kebahagian, kejayaan bersama...
di reka oleh Fakhri Norman at 12/09/2010 01:03:00 PTG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
What Can I Say....
di reka oleh Fakhri Norman at 12/09/2010 01:18:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku
Rabu, Disember 08, 2010
Cerpen Terbaru Ku, Selamat Membaca
di reka oleh Fakhri Norman at 12/08/2010 10:17:00 PG 1 comments
Ahad, Disember 05, 2010
Lantaran Diri Ini
Tatkala ini aku sepi,
Sepi dengan hidupku sendiri,
Mana pergi Girangku,
Mana pergi Tawaku,
Aku sendiri menjalani hari-hari yang amat sukar bagiku,
Namun atas sebab apa aku teruskan jua..?
Sedangkan diri ini semakin lemah dan seolah tidak bermaya,
Aku berdiri..
Aku berlari..
Mana arah tuju..? Ku ikutkan jua hati,
Biarpun aku tahu pangkalan aku tidak akan tiba,
Mengapa..?
Untuk tujuan apa..?
Persoalan yang tidak mungkin akan dapat aku jawab tika ini..
Hati ini semakin tidak keruan,
Akalku semakin buntu,
Akan tetapi diri ini masih tetap teguh berdiri,
Mengolah ke kanan mengolah ke kiri,
Ombak dan badai di harungi,
Untuk apa..?
Tangis jiwa berlagu seirama,
sa! sa! sa! sa!
Kenapa mesti begitu..?
Mabukkah ia..?
Tetap tiada jawapan..
Meskipun aku rasai hidup ini,
Tetapi kenapa aku mesti rasai kepedihan, keperitan..
Berpanjangan!
Sabar sudah terlalu lali dengan diri..
Sabar sudah semakin dibatasi..
Sabar sudah tidak dapat di bentengi..
Diri meneruskan jua...
Kerna Apa????
di reka oleh Fakhri Norman at 12/05/2010 09:10:00 PTG 0 comments
Labels: Kisah Ku
Jumaat, Disember 03, 2010
Mula Terbit Rasa Benci
BENCI!!
Rasa yang aku tak mahu hadapi,
Rasa yang aku tak mahu ianya wujud,
Rasa yang aku hindar dari dulu,
Namun sekarang ianya seperti mahu menampakkan diri,
Kenapa??
Aku tak mahu ianya datang,
Kerna kelak ia akan membunuhku,
Aku tak mahu ia menghampiri,
Kerna kelak diri ku yang merana,
Tapi, mengapa perlu ia menjengah sekarang,
Sebab utama adalah diriku,
Diri ini sudah lali dibenci, kerap dibenci, mudah dibenci,
Sekeji itukah aku sebagai makhluk Mu Ya Allah..??
Dan sekarang ianya sudah pandai memutarbalikkan,
Meletakkan cermin disekeliling diri,
Memantulkan apa saja yang di lemparkan,
Tak seperti dulu yang hanya berdiam membisu menerima apa saja,
Aku mahu buang rasa ini sejauh yang mungkin,
Tidak mahu ia wujud atau kembali lagi dalam hidup ku,
Namun saat ini, hari demi hari semakin sukar aku lepaskan,
Semakin aku hindar semakin rapat ia datang,
Semakin aku mengendahkan semakin ia memperlihatkan diri,
Mengapa BENCI..??
Mengapa mesti kau memilih aku..??
Pergilah kau!! Pergi dari hidupku...
Kerna aku ingin membenarkan hati ini meredhai apa yang dah terjadi...
Kerna aku ingin membenarkan diri ini menerima apa saja yang mendatang...
Tolonglah................
di reka oleh Fakhri Norman at 12/03/2010 09:19:00 PG 0 comments
Labels: FoR SoMeBoDy, Luahan Ku