WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Disember 30, 2010

Jangan Ingat Aku !!

Biarpun sejuta tahun nyawa,
Tolong jangan ingat aku,
Biarpun kita tinggal tak sampai seribu batu,
Namun tolong jangan ingat aku,

Aku bukan insan yang pantas diingati,
Aku seorang insan yang harus dilupakan,
Harus dilupakan, harus, harus...
Tolong jangan ingat aku,

Ini kerana aku terasa diingati,
Tolong jangan ingat aku,
Aku tak mahu, aku mohon,
Tolong jangan ingat aku,

Memoriku bukan seperti memori yang lain,
Memori kenanganku sedikit demi sedikit sudah terpadam,
Kerana itu aku pohon,
Tolong jangan ingat aku,

Nanti tiba masa kelak,
Mungkin nama kalian aku lupa,
Mungkin wajah kalian aku lupa,
Kenangan sudah semestinya tiada lagi,

Ini adalah aku,
Biarpun aku tidak menginginkan begitu,
Tapi ini harus terjadi, dan akan terjadi,
Tolong jangan ingat aku,

Balas kembali memori lemahku,
Memoriku tidak akan tahan lama,
Justeru, kalian juga mesti begitu,
Tolong jangan ingat aku...

Biarpun aku mungkin akan lupa kalian,
Namun kalian harus tahu,
Dalam doaku tetap ada insan yang ku gelar
“KAWAN”
Dalam akalku mungkin akan hilang,
Tapi dalam hati ku ‘kawan’ akan tetap ku simpan.

Kenangan Itu....

Kenangan cukup menyenangkan,
Buat aku bahagia,
Buat aku tersenyum,
Buat aku tergelak tanpa ku sedar,
Dan buat aku terkeluar kata-kata
‘seronoknya’

Kenangan cukup memeritkan,
Membuat aku muram tanpa kata,
Membuat aku sedih,
Membuat aku menitiskan air mata,
Dan membuat hati aku begitu luluh..

Mana yang harus ku pilih,
Melupakan atau terus ku pahat dalam ingatan,
Aku gembira dan pada masa yang sama buat aku sakit,

Sakit?
Ya, sakit, sakit yang teramat sangat..
Tapi terkadang aku bahagia bila kenangan itu menjelma,

Mungkinkah akan ku lupa?
Mungkin, dan mungkin juga tidak,
Entahlah, aku tak tahu..
Semuanya masa yang menentukan,

Jika benar aku akan ingat nanti,
Andai umurku panjang,
Aku akan tulis kembali kenangan ku di sini 10 tahun akan datang,
31 Disember 2020.
Satu persatu yang terpahat di memoriku,
Aku persembahkan.

Dan aku akan bagitahu,
Ianya menyakitkan atau membahagiakan....
Tunggu....... (itu sekiranya jika aku masih ingat)

Sabtu, Disember 25, 2010

Kanser Servik, Pencegahan Adalah Lebih Baik!!

Ingin dikongsi di sini, satu penyakit yang menyerang kaum wanita iaitu  KANSER SERVIK.

Aku kongsikan mengenai penyakit ini di Ku Kongsi Laman Ku << klik link

Jumaat, Disember 24, 2010

Buruk Luar Buruk Dalam

Siapa mahu?
Buruk di luar dan buruk di dalam,
Tiada siapa yang inginkannya, Bukan?
Sudahlah di luar nampak buruk, bila tengok di dalamnya pula tetap buruk,
Terasa jijik hendak disentuh, terasa benci bila dipandang,

Tapi itulah pemikiran orang-orang itu terhadap Aku,
Aku akui aku tidak seindah purnama yang bisa dilihat tanpa mengelipkan mata,
Aku akui aku tidak ’handsome’ seperti para artis di cover majalah yang menjadi kegilaan wanita,
Aku akui aku bukanlah pria yang mampu membuat si gadis rupawan terpikat akanku,
Dan aku akui aku tidak sesedap mata memandang yang bisa ditenung,
Namun aku sedar aku hanya hamba Allah, hanya insan biasa yang mampu berpijak di bumi yang nyata.

Biarpun begitu,
Aku terima semua itu seada jiwaku,
Namun aku pinta
Jangan ditimbang hati budiku,
Jangan di ‘judge’ kebaikkan atau keburukkan aku,
Jangan ditafsir apa yang aku fikir,
Kerana itu adalah aku, baik buruk aku, aku yang kuasai, aku yang jalani,
Jika aku baik pahalalah imbuhanku,
Jika aku buruk/jahat dosalah timbalan ku,
Itu semua hanya Allah yang mampu hakimi.

Jika benar aku buruk/jahat,
Rasanya kini aku tidak lagi mampu berdiri,
Jika benar aku buruk/jahat,
Rasanya kini tidak lagi aku bernafas,
Dan jika benar aku buruk/jahat,
Rasanya tidak lagi aku lakukan kebaikkan.

Aku masih ingat akan pesan seorang kawanku...
"Teruskan buat baik.. jangan sesekali mengalah!
Nanti orang sayang kita.. walaupun pernah dibenci.."

Selasa, Disember 21, 2010

Lagi-Lagi Ini... Kenapa?

Semakin hari ke hari aku lalui perjalan hidup aku ni, semakin aku tak faham,
Kenapa mesti ini? Ulang-ulang dan berulang..
Pangkalnya sering ku jumpa, tapi Mana hujungnya?
Kalau nak dikatakan bosan itu pun dah dinamakan lali,

Jenuh aku menunggu masa kelak ku,
Perit rasanya dengan penantian,
Penat rasanya dengan perjalanan,
Namun jawapan tetap serupa,

Lagi-lagi ini, Lagi-lagi ini??
Mana perubahannya? Mana Penonggaknya?
Soalan, soalan dan soalan..

Bukan aku ratapi hidup ini,
Cuma ingin rasai apa ertinya hidup seperti insan biasa,
Bukan juga aku pinta semua ini,
Tapi yang berlaku tetap berlaku,
Yang ku dapat tetap kurasai,
Biar pahit,kelat, manis tawar... semua dapat aku tafsirkan..

Pohonku? biar pun diri ini sudah lelah...
Namun denyutan di dalam tetap sabar dan sabar,
Berdoa dan terus berdoa,
Berharap dan terus berharap..
Tiap kali bertawakkal..

Aku sudah tidak mahukan ini,
seikhlas hati menyatakan,
bukan ini ku pinta,
bukan ini ku mahu,
bukan ini yang seharusnya terjadi,
dan bukan ini jua penghujungnya...
Akan ada setitis kebahagian buat aku kelak..
AKU PASTI!!!

Khamis, Disember 09, 2010

For Post 'Bukan Niat Ku'

Point here for the post 'Bukan Niat Ku'

Bukan niat ku,
Sememangnya itu bukan niat ku,
Bukan aku yang meminta itu terjadi,
Kenapa ia terjadi?
Aku sendiri tak mampu untuk menjawabnya,

Perkara sudah berlalu,
Lupakan saja,
Aku pun mahu lupakan semua,
Aku akan cuba dan terus cuba,

Apa yang aku ingin ucapkan..
Alhamdulillah, Syukur pada Allah,
Memang itu yang aku inginkan,
Walaupun ia bukan kembali pada keadaan yang dulu,
Namun aku cukup bersyukur ia pulih kembali bagi kalian..

Orang yang menimpa musibah atau orang yang kecewa akan berkata..
'Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya'
Ya, memang ada hikmahnya,
Cuma hikmah itu diambil atau dibuang, Terpulang..

Bagi aku, untuk mendapat secubit hikmah itu,
Aku lalui perlbagai keadaan,
Tak kira ianya gembira, riang, sedih, dan biarpun ianya terasa perit..
Tapi itu yang aku dapat.. Aku terima..

Maafkan aku,
Ucapan ini ibarat '0'
Tiada apa2 erti aku rasakan, sudah berulang kali,
Namun tetap jua aku sandarkan,
Bagi menutup segala salah silap ku,
Walaupun penyesalan ku tak bermakna baginya,
Tapi penyesalan ini cukup bermakna bagi aku,

Doakan kebahagian, kejayaan bersama...

What Can I Say....

What the point here..?
I’m like can’t say anything..
What i say, that to be wrong, why?
What can i say..?

Aku serba salah,
Apa yang harus katakan,
Biarpun aku susun seribu ayat,
Belum tentu dapat fahamkan dia,

Ulang, ulang, ulang dan terus ulang,
How much time you want i repeat it..??
If i said “aku tension r macam ni”,
And then you like repeat to me,
“yela, aku ni buat awak tension, buat awak sedih”

So, what can i say..??
I dont want to be ‘orang yang kejam’
I dont want to be ‘orang yang tak kenang budi’
And i dont want to be ‘orang yang berdosa’

Here, what i need to say..?
I have to say something..
Something that make more comfortable for all..
Something that make she understand what remind in my mind,

Tapi, bagaimana?
Jika aku bagi jawapan,
Dia akan ‘ya, who know her, they know what she like to be..’
Dia akan muram, sedih, hilang semangat lah, something like that..

Sebab itu je jawapan yang aku ada,
Dulu, kini dan selamanya,
Hati aku tak mungkin berubah,
Hati aku hanya ada satu, bukan dua untuk dibahagi-bahagi..

Dan jika aku tak beri jawapan,
Dia akan berharap dan terus berharap,
Ya, maybe sampai bila2, who knows?
Dia akan ulang, ulang dan terus ulang apa yang aku tak suka, apa yang aku tak mungkin suka,

What can i say..??
You like what i dislike..
And you dislike what i like..
So, we are different ok?

Selama ni, apa2 post apa2 aku tulis, sedikit pun takde kaitan dengan dia,
So jangan la nak terase or something,
Yup, ini baru ya.. khas.. ini je jalan yang ada..
I’m so sorry...

Cukuplah, hentikan lah,
Aku dah tak tahu nak buat apa,
Walau pun ini hati aku, aku tak boleh paksa,
Tolonglah, we helps each other..
“aku tak boleh ubah hati aku, dan awak tak boleh ubah hati awak”
So, sampai bila? Kita kena fikir jalan yang terbaik..

Pesan aku untuk dia..
“Stop it, don’t be like that”
Macam aku cakap, “I dont want to be ‘orang yang kejam’”
Hidup mati jodoh pertemuan sudah tahu di tangan Siapa..
Perancangan kita tak semestinya menjadi kenyataan...

Rabu, Disember 08, 2010

Cerpen Terbaru Ku, Selamat Membaca

Cerpen kedua ku sudah diterbitkan. 
Bertajuk "Selamat Hari Lahir Ayah"
Bertemakan kekeluargaan. 

Sebuah kisah yang cukup menyayatkan hati, kisah diantara pergorbanan anak terhadap ayahnya kerna ingin membayar kembali perlakuan yang sungguh tidak disangka yang pernah dilakukannya dahulu. Penyesalan di akhir tiada gunanya apabila Ibu 'pergi' meninggalkannya. Keinsafannya cukup membuat hati luluh. Dan kekejamannya cukup membuat hati geram. 

Harap korang semua sudi membaca cerpen aku yang tudak seberapa ini. 
SELAMAT MEMBACA. Terima Kasih..

Untuk Baca Klik tajuk ni "Selamat Hari Lahir Ayah"

Ahad, Disember 05, 2010

Lantaran Diri Ini

Tatkala ini aku sepi,
Sepi dengan hidupku sendiri,
Mana pergi Girangku,
Mana pergi Tawaku,
Aku sendiri menjalani hari-hari yang amat sukar bagiku,
Namun atas sebab apa aku teruskan jua..?
Sedangkan diri ini semakin lemah dan seolah tidak bermaya,

Aku berdiri..
Aku berlari..
Mana arah tuju..? Ku ikutkan jua hati,
Biarpun aku tahu pangkalan aku tidak akan tiba,
Mengapa..?
Untuk tujuan apa..?
Persoalan yang tidak mungkin akan dapat aku jawab tika ini..

Hati ini semakin tidak keruan,
Akalku semakin buntu,
Akan tetapi diri ini masih tetap teguh berdiri,
Mengolah ke kanan mengolah ke kiri,
Ombak dan badai di harungi,
Untuk apa..?

Tangis jiwa berlagu seirama,
sa! sa! sa! sa!
Kenapa mesti begitu..?
Mabukkah ia..?
Tetap tiada jawapan..

Meskipun aku rasai hidup ini,
Tetapi kenapa aku mesti rasai kepedihan, keperitan..
Berpanjangan!
Sabar sudah terlalu lali dengan diri..
Sabar sudah semakin dibatasi..
Sabar sudah tidak dapat di bentengi..
Diri meneruskan jua...
Kerna Apa????

Jumaat, Disember 03, 2010

Mula Terbit Rasa Benci

BENCI!!
Rasa yang aku tak mahu hadapi,
Rasa yang aku tak mahu ianya wujud,
Rasa yang aku hindar dari dulu,

Namun sekarang ianya seperti mahu menampakkan diri,
Kenapa??
Aku tak mahu ianya datang,
Kerna kelak ia akan membunuhku,
Aku tak mahu ia menghampiri,
Kerna kelak diri ku yang merana,

Tapi, mengapa perlu ia menjengah sekarang,
Sebab utama adalah diriku,
Diri ini sudah lali dibenci, kerap dibenci, mudah dibenci,
Sekeji itukah aku sebagai makhluk Mu Ya Allah..??

Dan sekarang ianya sudah pandai memutarbalikkan,
Meletakkan cermin disekeliling diri,
Memantulkan apa saja yang di lemparkan,
Tak seperti dulu yang hanya berdiam membisu menerima apa saja,

Aku mahu buang rasa ini sejauh yang mungkin,
Tidak mahu ia wujud atau kembali lagi dalam hidup ku,
Namun saat ini, hari demi hari semakin sukar aku lepaskan,
Semakin aku hindar semakin rapat ia datang,
Semakin aku mengendahkan semakin ia memperlihatkan diri,

Mengapa BENCI..??
Mengapa mesti kau memilih aku..??
Pergilah kau!! Pergi dari hidupku...
Kerna aku ingin membenarkan hati ini meredhai apa yang dah terjadi...
Kerna aku ingin membenarkan diri ini menerima apa saja yang mendatang...
Tolonglah................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...