WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Julai 11, 2010

Sukar HidupKu

Sukar mengambarkan hidupku kini,
Terlalu pedih bila di fikirkan,
Terlalu banyak keperitan yang ditanggung dari kebahagiaan,
Dugaan Tuhan yang aku tak tahu apa hikmahnya,

Ku fikir kesukaran hanya terbit dalam percintaan,
Tapi dalam persahabat sukar itu turut wujud,
Kepayahan yang ku tanggung sehari-hari,
Hati sudah seperti abu yang lali ditiup angin,

Apakan daya, aku perlu tabahkan hidup,
Walaupun dalam hatiku tiada lagi kebahagian,
Ianya sudah lupus pada tanggal 21 April 1999,
Yang membuat aku gagah berdikari dalam kesengsaraan hati...

Tangis seorang lelaki yang jarang dimiliki tapi ada pada ku,
Dewasa ini ianya samakin tidak segan lagi,
Kerna apa?? kerna hidup,hati, perasaan..................
Teresak dalam diam, sukar.. Siapa peduli? TIADA!!

Lelah sungguh hidupku ini,
Berlari tanpa mengerakkan kaki,
Itu lebih memenatkan,
Sesukar inikah hidup ku?

Fakhri tidak lagi mengecapi kebahagian dihatinya,
Gelak tawanya hanyalah palsu,
Hidupnya hipokrit,
Tingkahnya terpaksa,
Tuturnya bohong,
Fikirnya kesat...

Fakhri, Fakhri, Fakhri....
aka Kemegahanku....
(maksud nama yang tidak kena langsung dengan hidupnya)

4 comments:

sheryll :) berkata...

sbrla..jgn pts ase dgn hdp kite semata2 sbb tu je..InsyaAllah ade hikmah disebalik kehilangannya...Ada yg lebih baik yg dijnjikan utk awk...

Fakhri Norman berkata...

thanks sherril..
insyaAllah, sye masih menunggu hikmah itu...

Tanpa Nama berkata...

dalam hidup ni, pelbagau ujian yang mendatang.... Kita sebagai hamba Allah, perlu laluinya dengan ketabahan dan keredhaan...
setiap apa yg Allah berikan pada kita, Sebab DIA tahu kita mampu lakukan kerna sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita... Cinta, kasih sesama manusia tak kekal lama. tak menjanjikan kebahagian tuk selamany. Hanya kasih, cinta, sayang pada DIA yang berkekalan sehingga hujung nyaw. Saat jazad kaku, saat roh terpisah dr jasad...

NURUL berkata...

hidup ini penuh dengan dugaa, dan ujian. setiap yang mendatang itu adalah yang terbaik buat kita kerana, DIA maha mengetahui.DIA berikan kerana DIA tahu kita mampu untuk lakukan. percaya pd diri. InsyAllah, saudara mampu untuk lakukan. cinta, kasih dan sayang sesama manusia tak akan kekal lama tp berilah kasih, cinta dan sayang kita pada DIA kerna ia kekal saat roh terpisah dr jasad dan selama2 nya... Yakin pada diri saudara mampu lakukan.. jangan menyerah kalah, jgn biarkan emosi menguasai diri tp gunalah akal yg 9 itu menghadapinya... gambate saudara!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...