WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Disember 17, 2009

Gol Sejarah 20 Tahun Tanah Air

Alhamdulillah,
Penungguan selama 20 tahun berbaloi,
Malaysia mengambil masa yang agak lama untuk merebut pingat emas di Sukan Sea.
Pada pengakhiran Tahun Islam 1430 dan Tahun Masihi 2009,
Malaysia bangkit dengan kejuaraan mengalahkan Vietnam.





1 - 0





Walaupun ramai yang mengatakan itu hanyalah gol nasib,
Namun kejuaraan itu cukup membuat ramai rakyat Malaysia berbangga dengan pasukan bola sepak Tanah Air.
Dan bagi pasukan bola sepak itu sendiri, ini adalah lembaran baru dalam arena bola sepak tanah air,
sekaligus membuka ruang bagi pasukan Malaysia menaikkan nama Tanah Air dengan kejuaraan yang dikecapi pada masa akan datang.
Usaha Coach pasukan Malaysia, K.Rajagopal tidak sia2 kerana pasukan beliau menjuarai pingat emas bola sepak di Sukan Sea.
Pasukan Malaysia juara di tempat orang itu adalah salah satu kebanggan bagi negara.
Walaupun penyokong Malaysia hanya 10 peratus berbanding penyokong Vietnam, namun kegigihan pasukan Malaysia tidak luntur.
Harapan bagi rakyat Tanah Air menjadi kenyataan.
Harap bagi masa akan datang banyak lagi kejuaraan yang akan dikecapi oleh Malaysia, bukan sahaja dalam arena bola sepak tetapi dalam semua kejohanan dunia.. InsyaAllah..

1 comments:

Azwandy Bin Muhamad berkata...

salam...

sangat teruja masa Malaysia lwn Vietnam hari tu... kedai mamak penuh je dgn org tgk bola... kat mana2 pon org bercerita pasal kemenangan Malaysia... Player Malaysia pon bermain dgn penuh semangat juang...
Tahniah utk team Malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...