WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Oktober 04, 2009

Kisah Di Sem 3 (sambungan 1)

sambungan (post bawah)

Apa yang aku fikirkan ketika itu? aku mula mengerti masih ada insan yang sudi menerima aku tatkala aku kesusahan. Memang pengalaman cukup mengajarku erti kehidupan. Mereka masih mahu menadah tangan menerima ku seadanya, mendengar luahan ku, berkongsi cerita dengan ku, mereka sungguh bijak membuatku lari dari kesedihan. Aku tahu aku bukanlah insan yang cukup sempurna yang dijadikan Tuhan, tetapi aku cukup bersyukur dengan apa yang diberikan Allah kepadaku. Aku yang lemah kini mula bangkit dari kekesalan yang dahulu cukup mengengam erat jiwaku. Aku bangkit untuk mencari diri yang baru. Diri yang lain dari diriku yang dulu, yang cukup lemah menerima kenyataan.

Dengan bantuan teman-teman ku, aku mengejar kehidupanku yang akan datang dan bukannya masa lalu. Semangat, dorongan , sokogan aku terima di tempat orang. Aku jadikan itu sebagai alasan kenapa harusku jalani hidupku di sana. Tekanan, stress, hati tak tenang sudah berkurang. Kerana siapa? kerana insan yang bergelar teman yang aku tak sedar akan kewujudan hati bersih mereka. Aku bersyukur pada Allah kerana menunjukku jalan yang cukup buat aku merasa bahagia. TERIMA KASIH teman-teman! jasamu memang takkan dapat ku balas sampai akhir perjalananku.

Dengan diriku yang baru, ada banyak berubahan yang cukup mengejutkan ku, yang lebih membuat aku bersyukur pada ALLAH. Nak Tahu apa perkara yang mengejutkan itu? apa berlaku pada insan yang sisihkan aku dahulu? tunggu....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...