WelcomE To My PaGe
BloG Ini AdalaH Hasil Dari Hati
Terima Kasih Sudi Berkunjung, Harap Datang Lagi
Thankss
ENTER
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, September 29, 2009

SECUBIT TENTANGKU

SECUBIT TENTANGKU


Aku tahu aku tidak sempurna seperti orang lain,
Salahkah aku menjadi seorang insan yang dikurniakan
Oleh tuhan sebegini rupa,

Aku hidup bergantung pada nasib,
Yang masih keliru dengan hidup,
Hanya mampu berserah kepada takdir Illahi,

Aku yang hidup tanpa kebahagiaan,
Tidak seperti orang lain,
Yang cukup sempurna hidup mereka,
Entah kenapa aku cemburu melihat mereka,
Sedangkan aku penuh dengan kesunyian hidup,
Aku yang mempunyai hidup yang kurang cerah di masa depan,
Meratapi hidup setiap masa,
Memikirkan apa yang akan terjadi pada diriku nanti,

Entahlah, tiap kali aku memikirkan ini,
Aku rasa ingin berputus asa saja dengan hidup,
Ingin ku lenyapkan diri ini,
Agar tidak ku harungi dunia yang penuh membebankan ku,
Tetapi itu kuasa Tuhan yang maha mengetahui segalanya,

Aku berharap sangat orang yang aku percayai tahu tentang aku,
Mengetahui setiap masalah ku,.
Tapi apakan daya, semuanya seperti tidak mampu menangung,
Aku suka menguji, sejauh manakah seseorang itu boleh dipercayai,
Tapi entah kenapa mereka selalu salah faham dengan aku,
Mereka menganggap aku ni pelik dari orang lain,

Tapi aku bersyukur kerana segelintir orang disekelillingku pandai mengambil hati aku,
Walaupun bukan itu yang aku harapkan,
Mereka sanggup, terima kasih kerana sudah mencurahkan segalanya,
Walaupun sedikit, ianya tetap ku hargai,

Jika suatu hari nanti aku lemah, letih, tidak mampu untuk hidup,
Dan terus lenyap dari muka bumi ini,
Satu yang aku harapkan dari mu Ya Allah,
Kau jagalah orang yang aku sayang,
Ibuku,adik-adik ku,keluargaku,teman-teman ku, dan yang mengenali aku,
Agar hidup mereka terus sempurna,
Dan tidak menjadi seperti aku,
Ku pohon padamu…
Berkatilah hidup mereka, tunjuk lah mereka jalan yang lurus,
Agar mereka diredhai oleh mu,
Di dunia dan akhirat,
Amin…


fa3gnola88(17:28, 06 may 2008)

4 comments:

akuscandal@akusingle (meo) berkata...

salam.. fa3 knp ngan ko skrng nie?
mslah ko xsattle lg kew?
cube cite kat aku.. sori r sgt3 aku da lame tanya khabar ko... aku ingat ko da ok skrng.. ko xok lg kew ngan dieorng 2?

has berkata...

salam.fakhri ape khabar...
knp luahan ni cam terlalu pasrah dgn hidup awak skrang..awak ada masalah ke...mungkin bukan saya tmpat y sesuai u awak kongsi masalah,aper pun saya mndoakn awak sentiasa kuat dgn setiap dugaan hidup yng awak lalui...semua ada pngalamn hidup masing2 cumer yng membezakan adalah diri kita yng mengatasi nya...awak kuat kan...i.allah awak kuat...yakin dgn janji allah,tiap apa yng dia tntukan untk kita adalah yng terbaik kerna ada hikmah yng lbih bsar di dpn sna...mungkin bukan u skarang tp mungkin akan dtg kbhgian akan kita rasai dengan berkat kesabaran skrang...ujian adalh tarbiyah darinya..awak msti kene hadapi sgla liku hidup dgn sabar dan tabah,i.allah kami kawan2 akn ttp mndoakn kebahagiaan u semua awak...jika perlukn pertolongan, i.allah kami teman seperjuangan yng pernah kita susah senang bersama2 bsedia untuk mmbantu tmn2 dlm kesulitan..salam syawal..
-hasanah SMADNKK-

sans v2v berkata...

ri, sedih aku baca..
cam xpercaya lak kawan aku dari tadika sampai ler skunk tulis camni..
da bnyk dugaan yg ko hadapi..aku taw..
truskan perjuangan..
aku sentiasa support semampu aku..
'la tahzan'-jgn bersedih..

Tanpa Nama berkata...

salam..knp ni?
sabar r...
masih ada yg syg pd ko..
ko xkan rase sunyi...
jgn gve up k...
take care...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...